Zaman ini,
zaman yang penuh dengan fitnah terhadap kita semua...
maksiat dan kerosakan sangat berleluasa.. .
wanita dan lelaki kelihatan sama sahaja,
tiada jurang pembeza yang ketara lagi.
zaman yang penuh dengan fitnah terhadap kita semua...
maksiat dan kerosakan sangat berleluasa.. .
wanita dan lelaki kelihatan sama sahaja,
tiada jurang pembeza yang ketara lagi.
Pakaian?
Em, kelihatan seakan-akan sama saja.
Agama?
Em, entah... macam mereka dah tak peduli je...
ada masa ke nak fikir pasal agama ni?
Kerana apa yer? Kerana lenyapnya peribadi soleh dan solehah agaknya...
Tinjau-tinjau,
Tak kira jantina, ada saja di mana-mana.
Bersesak-sesak di pasar?
Yup, ada... ramai sangat...
di pawagam?
Yup, ramai juga....
em, di masjid? .
..sedih, tak ramai, sikit sangat.
Di kuliah-kuliah ilmu?
Macam dah tak minat jer nak datang...
Ya Allah,
Sukarnya mencari wanita yang solehah...
Manakala bagi wanita, sukarnya mencari lelaki yang soleh...
Aii... iyeke?
Kesiannya anda sekalian... yang lelaki susah nak cari yang solehah...
Yang wanita pulak, susahnya nak mencari yang soleh!
Ke mana sang soleh-solehah menghilang yer?
Takkan pupus kot?
Takdelah... mana boleh pupus pulak...
Takkan pupus punya,
Hai sahabat,
kalaulah anda yang jadi soleh,
tak kan timbul lagi perkara ni...
so, senanglah si solehah nak cari anda...
so, persoalannya andalah yang kena mulakan...
kena ada mahu... letakkan iltizam...
Then, muslimat...
macam mana dengan anda?
Takkan nak suruh lelaki je yang mula dulu?
Anda bagaimana? Bila nak mula?
Tak adillah sebelah pihak jer...
(AKu lagi la..maluuu beb)
Ingat.... anda kena mula juga...
Anda perlu tahu,
orang yang soleh akan mencari wanita yang solehah.
Tak nak lah wanita yang diluar standard solehah!
Lelaki soleh...
tentu mahu pasangannya wanita solehah!
Ha, barulah kena kan?
So, sebagai kesimpulan.. .
Anda-anda semualah yang kena mulakan...
So, jom berlumba-lumba jadi insan soleh-solehah. ..
bukan kerana nak cari pasangan yer?
Tapi, mestilah kerana Allah...
then, insyaAllah, tenang jiwa anda... damai...
Bersama redha Ilahi pastinya....
Insan soleh-solehah pun akan datang cari anda...
Em, wahai insan yang bernama wanita...
sahabat yang bergelar lelaki...
jangan buang masa...
marilah kita check or semak semula,
apa dia prinsip soleh-solehah ?
Ada ker dalam diri kita prinsip-prinsip tu?
Ade ke personaliti soleh-solehah tu pada kita?
Takkan sikit pun tak ada?
Sedihnya kalau tak ada... rugilah kita nanti kan...
Baik cepat-cepat setelkan! Jangan lambat...
Em... sebagai basic...
mulakanlah dengan mengenali asas-asas Islam...
iman mesti mau dijaga.
Lakukanlah solat dengan sempurna - cukup lima waktu,
tonjolkan imej-imej insan yang Islami...
Di samping lakukan solat sempurna...
tambahkanlah sedikit-demi- sedikit solat-solat sunat...
Then,
belajar-belajarlah praktikkan personaliti (adab-adab) insan soleh-solehah. .
Em, mulakanlah dengan memakai pakaian yang sopan,
bertingkah-laku dengan baik
dan jauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Yang solehah,
tinggalkanlah pakaian-pakaian sempit tu!
Belajar-belajarlah pakai tudung. Cari baju yang labuh...
Kasi tutup lebih rapat dan sempurna daripada biasa..
Jangan beri orang tengok percuma lagi.
Barulah nampak yang diri anda tu mahal dan bukan bahan lelongan free-show.
Orang lelaki pasti rasa insaf dan tunduk malu bila tengok anda nanti..
Em, seterusnya.. .
perlu difahami, bahawa...
semua tu perlukan bimbingan ilmu yang jelas...
Amal tanpa ilmu, takut-takut tersesat pulak nanti...
Niat di hati nak jadi baik, lain pulak jadinya nanti...
Jadi... untuk menjadi insan soleh-solehah. .. anda perlukan ilmu...
Banyakkanlah membaca...
di samping jangan lupa mendapatkan bimbingan...
supaya tak tersalah ilmu pulak !
Em... susah ke?
InsyaALLAH.. .
anda mampu lakukan...
ingat! Anda perlu mulakan...
Kalau perbuatan tu dah dilarang oleh agama,
tak mungkinlah ia wajar lagi dipandang baik,
dan mustahillah kesannya akan baik dan disenangi...
Ayuh... tanamkan azam,
tambahkan ilmu,
tingkatkan amalan,
tunjukkan personaliti Islami...
bergerak ke arah peribadi insan soleh-solehah. ..
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujuraat: 13). Insya-Allah. .
0 comments:
Post a Comment