Thursday, September 03, 2009

Petandingan Mencipta Kad Raya Siber 2009M/1430H


Sempena Aidil Fitri Yang Bakal Tiba,Fewett Forum mengadakan pertandingan mencipta testi kad raya siber..Pertandingan ini terbuka kepada semua user Fewettberdaftar di Fewett Network.

Testi @ Kad bergambar tersebut bertemakan AidilFitri dan tertakluk pada syarat dibawah. Bahasa melayu dan inggeris boleh digunakan.Kad perlu bersertakan kata-kata puitis/ucapan sekurang-kurangnya 6 Baris Perlu tertera di kad raya tersebut.

Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti beliau mencipta Testi yg menarik dgn isi dan makna yg terkandung serta tersurat dan tersirat didalam Testi tersebut.

Saiz bebas mengikut kreativiti dan keperluan peserta tetapi haruslah tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil dan tidak pula terlalu panjang dan pendek. Saiz sesuai utk di letakkan di ruang Testi @ Comment profile FS, MS dll.

Setiap penyertaan akan di letakkan di 'Hall of Testi Fewett' bersama html code utk memudahkan semua fewetterz menggunakan karya setiap peserta. Setiap karya hendaklah disertakan sekali html code beserta hyperlink ke fewett.org. Anda boleh gunakan contoh html code dibawah.



FeWeTT.OrG





Syarat Penyertaan.

1. Mestilah ahli berdaftar Fewett Network. Juri yg dipilih khas tidak boleh menyertai pertandingan ini.
2. Wajib meletakkan logo Fewett Network dan perkataan 'Fewett' pada setiap karya anda.
3. Format yang dibenarkan ialah .jpg, .png, dan .gif sahaja.
4. Karya yg dihasilkan adalah karya yg direka dan dicipta sendiri tanpa diciplak dari mana-mana sumber.
5. Dilarang menghantar karya yg menyentuh isu negatif agama, perkauman, politik dan serangan bersifat peribadi.
6. Anda hendaklah menghantar karya anda selewat-lewatnya pada 17.september 2009 pukul 11.59 malam di topic ini.
7. Para peserta dibolehkan serta digalakkan utk menghantar seberapa banyak penyertaan.
8. Karya yg melanggar mana-mana syarat di atas akan dibatalkan penyertaannya secara automatik.
9. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang penyertaan yg dihantar lewat dari tarikh yg di tetapkan dan bantahan tidak akan dilayan.



HADIAH ADALAH:-

-Duit Raya bernilai RM50.

*akan ditambah sekiranya ada penaja.

*Pesanan dari Penaja:-DILARANG WAT KAD RAYA BERUNSURKAN KLIWON


Logo FeweTT:-

Logo FeweTT .jpg -KLIK SINI

Logo Fewett png -KLIK SINI

Logo Fewett .gif -KLIK SINI


Contoh Kad Raya Siber:-







*Kad raya Yang dicipta oleh Sipotribot Dan Menjuarai Pertandingan Mencipta Kad Raya Siber 2008

Klik Di SiNi Untk Menyertai http://forum.fewett.org/index.php?showtopic=7923

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino