Apakah hukumnya sekiranya telah menyalah gunakan kemudahan internet untuk menyelusuri gambar-gambar lucah ibarat cendawan tumbuh.. ???
Menurut Imam Al Ghazali dalam bukunya "Bimbingan Mukmin", mata harus dipelihara dari memandang wajah atau aurat seorang wanita, atau memandang kepada aurat seseorang muslim. Sebaliknya pandanglah sesuatu yang bermanfaat, kerana mata itu diciptakan hanya untuk melihat kepada keajaiban-keajaiban ciptaan Allah dengan pandangan yang penuh iktibar dan insaf.
Dalam surah An Nur ayat 24 dijelaskan maksudnya: "Katakanlah kepada orang-orang mukmin lelaki, hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kerana yang demikian itu lebih bersih bagi mereka".
Dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi ada dijelaskan bahawa: "Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, begitu juga seorang perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan yang lain". Jadi jika melihat aurat sesama lelaki dilarang, apakah lagi seorang lelaki melihat aurat wanita, maka jelaslah hukumnya haram, tak kiralah baik dalam bentuk tubuh sebenar mahupun gambar atau filem.
Itadakimasu...
1 year ago
0 comments:
Post a Comment