Wednesday, January 21, 2015

Bekas vokalis Slam , Zaman Disyaki Miliki Dadah


Bekas vokalis kumpulan terkenal era 90-an Zamani Slam ditahan tengah malam tadi selepas disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuddin Saad berkata, penyanyi berusia 43 tahun itu ditahan di Taman Keramat Ampang, kira-kira jam 12.30 malam bersama seorang wanita berusia 32 tahun.

“Pemeriksaan di bilik penyanyi tersebut, kita menemui satu bungkus kecil plastik dipercayai dadah jenis heroin seberat 1.2 gram di atas tilam di dalam biliknya.

“Siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin selama 10 tahun dengan memperoleh bekalan heroin dari seorang lelaki,” katanya.

Menurut Khairuddin, kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Share

Thursday, January 15, 2015

Bayaran pasport antarabangsa Malaysia untuk tempoh lima tahun dikurangkan RM100


Bayaran pasport antarabangsa Malaysia untuk tempoh lima tahun dikurangkan RM100
Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa dikurangkan 
 
 
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia hari ini mengumumkan kadar baru bagi pembaharuan dan permohonan pasport antarabangsa Malaysia.

Mulai hari ini,  pasport dua tahun dimansuhkan manakala pemohon pasport boleh menikmati kadar diskaun sebanyak RM100 diskaun bagi pasport untuk tempoh lima tahun.




Berikut adalah senarai harga baru pasport antarabangsa Malaysia (untuk tempoh lima tahun):

1) Pemohon biasa (13 tahun - 59 tahun) - RM 200

2) Warga emas (60 tahun ke atas) - RM 100

3) Kanak-kanak (bawah 12 tahun) - RM 100

4) Siswazah luar negara (bawah 21 tahun) - RM 100

5) Jemaah haji - RM 100

6) Orang kelainan upaya (OKU) - Percuma
Share
 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino