Saturday, November 30, 2013

Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre Kahwini Salima AF



Subhanallah!!! ... Tahniah diucapkan kepada Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre yang telah selamat diijabkabulkan menjadi suami yang sah kepada Salima AF4.

Pihak Omak Kau difahamkan, pernikahan dan majlis resepsi diantara Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre dan Salima telah berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak. 
  Semoga dapat meluaskan lagi pengaruh dakwah di bumi Malaysia.
Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre adalah seorang ustaz, penuntut ilmu dan pendakwah yang aktif.

 


Barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajama’a baina kuma fikhair.
Subhanallah! Tahniah diucapkan kepada Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre yang telah selamat diijabkabulkan menjadi suami yang sah kepada Salima AF4. Pihak kami difahamkan, pernikahan dan majlis resepsi diantara Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre dan Salima telah berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak. Kepada Ustaz Syed Abd Kadir dan Salima, kami ucapkan tahniah sekali lagi dan doa ini ditujukan khas buat pasangan raja sehari ini: Barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajama’a baina kuma fikhair.

Baca lanjut di http://munsyeed.com/malay/2013/11/ustaz-syed-abd-kadir-selamat-diijabkabul-dengan-salima-af/, Ditulis oleh Munsyeed Admin, Hakcipta © Munsyeed{Dot}Com 2010-2013

Subhanallah!!! ... Tahniah diucapkan kepada Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre yang telah selamat diijabkabulkan menjadi suami yang sah kepada Salima AF4.

Pihak Omak Kau difahamkan, pernikahan dan majlis resepsi diantara Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre dan Salima telah berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak. 

Kepada Ustaz Syed Abd Kadir dan Salima, Omak Kau ucapkan tahniah sekali lagi dan doa ini ditujukan khas buat pasangan raja sehari ini.
Semoga dapat meluaskan lagi pengaruh dakwah di bumi Malaysia
 


Barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajama’a baina kuma fikhair.


Subhanallah!!! ... Tahniah diucapkan kepada Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre yang telah selamat diijabkabulkan menjadi suami yang sah kepada Salima AF4.

Pihak Omak Kau difahamkan, pernikahan dan majlis resepsi diantara Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre dan Salima telah berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak. 

Kepada Ustaz Syed Abd Kadir dan Salima, Omak Kau ucapkan tahniah sekali lagi dan doa ini ditujukan khas buat pasangan raja sehari ini.
Semoga dapat meluaskan lagi pengaruh dakwah di bumi Malaysia
 


Barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajama’a baina kuma fikhair.

Share

Friday, November 29, 2013

Hukum Memakai Telekung Berwarna


Penggunaan telekung adalah sebahagian daripada adat resam berpakaian kepada sebilangan besar masyarakat kita di tanah Melayu ini. Samalah juga dengan penggunaan kain pelikat oleh lelaki dalam solat.

Pada asalnya telekung adalah berwarna putih dan tidak begitu banyak bunga hiasan atau kerawang tetapi hari ini terdapat banyak fesyen dan corak kerawang berwarna-warni.

Hukum asalnya adalah harus menggunakan telekung tidak kira apa jua warnanya tetapi apabila dikira ia akan mengganggu tumpuan orang lain dengan keunikan corak dan kerawang yang banyak serta warna yang amat menarik perhatian orang lain maka saya rasa ada yang perlu ditegur di sini.

Apakah tujuan si pemakai telekung tersebut? Kalau ia hanya pakaian solat semata-mata tanpa ada niat lain maka harus tetapi boleh menjadi haram jika disertai oleh niat lain iaitu riak dan menunjuk-nunjuk maka hukumnya adalah haram kerana pemakainya sudah tidak ikhlas dan riak adalah sifat mazmumah yang perlu dihindari.

Kalau pemakainya ikhlas dan tidak ada tujuan lain dalam hatinya tetapi boleh mengganggu orang lain maka sebaik-baiknya hendaklah dia memakai pakaian lain yang sesuai.

Dalam solat berjemaah kita hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan berhati-hati dalam memilih pakaian walaupun tiada niat lain tetapi kita telah menarik perhatian orang lain maka dalam Islam itu sudah dianggap berhias yang boleh meresahkan orang lain.

Kepada wanita yang memakai telekung yang boleh dianggap terlalu menarik dan boleh mengganggu tumpuan orang lain maka seeloknya hanya memakai telekung tersebut di rumah sahaja supaya tidak menimbulkan fitnah. Kadang-kadang si pemakai tiada niat dan tidak ada tujuan tidak baik tetapi pandangan dan fikiran orang lain yang suka menimbulkan kontroversi ataupun fitnah maka inilah peluang mereka menabur fitnah dan sangkaan-sangkaan buruk kepada si pemakai itu.Share

Sunday, November 24, 2013

Deso Dogg, Bekas Penyanyi RAP German Syahid Di Bumi Syria


.Penyanyi rap terkenal German Deso Dogg yang telah memeluk Islam dan dikenali sebagai Abu Malik atau nickname "Abu Talha Al-Almani telah menyertai Mujahideen Syria untuk berjuang menentang rejim Bashar.




Beliau yg juga suka digelar dgn Abu Thalhah al- Almani   telah pun berada bersama2 para mujahiden bumi Syam utk menghadapi pakatan tentera kuffar/ syiah/ komunis yg sedang menumpahkan darah kaum muslimin abriya' di bumi Sohabah r.a tersebut..

Hidayah dan taufiq adalah milik anugerah dari Allah swt..meskipun baru memeluk Islam tetapi keyakinan dan tauhidnya yg begitu mendalam telah membuatkan dirinya begitu yakin..sehingga tanpa ragu2 telah membuat keputusan utk berjihad di jalan Allah..




Beliau kini telah mati syahid di syria..Semoga Beliau ditempatkan dikalangan para syuhada'
Allahu Rabbi .Sesungguhnya kita harus malu dengan beliau..

Perlu diketahui, Nama kelahiran Deso Doggg adalah Denis Mamadou Cupert.Ia memulai karir rapnya pada tahun 1995 dan berhenti pada tahun 2010. Setelah masuk Islam.



Share

Saturday, November 23, 2013

Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura Kg. Tualang Pokok Sena Kedah.







Aktiviti kaum melayu islam di kampung Tualang POkok Sena Kedah sejak berzaman.Kita dimeriahkan lagi dengan gotong royong secara besar-besaran oleh penduduk Kampung ini di perkarangan masjid Jamek, Mukim Tualang,POkok Sena KEdah.

Sebanyak 11 kawah bubur asyura telah dimasak bersama penduduk kampung  mengikut kawasan.Aktiviti ini dapat mengeratkan silatulrahim antara penduduk..disamping menjadikan amalan bersedakah di bulan Muharram ini. Pembiyaan untuk memasak bubur ini adalah hasil sumbangan penduduk kampung ini sendiri.. dengan usaha pihak-pihak yang terlibat.program ini selamat dilaksanakan dengan jayanya.. Alhamdulillah...Tahun hadapan moga lebih meriah lagi..
Share

AURAT KETIKA BERSALIN


Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" dari Semanis Kurma TV9:

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Lagi satu pesanan 'mereka' dalam Semanis Kurma TV9... dlm keadaan isteri dh SAKIT sangat, hilang punca, taleh berpikir maka :-

1. PERANAN SUAMI sgt3 penting dan mustahak... suami yg kena bt keputusan utk aurat dan maruah isteri... if suami sndri tak mampu nk bertegas utk bt pilihan... amat mgecewakan .( mrujuk kepada dlm keadaan yg tidak darurat serta masih ada pilihan.)


2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad.. LR dll... jgn dh msk wad semua terbang... tudung x pakai, kain terselak sana-sini, bj blengan pendek shj, myusu ikut dan... sbb kena ingt kkdg da juga staff lelaki, pemberi mknn yg lelaki dll yg kuar msk wad..
3. WAJIB.... WAJIB.... WAJIB.... da MAHRAM temankan ketika dtgnya darurat yg mgizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI... kedua SAUDARA PEREMPUAN.. ketiga nurse perempuan dan sterus3nya. Mcna3 pun keutamaan adalah SUAMI.

Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA dari pengalaman seorang ibu yang diceritakan kepada saya :

1. NIAT- Niat dari AWAL even sebelum disahkan hamil... ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita.
2. DOA - ISTIQOMAH dari remaja juga boleh.... Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.
3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa... pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dsbnya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dlam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita.. Allah akan hitung tindakan kita.
4. YAKIN - Insyaallah... bilaman kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami.

Sebarkan.
Pakar Diari Hati.

p/s : Moga Allah terus pelihara AURAT &  MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang seterus-seterusnya. Untuk yang telah berlalu dlm keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dsbnya maka bartaubat dan muhasabah diri. Insyaallah DIA murah dengan keampunan.Share

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR CINTA !


- Tanda disihir : Orang yang dari dulu kita tak suka, tiba-tiba jadi suka sgt dan nak kahwin.. sebelum tidur selalu terbayang dan mimpi indah tentang orang sama berhari-hari..perkahwinan tiba-tiba dibatalkan, tiba-tiba malas melayan suami/isteri..

- Bagaimana disihir : Selalu orang guna minyak dagu..Korek kubur orang mati kemalangan/ mati beranak sulung (bomoh-bomoh selalu update dgn berita dlm newspaper untuk tahu kat mana mayat ditanam), gantung mayat kaki ke atas kepala bawah & nyalakan api di dagu.. keluarlah minyak jadi minyak dagu..

- Selalu minyak dagu dicalit pada mangsa/ baju mangsa/ even baju di jemuran. Juga boleh sihir guna rambut mangsa, baju (especially yg tak berbasuh lagi dan ada peluh), baju dalam, juga guna gambar dari FB (gambar full lagi cepat disihir berbanding gambar separuh)

- Kalau rasa terkena sihir, cuci tempat dicalit (buang physically). Baca ayat2 Quran kat perfume/ air (ia akan jadi syifa') dan gosok tempat tu. Selalu kalau tekan perlahan nadi org disihir, dia akan menjerit. Kalau mangsa x perasan dia disihir, selalu org sekeliling perasan perubahan tingkahlaku. Cepat2 dpt rawatan

- Rawatan:

--> Ayat kursi
--> 3 kul
--> Yunus: 81-82
--> Al-A'raf: 117 - 122
--> Taha: 69
Tiup ke tapak tangan, sapu seluruh badan hingga kaki

- Elak sihir: Jaga solat, jaga akidah, lepas solat jangan bangun dulu hingga habis baca ayat Kursi

- Jangan jumpa bomoh(jumpa pakar perubatan Islam yang sah takpe). Hadis sahih muslim kata siapa jumpa tukang tilik (bomoh) dan bertanyakan soalan, solat tak diterima 40 hari 40 malam

Tanda2 seseorang itu bukan pengamal perubatan Islam :

-Minta nama ibu
-Minta barang/pakaian pesakit
-Minta ayam/binatang nak sembelih
-Baca jampi yang kita tak faham
-Memberikan tangkal
-Dia memakai tangkal
-Suruh tanam 'barang' untuk pendinding rumah
-Dia boleh nampak hingga berapa ekor syaitan/jin pada diri kita

- Sihir pelalau (jadi benci semua lelaki sampai xnak kahwin), Penunduk (nasi kangkang), Sihir tafrik (pemisah suami isteri)

p/s : Semoga Allah sentiasa lindungi kita semua.
Share

Friday, November 22, 2013

Adira - Dewi Cinta (OST "Dewi Cinta") With Lyrics HD





Apa yang perlu ku lakukan
Untuk menyatakan padamu
Yang cinta ini adalah tanpa batasan
Percayalah yang diri ini
Hanya untuk bersama mu
Ke mana pun jua
Andai hayat bersamaku

Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Wahai dewi dewi cinta
Katakanlah pada dia
Yang diriku ini adalah ratu cinta
Yang sangat menyayangimu
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Tapi percayalah aku tetap dekat
Share

Thursday, November 21, 2013

Ahmad Ammar:Rupa2nya Anakandaku Ingin Syahid di bumi Syria!


 Catatan Bapa Ahmad Ammar 



Allahu...rupa2nya anakandaku ingin syahid di bumi Syria!!!

Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda Ahmad Ammar meminta izin utk menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama 3 hari selepas beberapa hari beliau pulang ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di Malaysia penghujung Sept yg lalu. Tanpa ragu2 sy mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting buat beliau..."Pergilah....yg penting, make sure u take good care of yourself."

Tidaklah saya ketahui sehinggalah dlm pertemuan dgn pelajar2 Msia sebelum berangkat pulang setelah selesai menyempurnakan persemadian beliau bahawa rupa2nya beliau sgt menginginkan syahid di bumi Syria.....

Lebih sebak di dada apabila shbtya berkongsi bhw semasa di sana Almarhum telah bermimpi berjumpa "bidadari di syurga"....

Namun syahidnya telah tertangguh sehinggalah beliau kembali ke bumi AlFateh....

Berikut adalah catatan Almarhum pada wall FB beliau:


"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari

Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. ─░nnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.
Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!

(***catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi...)


 Perbualan Terakhir Ammar dengan kakaknya..

Never thought this would be the last conversation with him..When he told me that he wanted to be one of the shuhada' in Syria, I seriously thought that he was just simply saying it..Never crossed my mind that he was really meant it..now, with Allah's will, you are one of the shuhada' my dear Ammar..the shaheed who seek for knowledge n plan to share it with others..all of us are proud of u..
Share

Wednesday, November 20, 2013

Ahmad Ammar Dalam Kenangan :Syahid Yang Tertangguh




 masa tgok video  ni t'detik dihati,akhir hidup aku nnt bagaimana. arwah dh slmt dgn penghormatan terakhir yg sgt luar biasa. wlpn sgguh tidak  mengenali beliau secara rapat. kelihatan ayah & ibu nya sgt tenang sekali. Moga Jannah milikmu. Al-Fatihah.

 Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China (Kampuchea) pun ada yg bertanyakan tentang arwah. Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar. Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. InsyaAllah Yg nak tahu kisah Ahmad Ammar boleh klik link kat bawah ni. Luangkanlah sikit masa. Menitis air mata pun tak mengapa.

 "Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa2nya Allah mempersiapkannya untukNYA." - Puan Nur Azlina (bonda Allahyarham Ahmad Ammar) "SubhanaLlah, AlhamduliLlah, ALlahu Akbar! Tiada ku duga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika di tanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar begitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi dan misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila ku nawaitukan anak ku ini untuk ALlah dan RasulNYA, perancangan ALlah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH ! Terima kasih Ya ALlah !" - Tuan Haji Ahmad Azam (ayahanda Allahyarham Ahmad Ammar)




 Ammar, pemuda berusia 20 tahun yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya telah pun kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana kerana kemalangan yang melibatkan sebuah ambulan.

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.


Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Subhanallah...berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengunsung keranda allahyarham.....

Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.

Al-fatihah.
Share

Monday, November 18, 2013

Gambar Villa Nabilla Yang Misteri



LOKASI di mana seorang remaja hilang selepas memasuki banglo tinggal, Villa Nabila sejak 16 November lalu di Jalan Skudai berhampiran Danga Bay, Johor Bahru, hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja, bukannya 23 orang yang kononnya hilang di sebuah banglo usang di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.

 "Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa memasuki kawasan villa tinggal berkenaan," katanya.

Sementara itu, sejak jam 8 pagi tadi kawasan sekitar villa tinggal itu dipenuhi orang ramai susulan hebahan berita kehilangan remaja berkenaan dalam laman sosial.

Pasukan polis dihantar ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.






Credit KING JASON Share

Saturday, November 16, 2013

Asal Usul Bubur Asyura??



10 Muharram adalah Hari Asyura. Antara tradisi orang Melayu turun temurun apabila tiba tarikh ini  ialah membuat bubur Asyura. Bubur Asyura ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada pelbagai campuran ramuan sempena 10 Muharram. Ada yang mengatakan, campuran ramuan hendaklah terdiri daripada 10 jenis bahan makanan, jangan dikurang dan jangan dilebih. Jika tidak, ia tidak dinamakan bubur Asyura.
Entah dari mana sumbernya saya tidak tahu. 
Mengimbau zaman kanak-kanak di hari Asyura, masih teringat apabila bubur Asyura hampir masak  masing-masing dengan memegang tempurung kelapa menyerbu kawah yang berisi bubur yang masih panas. Satu nostalgia yang tidak dilupakan, makan bubur Asyura berpiringkan tempurung dan bersudukan daun kelapa.
Waktu itu, tidak pernah terlintas di fikiran saya sempena apakah dibuat jamuan bubur Asyura. Adakah ia satu amalan keagamaan atau sekadar adat bangsa? Sehingga apabila masuk ke sekolah menengah dan mendapati jamuan bubur Asyura dijadikan upacara tahunan yang dianjurkan oleh pihak Sekolah.

Dengan sedikit kajian ringkas tentang asal-usul bubur Asyura dalam masyarakat Melayu, mungkin boleh dikatakan kewujudan jamuan bubur Asyura dalam masyarakat Melayu bertitik tolak dari dua sandaran.

Pertama: Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s.

Banyak laman web menyebut tentang kisah ini. Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.
Penilaian:
- Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Setakat ini saya tidak menemui sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. Sesiapa yang menjumpainya, diharap dapat membantu.
- Jika kisah ini sahih sekalipun, dan kita menerima kaedah ‘Syarak sebelum kita adalah syarak kita juga’, persoalannya adakah makanan yang dibuat oleh Nabi Nuh a.s. adalah satu bentuk jamuan sempena 10 Muharram, atau ia adalah makanan biasa yang berkebetulan pada tarikh 10 Muharram?
- Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau amalan para sahabat tentang perkara ini?

Kedua: Hadis Galakan Memberi Keluasan Kepada Keluarga
Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.

Hadis yang dimaksudkan ialah:
“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.
Mungkin kerana mempercayai kelebihan dalam hadis ini, sesetengah orang Islam mahu memberi keluasan kepada kaum keluarga pada hari 10 Muharram, dengan harapan Tuhan akan mempermudahkan rezekinya sepanjang tahun tersebut. Antara bentuk memberi keluasan ialah mengadakan jamuan makanan.
Cuma kedudukan hadis ini di sisi ulama hadis adalah paslu atau dhaif. Rujuk: Al-Maudhu’aat oleh Ibn Jauzi 2/572, Al-Manar al-Munif oleh Ibn Qayyim 1/111, Al-Fawaid al-Majmu’ah oleh Syaukani 1/98.
Sekali lagi kita terpaksa terima bahawa jika sandaran mengadakan jamuan bubur Asyura ialah hadis ini, sebenarnya ia adalah hadis yang tidak sahih. Jangan terlalu mengharap kepada fadhilat yang belum pasti kesahihannya.
Cuma, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan  kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.
Wallahu A’lam
 Catatan Abu Umair. http://abuumair1.wordpressShare

Wednesday, November 13, 2013

Ustaz Azizan Lebih Suka Naik Kereta


Dari perlis sampailah ke johor...kereta adalah kenderaan yg pasti ustaz azizan gunakan..nasib baik sabah dan sarawak terpisah oleh lautan..prasan kalo semnanjung ada highway terus ke sabah sarawak,tidak mustahil dgn kereta jgk lah kami belayar..Ustaz lebih gemar naik kereta dari naik kapal terbang.Ulang alik pergerakannya hanya dgn kereta,dari aloq ke kl dah jd perkara rutin bagi kami yg mengiringinya..Biasanya kami akan bertolak pagi dari aloq staq dan tetap akan pulang mlm hari yg sama setelah selesai apa2 program yg dihadiri ustaz..kalo diingat2kan kembali mmg meletihkan..yg lebih memenatkan waktu seperti ini,pastinya abg2 drebar..mereka perlu sentiasa peka keadaan kereta dan pastikan semua dlm keadaan baik sebelum memulakan perjalanan,yg penting tidoq kena cukup.
Jika pengguna highway tegar,pasti selalu atau pernah t
erserempak dgn kenderaan yg membawa ustaz azizan kerana di no plate kenderaan ada tertera'menteri besar kedah'...mmg ustaz ada dlm kereta tuuu,kdg2 org bertanya.."haritu nampak keta mb atas highway!!ustaz ada ka?atau kereta jaa??mana la tau dia naik flight..kereta p ikut bawah jemput kat sana.."Ustaz azizan dari pensyarah,wakil rakyat biasa sehinggakan dah jd menteri besaq pon,tetap kereta kenderaan nya.cerita ustaz,"aku dulu naik bas pon kerap!!,p kl dan p blk trangganu umah kak sham ang!!masa tu aku wakil rakyat dah..kdg2 aku naik ikut aloq staq,tp aku kerap naik kut simpang kota sarang semut dgn pekan guaq!mudah,aku boleh lena..!!".katanya..Sampai saja destinasi,ustaz xdak masalah dah,sbb akan ada kawan2 yg sudi dtg menjemputnya..ustaz azizan ada alasannya sendiri knp suka naik kereta..katanya"kalo naik kapai terbang,kita kena ikut jaduai depa!!kalo betui xpa..mai delay xnaya kita!!tggu lama satu hai,keja kita jd celaru!!nk berjalan jauh lagii 1 bab..kena depa bg pintu had jauh2,xlarat aku aihh!!!gilaa!!..Ustaz lebih mudah ikut jln darat sbb boleh bertolak masa sendiri..senang nanti singgah2 makan kut tepi jalan kalo terasa lapar.disamping mahu bermesra dgn anak2 buah dlm perjalanan..mudah segala2nya.."ampa pon boleh isap rokok!!!"slow jaa ustaz smash kami..hehehhee..rasanya ada 2,3 kes yg kami pernah tersangkut jem..pernah p kl dari aloq staq sampai 12 jam..mmg menyiksakan..tara aku yg muda pon naik lenguh pinggang2...bayangkan lah org tua mcm ustaz..sakit semua badan2.
Kerap jugak ustaz ke kelantan dan terengganu..semua tahu jln kesana mmg jauh dan memeningkan..aku masih ingat,waktu hujan..tiba2 aircond kereta kbv 8 rosak!!nk jd cite..1 dari wiper patah!!kami dlm kereta yg hangat dan tempias air yg masuk ditambah pulak cermin koi berwap.bayang tgk lah..mmg adventure sungguh..abg kamal drebar ustaz yg lama menyarankan aku supaya,meminta ustaz menaiki backup car dibelakang.."dato!!dato naik kereta camry boleh??panas ni..!!kesian kat dato laa.."..ustaz bls yg kami xterkata apa.."xpa aihh..biaq aku naik dgn ampa jaa..kalo mati pon kita sama2!"itu la pendirian ustaz azizan..kami pernah juga ke daerah chukai terengganu,bertolak jam 6pg dari kedah sampai di rusila jam 2ptg,berehat sebentar,mlm hadir mesy di daerah chukai lepas tu trus bergerak blk ke kedah dan tiba jam 7pg esoknya..Aku terpaksa bantu abg drebar bergilir2 memandu pulang..
Bayangkan Seorg pemimpin utama negeri,ulamak yg dihormati,tua dan uzur hanya tido berbaring didlm kereta dgn ruangan yg terhad..sedangkan badan ustaz yg tinggi dan besar hanya tido beralaskan bantal kereta dgn badannya terpaksa membengkok..subhanallah!!!biar susah xpa..janji dia suka dan rela.yg penting sampai..kerana ada program penting yg lain menanti kedah..tiada upaya kami mendesaknya.hanya menuruti arahannya.. Kerap kali aircond kereta kbv 8 rosak..ustaz tetap sabaq..mmg kami selalu usik2 ustaz.."kita beli kereta baru ja dato??aku memujuk.."xkan aircond rosak nk tukaq keta baru!!xtahuan!!kena aku sedaih...
selang bertahun,akhirnya ustaz azizan bersetuju membeli kereta baru apabila kbv 8 semakin berjangkit2 dtg penyakitnya.sampai beberapa kali breakdown di tgh jalan semasa membawa ustaz..Muncul pula kcx 8 yg pernah menjadi perbualan hangat pada suatu ketika..itulah kenderaan rasmi yg ada dan yg kuat untuk kegunaan seorg menteri besar kemana2 sahaja arah destinasinya...hanya kereta...
Secoret nukilan ikhlas dari aku yg ingin dikongsi,kenangan aku bersama ustaz azizan..
Alfatihah.
 Diceritakan Dan dari FB  Shahrel Elham / Koperal Shahril Rizal Ismail (bekas pengiring peribadinya Ustaz Azizan)
 
