Sunday, December 06, 2015

Gambar-Gambar Majlis Permakaman Allahyarham YAM Tunku Laksamana Johor.


Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail pada Sabtu.

Baginda yang diputerakan pada 5 Julai 1990, merupakan anakanda keempat kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail.

Tunku Jalil sememangnya sering menjadi perhatian ramai terutama rakyat Johor.

Berjiwa rakyat dan amat disenangi ramai dek keramahan dan kemesraannya, senyuman Tunku Jalil sentiasa terukir di wajahnya.

Berikut merupakan fakta penting mengenai Almarhum Tunku Jalil untuk kita ingati bersama:

1. Pernah bekerja sebagai penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.

2. Berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan dari sebuah universiti di United Kingdom.

3. Mencatat sejarah sebagai kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor.

4. Beliau tidak bermain polo disebabkan alahan pada bulu kuda.

5. Menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini.

6. Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beramah mesra dan bertanya khabar.

7. Disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan menjalani rawatan pemindahan hati di China.

8. Baginda merupakan adinda kepada Tunku Mahkota Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar.

9. Antara kekanda dan adinda baginda termasuk Tunku Aminah Maimunah, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri dan Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim.

10. Baginda
mangkat pada pukul 7.11 malam,
5 Disember 2015 dan berusia 25 tahun.
Sembah takziah kepada Keluarga DiRaja Johor atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim Ismail. Semoga roh Almarhum ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Al-Fatihah.























NST ONLLINE

Share

Friday, December 04, 2015

Sujud Syukur Dan Syarat-Syaratnya


Situasi yang mengharuskan sujud syukur:
- Mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
- Mendapat zuriat yang diimpikan
- Terselamat daripada kemalangan atau bencana yang menimpa
- Mendapat kemenangan dalam pertandingan


Syarat sah sujud syukur:
1. Suci daripada hadas kecil dan besar dengan berwuduk dan mandi junub atau alternatifnya
2. Suci tubuh, pakaian dan tempat daripada najis.
3. Menghadap kiblat
4. Menutup aurat

Syarat harus sujud syukur:
1. Islam.
2. Berakal.
3. Baligh.
4. Suci daripada haid dan nifas.

Share

Wednesday, December 02, 2015

JADUAL GAJI 2016 KAKITANGAN AWAM


JADUAL GAJI 2016 KAKITANGAN AWAM LAMPIRAN A JADUAL GAJI 2016 KAKITANGAN AWAM LAMPIRAN B JADUAL GAJI 2016 KAKITANGAN AWAM LAMPIRAN C
Untuk makluman anda, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 3 Tahun 2015 bagi Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2016 telah diedarkan. Anda boleh rujuk disini: [Laman Web ANM]
Dalam pada itu, kakitangan awam juga dijadualkan bakal menerima pemberian khas dari kerajaan pada 4 Januari 2016. Pemberian khas itu adalah sebanyak RM500 bagi penjawat awam yang masih berkhidmat dan RM250 bagi yang sudah bersara.
Share
 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino