Monday, December 01, 2008

**Jagalah Cintamu ... Buat Jejaka Dan Wanita..


Kita menempiaskan
99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan.
Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya,
akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita,
semua sudah terlambat...


Kerana itu,
jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu,
apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Kira merasakan akan menyakitinya,
sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah,
apakah kata-kata yang akan dilafazkan
sebanding dengan
akibat yang akan diterima??



Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH..

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino