Gadisku.....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga,
harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu
namun......
tidak semua bunga senang untuk didekati
oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar ,
dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya
serta kilauan warnanya yang memancar indah
mengundang kekaguman terhadap sang kumbang .......
tapi awas duri yang melingkari
bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya. ......
Gadisku....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu
yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk .....
ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah
ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ......
umpama sebutir permata yang didedahkan
buat perhatian umum dengan permata
yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup
...... sudah pasti nya keinginan untuk melihat permata
yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah,
wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq
dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......
Namun ............ .
ianya memerlukan pergobanan dan mujahadah
yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah
yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki
sudah pastinya darah mudamu mecabar rasa keimanan yang ada ...
Namun ingatlah gadisku....
sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah
akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu,
yang penting gadisku engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah... .......
Gadisku ....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki... Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu. .. Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu "Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selpas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....
Oleh itu gadisku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.... . Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....
Gadisku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta ... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahgian besarnya kerana sebuah cinta... Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT ... Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah ..
Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu.. ......... .
Gadisku..... .
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali..
Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu.. ... Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.
Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama:
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal, cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri"
Sekian..... Wassalam.

2 comments:
buat gadis je ke? buat lelaki maskulin yang comel tak de ke?
nanti ai watkan untuk lelaki maskulin yg comei tu :P
Post a Comment