Friday, April 04, 2014

Adakah SAH Solat Pakai Seluar Pendek


MAZHAB MALIKI

Pendapat yang sepakat dalam mazhab ini mewajibkan menutup aurat daripada pandangan orang ramai.

Ketika bersembahyang, menurut pendapat yang sahih daripada mazhab ini, diwajibkan menutup perkara berikut:

Aurat orang lelaki ketika bersembahyang ialah aurat berat (mughallazah) sahaja, iaitu kemaluan hadapan, zakar berserta buah zakar dan kemaluan belakang yang terletak antara kedua-dua papan punggung. Oleh itu, diwajibkan mengulangi sembahyang dengan segera sekalipun terdedah kedua-dua papan punggung sahaja, ataupun terdedah ari-ari. Paha tidak dikira sebagai aurat pada pandangan mereka, hanya zakar dan buah zakar sahaja berdasarkan Hadith riwayat Anas:

Bahawa di dalam Peperangan Khaibar, Rasulullah s.a.w. telah terkoyak kain pada pahanya, sehingga aku temampak keputihan pahanya. Maliki dan Hanbali: aurat lelaki ialah kemaluannya sahaja (zakar dan duburnya) Dalil: hadith Anas bahawa pada hari Khaibar, Nabi membuka pahanya (HR alBukhari)

Namun dalil al-Qur:an yg menyentuh aurat lelaki secara khusus tidak ada.

Tahqiq al-Qardhawi: Memetik pendapat Ibn Qayyim tentang bagaimana kita mengkompromi dua hadith yang saling bertentangan, maka ialah dengan membahagikan aurat lelaki kepada aurat berat (kemaluan) dan aurat ringan (dua paha atau pusatnya). Maka hukum yang jelas ialah haramnya membuka aurat yang berat yakni kemaluan dan dubur. Aurat pusat dan paha sebaiknya ditutup juga, tapi jika keadaan terdesak, maka dibolehkan. (al-Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Jld 5 & 6 Pustaka Salam) 

Jadi, jangan pelik dengan orang luar negara mahupun orang Malaysia sendiri yang memakai seluar pendek ketika solat. 

 Sah solat sebab mazhab Syafie kata aurat lelaki antara pusat sampai lutut, lutut termasuk kawasan yang wajar dijaga agar paha juga dapat dijaga sebab kita tak tau sebenar-benarnya sempadan aurat tu di mana. Abis tu, nanti masa sujud seluar tu akan terangkat camne plak? Adapun dalam mazhab hambali dan maliki, lutut tidak termasuk aurat. Jadi, berlapang dada, mungkin mereka dari mazhab selain syafie. Kalau gi negara Arab, ramai orang sana solat macam ni.Share
 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino