ERTI WANITA
firman Allah SWT dalam Al-Qur’an Petikan dari Surah An-Nisa Ayat 1 yang berbunyi
سُوۡرَةُ النِّسَاء
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَخَلَقَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡہُمَا رِجَالاً۬ كَثِيرً۬ا وَنِسَآءً۬ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا (١)
Maksudnya : Hai segenap manusia! Takutlah olehmu kepada Tuhanmu yang Dia telah jadikan kamu dari nafas yang satu , dan Dia telah jadikan dari padanya akan jodohnya, dan daripadanya Dia kembang biakkan banyak orang lelaki dan perempuan.
Ini disokong Petikan dari Surah Al-Hujarat Ayat 13 yang berbunyi
سُوۡرَةُ الحُجرَات
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣)
Maksudnya: Wahai segenap manusia! Sesungguhnya Kami telah jadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan , dan kami telah jadikan kamu beberapa puak dan beberapa suku bangsa , agar supaya kamu saling berkenalan tahu mengetahui.
Allah telah menciptakan manusia dengan kekuasaannya dengan sempurna. Dan telah menciptakan manusia dengan jenis yang berbeza. Manusia yang diciptakan Allah SWT pada dasarnya ada dua jenis yaitu laki – laki dan wanita, yang masing-masing mempunyai perbezaan.
Dan ada satu hal lagi yang membedakan Iaitu pada umumnya kaum wanita lebih halus dan lembut tutur katanya ini terbukti dalam kehidupan seharian setelah memiliknya. Allah SWT menciptakan mahluknya berpasang – pasangan. Tidak terkecuali wanita yang diciptakan untuk pasangan bagi kaum lelaki yang akan menyempurnakan kelangsungan hidup manusia dimuka bumi ini. Lelaki tidak akan tenang dan tenteram hidupnya bila tidak berdampingan dengan wanita dan wanita juga sebaliknya.
Allah menjadikan wanita berbeza dengan kaum laki – laki baik dilihat dari bentuk tubuhnya, kekuatannya maupun hal lain yang membezakan diantara keduanya yang perlu memerlukan diantara satu-satunya . Ada hadis yang menyebutkan bahawa dari Petikan Hadis Riwayat Imam Bukahri dan Muslim dari Abu Hurairah r.a yang maksudnya : Hendaklah kamu beri nasihat pada orang - orang perempuan itu dengan baik–baik, kerana sesungguhnya orang perempuan itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki ialah yang paling atas.
Tentang hadis itu dan banyak hadis lain yang menyebutkan bahwa wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki, memang sah dan ertinya menurut logat memang demikian, hanya kebanyakan orang yang mengertikannya yang kurang luas. Kalau diertikan secara mentah, tentu akan mendatangkan kekeliruan yang besar . Kita ambil contoh saja dalam mengertikan ayat berikut Petikan dari Surah Al-Anbiyaa Ayat 37 yang berbunyi
سُوۡرَةُ الاٴنبیَاء
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
خُلِقَ ٱلۡإِنسَـٰنُ مِنۡ عَجَلٍ۬ۚ سَأُوْرِيكُمۡ ءَايَـٰتِى فَلَا تَسۡتَعۡجِلُونِ (٣٧)
Maksudnya : Manusia itu dijadikan dari tergopoh – gopoh.
Dengan demikian erti hadis yang menyebutkan bahawa wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki dapat diertikan juga bahawa : Mahluk bangsa manusia perempuan itu mempunyai peringai atau tabi’at suka bengkok / tidak lurus dan ganjil , menyalahi akan lelaki seperti halnya tukang rusuk.
Kerana dari suka bengkoknya itu , seakan–akan ia dari asal mula kejadiannya diumpamakan dari tulang rusuk yang bengkok tadi Kalau diluruskan dengan keras akan patah ( pecah ) , dan kalau dibiarkan begitu saja akan bengkok selamanya.
Hal ini agar dapat menunjukkan mana yang lelaki dan mana yang wanita. Dengan perbezaan ini maka lelaki dan wanita dapat saling mengerti, saling mencintai, sayang-menyayangi, kuasa–menguasai, tolong–menolong , saling menyelamatkan dan saling berdampingan untuk bersama–sama mengarungi kehidupan dimuka bumi ini .
Janganlah timbul salah sangka tentang adanya perbezaan jenis dan sifat antara lelaki dan wanita. Allah menjadikan lelaki dan wanita dengan diberi beban dan tugas kewajiban sesuai dengan fitrah dan tabi’atnya masing-masing. Mereka tinggal ta’at dan patuh terhadap peraturan Allah SWT dengan tentu dan pasti , yang dengan Qudrat dan IradatNya dan dengan Ilmu dan HikmahNya. Kita harus selalu bersyukur dengan kehendak Allah , jangan kita menentang kehendakNya.
0 comments:
Post a Comment