Share

Tuesday, November 12, 2013

Perancang Utama Rompakan Ambank Diburu


Pihak polis sedang memburu suspek yang bekerjasama dengan pembunuh pegawai bank itu. Nama suspek ialah joemar yang dipercayai membekalkan kad pengenalan palsu kepada suspek.
Mohon disebarkan !

 Kuala Lumpur: Susulan penahanan suspek utama, polis kini memburu seorang lagi pengawal keselamatan dikenali sebagai ‘Joemar’, yang dipercayai perancang kes tembak dan samun di AmBank cawangan Subang Jaya.

Joemar yang dipercayai warga Indonesia juga dikatakan memiliki MyKad palsu dan menyimpan RM400,000 hasil rompakan insiden berkenaan.
Sumber memberitahu, Joemar dan suspek utama yang menggunakan identiti palsu Ardi Hamza dipercayai sudah lima tahun menetap di negara ini sebelum merancang jenayah pada 23 Oktober lalu.
Share

Sunday, November 10, 2013

Gambar Pembunuh & Perompak AMBank Yang Diberkas Polis pagi tadi.


Gambar Pembunuh & Perompak AMBank Yang Diberkas Polis pagi tadi.

Ini adalah Gambar Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis di Johor pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.

 Pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu tiba di Mahkamah Majistret di sini untuk direman bagi membantu siasatan.

Suspek tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 3.18 petang dengan kawalan ketat pasukan polis yang membawa senjata berat dari Kota Tinggi, Johor, lokasi di mana dia ditahan.
Share

Shandy Haram DiMinum


Shandy adalah minuman yang dihasilkan melalui campuran beer dengan jus lemon. Kadar alkohol di dalam shandy kebiasaannya adalah 0.5% v/v.

Maka minuman ini
seperti jenama Anglia Shandy & Jolly Shandy adalah HARAM diminum.

ISU : Definisi Minuman Beralkohol atau arak Mengikut Peraturan Makanan 1985 : Peraturan 361(1-2) menyatakan minuman beralkohol adalah likuor yang mengandungi alkohol melebihi 2%. Maka Shandy yang mengandungi 0.5% alkohol tidak termasuk dibawah peraturan ini & boleh dijual di rak yang sama dengan minuman ringan yang lain.


0.5% yg disebutkan di dalam fatwa tersebut merujuk kepada produk minuman yg mengandungi alkohol bukan dari proses penghasilan arak. Shandy adalah campuran Beer+Jus Lemon, maka Shandy tetap haram walau berapa % kandungan alkoholnya. Beer adalah arak, arak adalah najis, sedikit atau banyak tetap hukumnya haram..

 Carlsberg mengeluarkan dua produk minuman tin bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

Tambah mengejutkan lagi, minuman tersebut dijual ditempat minuman yang halal diletakkan dan tidak diasingkan, jikalau ianya khas untuk orang kafir mengapa ianya disertakan bersama minuman halal, jelas disini musuh2 Islam ingin merosakkan umat Islam dan mereka yang ingin mengaut keuntungan tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam.
Share

Suspek Perompak & Pembunuh Kejam Pegawai Ambank Berjaya Ditangkap


Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.


Satu kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah, turut mengesahkan penahanan lelaki tersebut di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada pukul 7 pagi ini.

“Pihak polis percaya, dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut..

Susulan daripada insiden itu, pihak polis telah menahan dua pengawal keselamatan dan seorang wanita, dipercayai bersubahat dan mempunyai kaitan dengan suspek
Dua pengawal keselamatan terbabit merupakan saudara suspek sementara wanita itu pula dipercayai isterinya berusia 20-an hingga 30-an.

Share

Thursday, November 07, 2013

Sayangnya Ustaz Azizan Terhadap KUIN..


"Mintak maap cik!!!minta tlong bukak bonet belakang...!!"arah abg guard..Masa masuk awai td,elok jaa..bila kluaq2 ja terus kena tahan."mb bang..!!xpaa kut..bukan ada apa pon.."Aku cuba meyakinkan abg guard yg bertugas di pintu kluar kampus induk kolej universiti insaniah di kuala ketil..ketika itu kuin dlm 30 ke 40 peratus siap dlm pembinaan..."bukak2..nk kena tgk jgk!!"desak abg guard tuu lagii.."biaq p depa la shahril..xtahuan guard nii.betuii sungguh aihh!!.xpaalaa..mmg dah keja depa..ampa p bukak bg dia puas ati..depa nk tgk sgt!!!depa takut kita nk pelari simen kut.."Atas arahan ustaz,kami pon bukak la bonet blakang nk bg abg guard tu puas hatii...

Selesai ja dia tgk dlm bonet xdak apa,dia pon suruh kami jalan...adoii yaii..mcm ni punya guard pon ada..nk kata apa lagi..betui kat depa la..yg xtahan tu,dia xkira sapa,balun semacam ja..habaq menteri besaq pon xjln..bila difikirkan balik,abg guard tu dh jalankan amanah dan tanggungjawab keselamatan kawasan yg diselianya dgn baik.cuma guard tu kurang budi bicara ja dlm menjalankan tugas..tp xpa,semua itu menjadi 1 kenangan manis dan sejarah pada kami terutamanya arwah ustaz ketika hayatnya..sampai menteri besaq pon depa xpercaya.hehehe..

Dari awal majlis upacara 'pecah tanah'sehingga siap sepenuhnya projek kampus tetap kolej universiti insaniah,ustaz tidak jemu2 dtg melawat..dia rasa kurang sesuatu jika tidak pergi melawat projek tersebut..ramai org tau,projek insaniah tu,adalah projek buah hati ustaz azizan..dlm kesibukan kerjanya di alor setar,ustaz tetap nak p tgk sendiri perjalanan projek tersebut,kdg2 xdak plan apa..tup2 dia ajak jaa.."jom kita p kuala ketil tgk insaniah sat!!".huhuhu..Bukan dekat dari aloq staq tuu,semata nk p tgk pastu blk..nk kata apa,ikutkan ja laa..org kedah kata..'Pulun'.ustaz mmg pulun sungguh dgn projek tersebut..aku pon dh x ingat,dah brapa puluh kali kami p tgk projek insaniah kat kuala ketil tu.Dari tanah masih merah berdebu,kena pulak waktu musim hujan!!mmg kotor la kasut dgn tanah merah,ustaz tetap redah jgk.biaq kotor atau rosak kasutnya,"bukan nk rosak pon!!kotoq ja..kalo rosak kita beli lain!!"keluh ustaz..turun tetap turun.yg penting puas hati..biasanya kalo ustaz ada majlis rasmi atau urusan kerja parti di Daerah baling,kuala ketil atau sg petani,tetap ustaz akan singgah..kalo xdpt masuk pon xpa..dpt tgk dari luar pon ustaz puas hati..bila kami lalu sahaja jln besar di hadapan kuin,"noh!!berenti sat..sy nk tgk buah hati sy sat..xdpt tgk org,tgk bumbung pon jadilah..

"Bila kereta berhenti ja,terangkat2 punggung ustaz dari tempat duduk dlm kereta..naik kereta sedan,rendah pulak tu..panjang leher ustaz sambil melangut nk tgk jugak2 didalam kawasan insaniah.."cantik2!!dah penuh ayaq dlm tasik tuuu..alhamdulilah..hijau jaa ayaq tasik tuu..puas hati aku..ni kalo aku mati pon,mata tutup rapat.!!"itulah ungkapan gurauan ustaz bila dpt pi dan lihat sendiri insaniah di kuala ketil..pernah jugak aku beranikan diri,cuba bg pandangan dlm masa yg sama aku perli ustaz..hehehe.bukan senang nk bg ustaz dengar kata kita."dato!,kalo kita p lama2 sekali baru nampak ada perubahan insaniah ni rasanya,sbb kita selalu mai kut,tu yg tgk mcm sama jaa..mcm projek tu xjalan jaa!!sungguh laaa noooo!!!betui la kata ang tuu!!pandai ang shahril.."Lega aku..Bila ada lawatan secara rasmi oleh menteri besar atau pemangku sultan kedah untuk melihat sendiri perjalanan projek tersebut,semua peg2 kerajaan negeri dan persekutuan akan dijemput hadir bg meraikan majlis..ada segelintir peg2 yg tidak tahu,bertanya pada aku.."ustaz mai melawat projek insaniah ni kali ke-4 kan??haishh!!balas aku,aku pon dah mcm gaya ustaz bila kluaq satu2 ungkapan..hehehehe.."had ni yg rasmi..yg xrasmi xtau nk habaq..berpuluh kali dah..mai kena tahan dgn guard pon ada"Puak2 peg tu pon terkejut mcm xpercaya,ustaz selalu mai insaniah..

Rasanya sekali ja seingat aku yg ustaz lama x p melawat insaniah,hampir 3 bulan ustaz xtgk buah hatinya..ketika itu ustaz dimasukan ke IJN kerana masalah jantungnya.kecoh jugak 1 malaysia masa tu,kata ustaz azizan mb kedah kritikal..masih segar dlm ingatan aku,aku dan peg2 pej mb berkampung di IJN 3 hari sebulan menyambut ramadan 2011,sehingga seminggu sebelum syawal tiba..syahdunya..huhuhu..kami bergilir2 ikut syif dan jadual yg diatuq oleh susk mb untuk menjaga ustaz azizan..helmi yahya,helmi khalid,cc zulkapli,kamal,noh dan aku sendiri..ustaz seorg pemimpin utama negeri,kami berasa perlu dan berkewajipan untuk membantu ustaz dan ahli keluarganya di IJN ketika itu,kebetulan menteri besar berada di luar kedah..kenangan yg xmungkin aku dan rakan lain lupakan..

Selepas ustaz kembali sihat dari masalah jantungnya..ustaz kembali dgn ciwinya..melawat insaniah sehingga siap sepenuhnya,tersergam indah dari luar hingga ke dalam..setiap blok2 dlm kampus induk insaniah kuala ketil tersebut ustaz azizan hafal semua..yg mana blok kuliah alquran,yg mana muamalat,usuludin,syariah dan mcm2 lagii..dari lanskap luarannya hingga hiasan dalaman serta kelengkapan kuin...ustaz azizan paham benar.

Aku masih ingat disaksikan oleh beberapa peg ustaz,semasa lawatan terakhir ustaz sebelum insaniah dirasmikan oleh Seri paduka baginda yg dipertuan agong,ustaz menitiskan air mata ketika berhenti betul2 di pintu masuk dewan besar insaniah..ustaz melihat jauh sekeliling dewan yg gah dan indah senibinanya..aku xpasti apa yg direnung atau dipikir didlm hatinya..hanya Allah yg maha mengetahui..

Pulunnya ustaz azizan,untuk merealisasikan impiannya dan yg lebih penting lagi,ingin menjadikan kolej universiti insaniah diiktiraf sebagai universiti penuh dimalaysia dan antara yg terbaik disamping menjadi pilihan anak2 kedah khususnya untuk menyambung pelajaran.. Dlm masa yg sama memastikan negeri kedah kekal sebagai 'Negeri ilmu'dan menikmati kemajuan dlm bidang pendidikan lebih baik untuk generasi kini dan masa depan..
itulah cita2 ustaz azizan abd razak...semoga niat suci dan cita2 arwah ustaz diteruskan insyallah...
Alfatihah...

Diceritakan Dan dari FB  Shahrel Elham / Koperal Shahril Rizal Ismail (bekas pengiring peribadinya Ustaz Azizan)Share

Tuesday, November 05, 2013

Saat Aku Terluka


saat aku terluka
tiada yang lebih redha
hanya pasrah dan sabar
mengekang jiwaku
dari terus tersungkur
kerna aku tahu
kesakitan dan darah memercik
menyentuh jari jemariku
dan meresap di jiwa
lalu menuntun ku rebah
menyembah sengsara
dan saat gelora itu menerpa
ku gagahi untuk bangun
menyergah membelah rasa
agar bisaku menjadi
lebih tabah dan perkasa...

Nukilan Somchai Vatana aka C.Rahim.. (cikgu sekolah SMURU dlu  )
aku cuma melakarkan bait2 kata di gambar tersebut..
Share

Monday, November 04, 2013

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata


“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”




Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.





 atau

Share

Friday, November 01, 2013

Hargai Selagi Ada Di Sisi



Seandainya dirimu dianugerahi seseorang yang sanggup bersusah payah menjagamu atas nama KESETIAAN..

Bertahan untuk menyimpan aibmu atas nama menjaga PERASAAN...

Mempercayaimu atas nama KEJUJURAN..

Menjaga kebersamaan atas nama KEIKHLASAN..

Menunjukkan kelemahanmu atas nama KASIH SAYANG..

Sungguh..dia bukanlah orang yang BIASA dalam pandanganmu juga dalam pandangan Allah,bertahanlah untuk terus bersamanya..

Dia adalah SAHABAT SEJATI yang dihadirkan Allah untuk melengkapi kekuranganmu,maka bersyukurlah..

“Seorang teman yang mendampingimu saat kesusahan adalah lebih baik daripada seribu teman yang bersamamu saat kegembiraan”.Oleh karena itu jagalah kesetiaannya,ketulusannya,kejujurannya dan kasih sayangnya karena sahabat yang demikian tak mudah dicari ibarat mencari jarum di tumpukan jerami.Hargai dan balas kebaikannya selagi masih ada di sisi dengan segala ketulusanmu.

Share
 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino