Thursday, December 25, 2014

Laporan Aras Air ,KELANTAN MELEPASI ARAS BAHAYA


LAPORAN ARAS AIR PADA 25/12/2014 JAM 10:00 PG
KELANTAN
MELEPASI ARAS BAHAYA
1) Sg. Kelantan di Kuala Krai, 34.13m (aras bahaya 25.00m) trend menaik
2) Sg. Kelantan di Kusial, 22.39m (aras bahaya 16.00m) trend menaik
3) Air Mulih 11.86m (aras bahaya 10.65m). trend menaik
4) Sg. Kelantan di Jeti Kastam, 6.77m (aras bahaya 5.00m) trend menaik
5) Sg Golok Rantau Panjang 10.45m (aras bahaya 9m) Trend Mendatar
7) Sg Golok Kuala Jambu 2.90m ( aras bahaya 2.50m) Trend Menurun
MELEPASI ARAS AMARAN
1) Sg. Golok di Jenob, 22.78m (aras bahaya 23.50m) trend menurun
2) Sg Galas Kg Lembaga 85.63m ( aras bahaya 87m) Trend Menurun
3) Sg Lebir Tualang 29.92m (aras bahaya 35m) Trend Menurun
4) Empangan Bukit Kwong 17.44m (aras bahaya 17.72m) Trend Menaik
Sumber: Informasi Bencana



Share

Thursday, October 30, 2014

Imigresen perkenal Border Pass baru untuk ke Thailand


PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang berulang alik ke Thailand menggunakan pas sempadan akan diberi dokumen perjalanan terhad dalam bentuk buku, lebih berkualiti dan menyerupai pasport Malaysia, mulai awal bulan depan.
Pas sempadan Malaysia-Thailand bagi kegunaan penduduk tempatan khususnya di Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak (hanya di bahagian Hulu Perak) ketika ini dikeluarkan dalam bentuk sekeping kertas, yang mudah rosak akibat dilipat atau terkena air.
Jika pasport Malaysia yang merupakan dokumen perjalanan antarabangsa berwarna merah, pas sempadan baru ini pula akan berwarna biru. Di kulit hadapan pas ini juga akan menyerupai seperti pasport, mempunyai lambang Jata Negara dengan perkataan “Malaysia” selain tertulis perkataan “Pas Sempadan” berwarna emas.

Pengarah Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen, Ibrahim Abdullah berkata, penggunaan buku pas sempadan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti dan ciri keselamatan dokumen perjalanan sementara selain memudahkan pemeriksaan imigresen di pintu masuk sempadan.
Ciri MRZ digunakan oleh kebanyakan pasport antarabangsa yang mengikut standard Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Nombor siri MRZ pada pas sempadan akan diimbas menggunakan mesin pengimbas yang sama untuk memeriksa pasport bagi paparan butiran peribadi.Ibrahim berkata, pas sempadan baru ini akan mengandungi 16 helaian muka surat yang boleh digunakan untuk tempoh lebih lama. Muka surat biodata akan memaparkan nama penuh pemegang pas, alamat, nombor pas, jantina, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, tinggi, tarikh dikeluarkan dan tarikh tamat .
Jarak perjalanan ke Thailand turut diperluaskan berbanding sekarang hanya tidak melebihi 25 kilometer dari sempadan berdasarkan Perjanjian Lintas Batas antara Malaysia dan Thailand pada Februari tahun lalu bagi menggantikan ‘Traffic Across the Boundary Between the Malay States and Thailand’ yang ditandatangani di Bangkok pada 1940.
Pas sempadan baharu ini meliputi perjalanan ke lima wilayah di selatan Thailand iaitu Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani. Tempoh sah laku pas turut dipanjangkan dari enam bulan kepada setahun dari tarikh ia dikeluarkan.
Cara mohon pass sempadan baru
Sediakan 2 keping gambar berukuran 35 milimeter (mm) x 50 mm, dengan syarat mempunyai kad pengenalan (MyKad) sebagai warganegara Malaysia yang sah dan bukti menetap di negeri dinyatakan.
Sediakan wang tunai RM 10 (harga masih kekal tidak berubah)
Share

Wednesday, October 29, 2014

Derma Kilat Untuk Surau Al Iman, Presint 9b, Putrajaya


Bismillahirahmanirahhim, Innalillahiwainnailaihirajiun Awal pagi td, Surau Al Iman, Presint 9b, Putrajaya telah terbakar. Hampir separuh barangan surau telah musnah dan jumlah kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan. Pihak surau telah melancarkan derma kilat bagi sesiapa yang ingin membuat derma, sila hubungi Mohd Noor 0149865941 utk keterangan lanjut.


Share

Sunday, October 19, 2014

Keberkesanan Food Supplements Untuk Kucing.


Benarkah makanan tambahan dan supplement kucing begitu berkesan? Dan, adakah kucing2 kita memerlukan makanan tambahan dan supplement? Itu semua bergantung kepada siapa kita bertanya..

Kebanyakan pengeluar produk makanan tambahan dan supplement serta penjual2nya akan mengatakan produk mereka perlu dilihat sebagai satu pelengkap kepada pemakanan harian kucing, dan ianya sudah pasti akan memastikan kucing kita sihat serta panjang umur. Bagi kumpulan yang lain seperti ahli2 pakar pemakanan untuk kucing akan mengatakan jika kucing kita secara kasarnya nampak sihat dan aktif, apa yang dia perlukan ialah makanan kucing yang berkualiti, kerana memberi kucing kita terlalu banyak vitamin dan minerals boleh membawa mudarat dari kebaikan sebenarnya.

"Supplement boleh diberikan jika kucing kita kurang sihat"

Menurut University of Georgia College of Veterinary Medicine, kebanyakan kucing yang dibela mendapat pemakanan yang lengkap, lebih lengkap dari manusia. Pada keadaan tertentu dimana kucing menghidapi penyakit maka suplement bersesuaian boleh diberi, tetapi kebanyakan supplement atau makanan tambahan ini tidak dibuktikan dan diuji secara klinikal mengikut Sains Veterinari.

" Supplements are supposed to correct deficiencies"

Sebagai contoh, kucing kita mungkin memerlukan supplement jika dia menghidapi penyakit yang menyebabkan kegagalan menyerap nutrien tertentu, seperti masalah penyakit melibatkan usus kecil yang menyukarkan penyerapan Vit B Folate dan cobalamin yang boleh diberikan melalui suntikan. Kucing yang bunting atau menyusukan anak juga boleh mengalami kekurangan zat makanan, terutamanya jika kucing tersebut hamil sebelum berusia 10-12 bulan. Dalam keadaan sebegini, seorang veterinar akan mencadangkan makanan tambahan atau supplement yang bersesuaian.

Jenis2 supplement atau makanan tambahan untuk kucing:

# Vitamin dan mineral:
Terdapat berbagai vitamin atau multivitamin untuk kucing. Bagaimanapun, kebanyakan makanan harian kucing yang sedia ada mengandungi multivitamin dan mineral yang  mencukupi dan diperlukan oleh kucing.

# Essential Fatty Acid:
Omega 3 FA dan Omega 6 FA memang dikenali dengan kebolehan untuk menjadikan bulu kucing berkilat dan kurang gugur @ shedding. Ia juga memberikan perlindungan kepada hati, otak, sistem imun, mata dan sendi2. Seperti juga pada manusia, omega 3 FA memberikan perlindungan kepada jantung serta menurunkan paras kolesterol. Kebanyakan makanan kucing mengandungi omega 6 FA berbanding omega 3 FA, jadi ada yang merasakan ianya perlukan tambahan supplement.

# Probiotics:
Probiotik merupakan bakteria baik dan sihat yang mampu memperbaiki sistem penghadaman dalam usus besar dengan cara mengawal pertumbuhan bakteria jahat. Ianya terdiri dari Lactobacillus acidophillus atau Lactobacillus casei(yg biasa didapati dalam yogurt). 

Nutraceuticals:

Nutraceuticals terdiri dari remedi semulajadi atau herba, yang turut diklasifikasikan sebagai supplement, walaupun ianya masih samar2. Sebahagian menganggapnya sebagai makanan tambahan pelengkap, manakala sebahagian menganggapnya ubat yang menyembuhkan. Perlu diingat, remedi semulajadi tidak semestinya semuanya selamat digunakan atau berkesan.

Diantara supplement yang termasuk dalam kategori nutraceuticals untuk kucing ialah:

# Glucosamine: membantu meningkatkan mobiliti sendi dan sering dianggap ubat utk athritis, walaupun ianya tidak mengurangkan kesakitan sendi.

# Chondroitin: juga bagus untuk tulang dan sendi, sering didapati bersama dengan glucosamine.

# Milk thistle: Extrak Milk thistle boleh membantu mengurangkan toksin dari hati kucing, dan ia mungkin boleh digunakan bagi kucing2 dengan masalah hati. 

Supplement yang perlu dielakkan dari kucing:

Terdapat banyak supplement yang tidak selamat untuk diberikan pada kucing tetapi yang paling utama untuk dielakkan adalah seperti:

# Garlic @ bawang putih: memusnahkan sel darah merah, menyebabkan anemia 
# Onion @ Bawang merah: memusnahkan sel darah merah, menyebabkan anemia
# Kalsium: jika berlebihan menjadi toksik
# Vitamin D: jika berlebihan menjadi toksik
# Vitamin C: jika berlebihan boleh menyebabkan urin yang asidik, dan boleh menyebabkan pembentukan crystal dalam urin serta blok pada saluran kencing.

Supplement yang berlebihan sudah pastinya boleh mendatangkan mudarat pada kucing. Kurangkan memberi supplement yang berganda kerana mungkin ada yang sudah terdapat dalam supplement pertama, juga ada pada supplement kedua. Sebaiknya dapatkan nasihat dari pakar atau veterinar sebelum mendapatkan sebarang supplement untuk kucing.

Kucing dari peringkat umur yang berbeza memerlukan keperluan yang berbeza..jadi kita kena berhati2 dalam memastikan supplement yang kita beri jika perlu itu tidak memudaratkan kucing kita.

"Remember, more is not always better"

Okay, sekarang kita lihat apa yang mungkin ada ditaman kita yang berguna untuk kucing2 kita..


"CAT GARDEN"...10 SUPPLEMENT SEMULAJADI UNTUK KUCING..




Terdapat beberapa herba semulajadi yang kita tanam didalam taman kita yang sebenarnya boleh mendatangkan manfaat kepada kucing kita. Herba atau remedi semulajadi ini boleh merawat masalah yang perlbagai dari masalah kulit hingga ke leukemia pada kucing.

1. "Goldenseal":




Herba ini sangat berguna sebagai disinfektan dan juga untuk merawat luka. Apabila dicampurkan dengan saline, goldenseal boleh mengurangkan bengkak mata akibat jangkitan kuman dan alergi. Veterinar juga mendapati dengan memberikan beberapa titik cairan dari goldenseal kepada kucing2 yang menghidapi leukemia, infeksi peritonitis atau masalah penghadaman, ianya akan dapat meredakan masalah tersebut. 

2. "Cat's Claw" dan "Dandelion Root":



Sekali imbas bunyinya seperti bancuhan ahli sihir, tetapi kedua2 supplement ini membawa kebaikan jika diberikan pada kucing. Ekstrak dari campuran kedua2nya boleh memberikan kelegaan pada kucing yang mengalami masalah kulit gatal. Kedua2 Cat's Claw dan Dandelion Root mengandungi cortisone atau steroid semulajadi yang dapat membantu mengurangkan alergi.

3. "Cat Thyme":



Untuk kucing2 yang cerewet yang tidak sukakan catnip, cat thyme boleh memberikan kesan yang sama seperti catnip, iaitu "soothing" dan "contentment". Kebanyakan kucing tertarik dgn rupa bentuk pokok ini, tetapi ia juga dikenali kerana mengeluarkan bau yang "musky".

4. "Peppermint, Pennyroyal dan Rosemary":




Ketiga2 herba ini merupakan repelen serangga yang baik untuk kucing. Jika dicampurkan dalam mandian kucing, ianya akan menambahkan kekuatan rawatan yang kita gunakan untuk menyah flea.


4. Valerian:


Satu lagi catnip alternatif ialah Valerian. Pokok yang mengeluarkan bau yang kuat ini selalunya digunakan untuk 'sleep-inducer' pada manusia, tetapi sebaliknya pada kucing. Ia membuatkan kucing kita menjadi aktif dan bertenaga, jadi ianya amat sesuai untuk digunakan pada kucing2 kita yang mengalami masalah berat badan berlebihan supaya mereka lebih aktif. Kita cuma boleh menggunakan daun yang dikeringkan untuk diberikan pada kucing, bukan minyak kerana minyak dari pokok ini mungkin mendatangkan bahaya pada kucing.


6. Licorice root:


Licorice root yang sedap ini boleh membawa banyak kebaikan pada kucing kita. Ianya boleh membantu kucing2 yang mengalami masalah alergi, masalah pada sistem penghadaman serta endokrin seperti diabetes dan sebagainya. Ia juga boleh membantu masalah pernafasan kerana ianya menyejukkan mukus membrane pada sistem respiratori kucing. Bagi kucing yang mengalami masalah sendi atau athritis juga mendapat manfaat dari licorice root kerana sifatnya yang mengandungi anti inflamasi dan blood cleanser.


7. Glucosamine n chondroitin:



Sama seperti manusia, glucosamine dan chondroitin boleh membantu kucing dengan osteoathritis. Kucing2 yang berusia dapat mengurangkan kesakitan sendi mereka apabila diberikan supplement tersebut. 

8. Omega-3 Fatty acids:


Pakar veterinar mendapati Omega-3 Fatty acids banyak membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan pada kucing. Supplement ini banyak membantu mengatasi masalah kulit kering, bulu yang pudar, penyakit kardiovascular, alahan makanan, penyakit ginjal, athritis dan juga penyakit autoimmune pada kucing. Jika sekiranya makanan kucing sedia ada tidak mempunyai cukup Essential Fatty (EFA), maka tambahan Omega-3 FA boleh diberikan.

9. Probiotics:



Sama juga seperti manusia, probiotics banyak mendatangkan faedah pada kucing kita. Dengan memberikan tambahan probiotics pada kucing ianya akan membantu menyelesaikan masalah sistem penghadaman mereka serta juga masalah berkaitan sistem urinari. Supplement tambahan ini bertindak dengan melalui mikroorganisma 'baik' yang terdapat dalam probiotics yang ideal pada kesihatan usus kucing.

10. Catnip:


Nepeta cataria: true catnip
Ia merupakan herb pilihan untuk species Feline. Tanaman ini membuatkan kucing kita rasa relax dan selesa apabila mereka bermain atau berbaring diatasnya. Tambahan pula, catnip memberikan kelegaan pada kucing2 yang mengalami kegatalan dan alahan kulit.


Jadi..rasanya lebih selamat jika kita cuba memberikan kucing2 kita natural remedi yang mudah kita dapati disekeliling kita..
 
credit:kucingkuduniaku
Share

Wednesday, October 08, 2014

Cara Solat SUnat Gerhana


Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah (Solat berjemaah)


Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


Cara & Bilangan Rakaat
Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;

i.               Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyamyang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana).  Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang.  Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat).  Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.
ii.             Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.  Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.
iii.            Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.  Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

(Rakaat Pertama)
1.         Takbiratul Ihram.
2.         Membaca doa iftitah.
3.         Membaca Isti’azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ)
4.         Membaca surah al-Fatihah.
5.         Membaca surah dalam qiyam pertama.  Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).
6.         Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
7.         Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
8.         Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).
9.         Iktidal.
10.        Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
11.        Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
12.        Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).
13.        Berdiri ke rakaat kedua.
(Rakaat Kedua)
1.         Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.
2.         Membaca surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat).
3.         Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
4.         Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
5.         Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).
6.         Iktidal.
7.         Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
8.         Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
9.         Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).
10.        Membaca tasyahhud akhir.
11.        Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.Share

Friday, October 03, 2014

AWAS Hadis Palsu Berkaitan Hari Arafah


Telah tersebar sebuah hadis palsu yang menyatakan bahawa NABI SAW bersabda:
“Diangkat segala amalan kepada Allah pada hari Arafah melainkan orang yang saling bergaduh.”
Apabila diteliti, hadis di atas palsu tetapi pengajaran-pengajarannya terdapat dalam hadis-hadis yang sahih. Antaranya;
(1) Amalan diangkat pada hari Isnin dan Khamis, aku adalah orang yang suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa.
- HR At-Tirmizi: 747, Sahih.
(2) Amalan keturunan Adam akan dibentangkan pada setiap hari Khamis malam Jumaat. Tetapi tidak diterima amalan orang yang memutuskan silaturahim.
- HR Ahmad: 10272, Hasan.
(3) Dibentangkan segala amalan pada setiap hari Khamis dan Isnin. Lalu Allah mengampunkan setiap orang yang tidak mensyirikkan Allah pada hari itu. Melainkan seseorang yang terdapat permusuhan antara dia dan saudaranya. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai, Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai.”
- HR Muslim: 2565. Sahih
Share

Thursday, September 18, 2014

Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2015 Malaysia


Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2015 Malaysia | Tahun 2014 masih belum berakhir lagi tetapi untuk memudahkan perancangan kehidupan anda sekeluarga, disertakan Takwim atau Kalendar bagi cuti umum dan cuti penggal persekolahan tahun 2015.


kalendar tahun 2015
Kalendar Cuti Umum  2015 Malaysia
kalendar cuti umum 2015

Kalendar Cuti Sekolah 2015 Malaysia Seluruh Negeri
Jadual Cuti Sekolah 2015 (Tidak Rasmi)

Berikut adalah jadual tidak rasmi cuti persekolahan tahun 2015. Sebarang perubahan tertakluk kepada pindaan takwim rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Jadual takwim rasmi cuti penggal persekolahan kebiasaanya akan diumumkan oleh KPM pada bulan september atau oktober 2014. Harap maklum
cuti-sekolah-2015 terkini
Share

Saturday, September 06, 2014

Pulau Bunting,Yan.. Tempat Menarik Untuk Pemancing Dan Perkelahan


5 September 2014 berkesempatan berkelah dengan keluarga di Pulau yang cantik ini,iaitu Pulau Bunting yang terletak di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah..Pulau yang cantik dan terdapat jambatan yang menghubungkan Pulau Bunting. Selain Pulau Bunting, pulau-pulau  yang terletak berhampiran iaitu Pulau Bidan dan Pulau Telur  serta Pulau Songsong..Kalau dilihat dari gambar-gambar Pulau Bunting, memang indah di pandang. Namun.....Tapi ada juga  hanya indah khabar dari rupa... 
Jalan Masuk Jambatan Yang Berpagar Duri.Untuk Menghalang Kenderaan Berat dari memasuki Pulau Bunting.
Jambatan Yang menghubungkan Pulau Bunting  telah siap dibina oleh GAMUDA dan boleh digunakan, namun... jalan untuk menuju ke Jambatan dan pulau ini TIDAK SIAP dan boleh dikatakan sebagai TERGENDALA. Percaya atau tidak, jalan masuk ke pulau ini tidak berturap.Jalan berbatu kelikir semata-mata. Kiri-kanan jalan masuk yang sempit dihimpit hutan sedikit banyaknya menyukarkan orang luar untuk ke pulau indah ini yang merupakan jalan utama yang menyambung ke jambatan mewah Pulau Bunting.Seakan TIDAK percaya..Kalau dilihat pada Jambatan Pulau Bunting itu sendiri, kita boleh membayangkan bahawa ada projek mega pernah dirancang Pulau Bunting dan sekitar kawasannya.

"Infrastruktur seperti jambatan mewah ke Pulau Bunting sahaja tidak memadai kalau tiada promosi pelancongan ke pulau itu.Tiada jalanraya atau Mini Tar menghubungkan jalan masuk ke Jambatan ini.. Jalan batu yang berlubang dan berlopak...Ditambah dengan hutan di kiri dan kanan jalan serta besi penghadang  yang telah roboh dan terbiar tanpa diselenggara.. Sangat mengecewakan..Sesiapa yang tidak pernah ke sini, memang tidak menyangka bahawa lorong kecik yang hanya berbatu dan berlubang ini adalah jalan menuju ke Jambatan untuk menuju ke Pulau Bunting..Ditambah pula dengan TIADA LANGSUNG papan tanda jalan yang menunjukkan arah  untuk ke Jambatan dan Pulau ini.. Mujur saja aku dan ayah tidak tersesat jalan.. dan sempat bertanya jalan kepada kanak-kanak yang berselisih jalan ketika menuju ke Pulau ini..

Peta Kedudukan Pulau Bunting
Jambatan Bunting merupakan Sebuah jambatan sepanjang kira-kira 2.5 kilometer yang menghubungkan tanah besar dengan Pulau Bunting bukanlah suatu monumen asing bagi penduduk di daerah Yan khususnya di Kuala Sedaka, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Limau. Jalan masuk ke pulau ini berpagar. Hanya motosikal kecil sahaja boleh masuk menyeberang. Kereta dan kenderaan lain tidak boleh masuk.
Kedah, Di sebalik keunikan namanya yang  digelar Negeri Jelapang Padi Malaysia, Kedah sebenarnya memiliki banyak spot pancingan ekoran lautnya yang terbentang luas, selain di daratan yang memiliki hamparan parit, sungai dan tasik.Apatah lagi daeran YAn ini, yang merupakan kawasan peairan yang terkenal dengan Tenggiri..Pulau Bunting ini juga merupakan SPot yang terbaik bagi pemancing..terutamanya pancingan bottom (atas jambatan) dan casting (tepian pulau) .. Sangat menarik panorama ramai kaki pancing yang sedang memancing di sepanjang jambatan ini tanpa mengira tua muda, lelaki perempuan, serta pelbagai kaum..Begitu sabar mereka menanti umpan disambar ikan meski di tengah matahari terik..
 
Asyik mereka memancing

Di sekitar pulau ini menjadi spot pancing popular bagi ikan sembilang, gelama dan kerapu..Ikan belanak juga terdapat di sini..Tertanya sepintas lalu kepada seorang anak muda yang sedang memancing dengan hanya menghulurkan umpan isi udang ke bawah melalui saluran air dan menanti umpan di makan ikan..Dan kemudian tarik naik ke atas..Katanya dengan cara itu boleh dapat ikan kerapu hitam.. Terlihat di dalam bekas simpanan ikan yang diperolehinya, beberapa ekor ikan kerapu hitam. dan jenis-jenis ikan lain yang tidak  aku kenali..huhuh..

Di bahagian tengah jambatan ini juga merupakan lokasi terbaik untuk menjerat  ikan Kelas A seperti kerapu,jenahak dan senangin..Manakala di bahagian Pulau Bunting pula menjadi kawasan ikan seperti alu-alu ,GT dan talang.. Dan yang lebih menarik pulau ini juga menjadi lokasi memburu sotong menggabang..Cuma, apabila memancing di tepian pulau.. anda harus bersabar dengan batu-batu karang yang akan menggangu lontaran umpan anda..Sangat menyakitkan hati bila mata kail melekat di batu-batu tersebut...


Ramai yang tidak tahu bahawa terhadapat mata air yang menjadi air terjun di atas bukit dan tengah-tengah pulau ini.. Ketika kami sedang enak berkelah dan menjamu selera, seorang pakcik tua datang dan menceritakan mengenai air semulajadi tersebut dan mengajak kami mengikutnya pergi.Hanya Jan dan Bon saja yang sanggup mengikut pakcik tersebut untuk sana.Perjalanan dari pinggir pantai ke sumber air tersebut memakan masa setengah jam melalui jalan-jalan berliku.. Mereka juga membawa turun air tersebut untuk kami merasa sendiri bagaimana rasa air tersebut..Katanya tempat air tersebut sangat menarik dan nyaman airnya.. Aku jugak sempat merasa air tersebut..Ya, tiada bau yang tidak menarik dan tidak rasa payau..jika tidak diberitahu, sesiapa yang meminumnya pasti menyangka bahawa air tersebut adalah air mineral yang kita beli..Sayangnya mereka tidak membawa telefon untuk mengambil gambar..

 Selain menjadi tumpuan kaki pancing yang datang secara bersendirian mahupun berkumpulan, Pulau ini  juga merupakan lokasi berkelah yang menarik sambil menikmati keindahan alam..
Jambatan ini pada mulanya dibina sebagai   usaha untuk pembangunan Pulau Bunting yang dirancang pada tahun 2000, termasuk  membangunkan stesen janakuasa elektrik dan pelabuhan, namun  terbiar sejak siap pada 2004.

Dapat menikmati pemandangan Gunung Jerai Dari Pantai Pulau Bunting ini.
Ramai berpendapat daripada jambatan itu terus dibiarkan tanpa pengurusan, ia boleh dimanfaatkan sebagai destinasi pelancongan berikutan kunjungan ramai individu dari jauh dan dekat.Penutupan laluan masuk dari tanah besar menjadikan kawasan itu terbiar, selain tidak mempunyai kemudahan jalan yang baik. Memang ramai kaki pancing dan keluarga datang memancing serta berkelah
kerana kawasan pantainya yang cantik dan landai. Tak ada kemudahan bagus pun ramai yang
datang.

Terdapat binaan yang terbiar.Tidak diketahui asalnya surau atau chalet.
 Kerajaan perlu lakukan sesuatu untuk meningkatkan pelancongan di sini.Pembinaan surau dan tandas sangat memberi manfaat untuk para pemancing dan orang ramai yang datang ke sini..Dan sekiranya beberapa buah chalet dibina di kawasan pulau ini , sangat baik untuk   pengunjung dan keluarga masing-masing khususnya yang mempunyai anak kecil kerana ada tempat berehat yang selesa.

Memang sedap makan dalam suasana cmni

Enak menjamu selera bersaksikan lautan dan alam..
Sepertimana kami yang sanggup datang dari Alor Setar pada awal pagi bersama keluarga untuk memancing sekaligus menghilangkan tekanan kerja serta dapat lari dari bising kesibukkan bandar.Apatah lagi kawasan ini amat sesuai bagi ''kaki pancing''malah , tidak hairan ada antara mereka yang sanggup tidur di atas jambatan serta di sekitar pulau, termasuk waktu malam meskipun tiada lampu jalan di sekitar kawasan ini. Dan ada yang sanggup berpanas terik di atas jambatan untuk memancing...

Keadaan Pintu Masuk Jambatan Bunting
Ketiadaan pengurusan yang baik menjadikan kawasan itu dipenuhi sampah sarap menyebabkan longkang di jambatan itu tersumbat.

Sampah Sarap Yang tidak diselenggara
 Pantainya yang cantik jika dibangunkan dan dijadikan seperti Batu Feringgi, Pulau Pinang pasti akan menarik lebih ramai pengunjung...Disamping dapat menjana ekonomi masyarakat setempat.Apatah lagi daerah ini dikenali dengan NIRA NIPAH yang lazat dan segar di tepi-tepi jalannya..Semoga pihak berwajib dapat selenggara tempat ini dengan lebih bertanggungjawab setelah membinanya...
Jenuh Jugak berjalan ..



Share

Friday, August 08, 2014

senarai cawangan Cawangan kiosk Ramly Halal Mart


 Berikut senarai cawangan
Cawangan kiosk Ramly Halal Mart : 
Ramly Halal Mart, Ramly Kiosk dan Ramly Café utk rujukan kawan2

1) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
56-G, Tingkat Bawah, Jalan 42/26,
Taman Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 603-4021 2896

2) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No 25G & 23G, Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: 603-9281 3231 Fax: 603-9281 0146
3) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No. 12, Jalan 29/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-6184 2972
Fax: 603-6185 3526
4) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
Lot 35, Pesiaran Mewah,
Kawasan Penindustrian Bandar Tun Razak,
Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
Tel: 603-9172 6617 Fax: 603-9172 1222


5) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No. 132A, Wisma Akar, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-2691 8952 Fax: 603-2691 42
6) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No 43 & 45 GF, Jalan Kasuarina 2/KS 07,
Bandar Botanik, 41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-3325 1463
7) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No. 9 & 11G, Jalan Klang Sentral 10/KU5,
Taman Klang Sentral, Bukit Raja Meru,
41050 Klang, Selangor.
Tel: 03-3341 7554
8) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No33 (Ground Floor), Jalan Medan Pusat 2D,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 603-8925 2653 Fax: 603-8925 0289
Selain itu juga, terdapat kiosk yang terletak di LRT dan pusat beli-belah :
- LRT Dato’ Keramat
- LRT Kelana Jaya
- Foodcourt AEON Big Kota Damansara
- 56-G Jalan 42/26, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
- Halal Kiosk cawangan Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur
- Klang Sentral
- Akan Dibuka: Putrajaya (Presint 15 berhampiran Mydin Putrajaya – September 2014)
Share

Cara Mengajarkan Anak Menghafal Al Qur'an


Cara Mengajarkan Anak Menghafal Al Qur'an Sejak Dini
1. Bayi (0-2 tahun)
-Bacakan Al Qur'an dari surat Al fatihah
-Tiap hari 4 kali waktu (pagi, siang, sore, malam)
-Tiap 1 waktu satu surat diulang 3x
-Setelah hari ke-5 ganti surat An Naas dengan metode yang sama
-Tiap 1 waktu surat yg lain-lain diulang 1x2

2. Diatas 2 tahun
-Metode sama denga teknik pengajaran bayi. Jika kemampuan mengucapkan kurang, maka tambah waktu menghafalnya, mis dari 5 hari menjadi 7 hari
-Sering dengarkan murattal
3. Diatas 4 tahun
-Mulai atur konsentrasi dan waktu untuk menghafal serius
-Ajari muraja'ah sendiri
-Ajari menghafal sendiri
-Selalu dimotivasi supaya semagat selalu terjaga
-Waktumenghafal 3-4x perhari
BC dari Ustdz Ahmad Al Hafidz
Allaahummaj'alna fii ahli Qur'an , Allaahumma baarik fi auladina wa dzurriiyatina bil Qur'an, Allaahummarzuqna istiqomah fi tilawatil wa hifzil Qur'an...wa adhilna fi jannati fi Qur'an...Aamiin Allaahumma Aamiin
Share

Saturday, August 02, 2014

Cristiano Ronaldo Rejected Million Dollar TV Commercial Of Pepsi Because He Said PEPSI Used To Donate Money To Israeli Soldiers!


Cristiano Ronaldo Portuguese player conceived 5 February 1985, known as Cristiano Ronaldo, the Portuguese footballer who plays as a forward for Spanish club Real Madrid and captain of Portugal national group. Ronaldo the world's most extravagant, expensive player when he moved from Manchester United to Real Madrid in 2009 in an exchange worth £80 million (€94 million/$132 million). Ronaldo's agreement with Real Madrid, under the terms of which he is paid €21 million for every year, makes him the most elevated paid footballer on the planet, and his buyout condition is esteemed at €1 billion. He is respected by some in the game to be right now the best player on the planet. Recently Cristiano Ronaldo Rejected Pepsi TV Commercial which was offering him Million Dollar just because, he Said Pepsi Used To Donate Money For Israeli Soldiers! And we all knew clearly why Ronaldo is against Israelis.


Pemain bolasepak antarabangsa seperti Cristiano Ronaldo ini pun benci kepada Zionis Israel dan sanggup ambik tindakan yang drastik.

Pemain handalan dari Portugal ni sanggup menolak tawaran bernilai jutaan ringgit bagi menghasilkan sebuah iklan komersial untuk sebuah syarikat.

Dalam pendedahan tersebut dinyatakan bahawa Si Cristiano Ronaldo ni menolak tawaran tersebut kerana mendakwa syarikat berkenaan menjadi penyumbang kepada Israel.

Share

Friday, July 18, 2014

Iklan Raya Petronas 2014:Ke Pangkuan Bonda'


Filem web selama tiga minit itu mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Ani yang tinggal di kampung, serta perjalanan keluarganya ketika persiapan dan sambutan Hari Raya.

ani
 
Riuh: Watak utama, Ani sedang menangkap ayam bersama keluarganya. Foto ehsan Petronas
Share

Thursday, July 17, 2014

Lailatul Qadar


Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 


 WAKTU

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini. 

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya. 

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil. 

Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )



Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar 

Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan" 

Share

Mesut Ozil Derma Bonus Kemenangan Kepada Kanak-Kanak Palestine


Bintang sensasi Jerman, Mesut Ozil dilapor akan mendermakan bonus kemenangan yang diterimanya berjumlah RM1.9 juta (350,000 pound) kepada kanak-kanak Gaza selepas membantu negara itu menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil.

Konflik yang terus berlanjutan di Timur Tengah susulan rundingan genjatan senjata menemui jalan buntu, membuatkan pemain berkenaan bersedia mendermakan bonus sebanyak RM1.5 juta (270,000 pound) yang diterimanya apabila membantu Jerman muncul juara dan RM644,796 (118,000 pound) lagi daripada aksi separuh akhir

Ozil dikatakan membuat keputusan ini selepas salah seorang dari 4 kanak-kanak yang dibom hancur oleh pesawat perang Israel petang tadi memakai jersey Ozil dan diviralkan di laman sosial.

 Sumber;
Berita Harian
Share

Tuesday, July 15, 2014

Regim Zionis akan terus berduka





Setelah 8 hari Gaza dihujani bom dan letupan yang telah mengakibatkan ratusan syuhada', ribuan kecederaan dan kemusnahan infrastruktur di wilayah yang dikepung ini, tidak nampak tanda bahawa barisan pejuang al Qassam dan rakyat Palestin yang menyokongnya akan menyerah kalah.
Rejim Zionis yang menyerang angkuh bersama kecanggihan peralatan perang pula kelihatan masih berbelah bagi dalam membuat keputusan. Adakah boleh diteruskan dengan serangan darat atau pun mengemis untuk gencatan senjata yang tentunya memalukan maruah mereka yang mempunya bala tentera yang tercanggih di Timur Tengah dan yang ke-5 di dunia..
Briged al Qassam terbukti telah mampu melakukan pelbagai kejutan demi kejutan yang menggerunkan pihak tentera Zionis yang telah cuba menghancurkan pertahanan umat Islam di Gaza sejak sekian lamanya.
Di antara kejutan daripada Briged al Qassam adalah :
1- Kemampuan skuad Komando Amfibia al Qassam masuk ke wilayah terjajah 'Israel' dan berperang secara terbuka dengan IDF sehingga berjaya membunuh beberapa tentera IDF dan mencolek seorang daripada anggotanya.
2- Kalau dulunya roket M-75 al Qassam berjaya sampai sehingga 70-75 km ke wilayah terjajah 'Israel, kini Eoket R-160 pula telah berjaya sampai ke Haifa yang merupakan bandar Israel yang paling utara. Ini bererti tiada lagi tempat yang selamat untuk mereka melainkan dengan cabut ke luar negara yang lain.
3-Briged ak Qassam melakukan kejutan lagi setelah mampu melancarkan 3 jenis Drone iaitu :
Drone Abaabeel 1a - untuk mengintip
Drone Abaabeel 1b - untuk menembak
Drone Abaabeel 1c - untuk menyerang

4- Briged al Qassam baru-baru ini telah berjaya menggodam sistem media TV Israel dan lapangan terbang Ben Gurion sehingga mengejutkan keseluruhan masyarakat penjajah.
5- Al Qassam juga hebat bermain dengan perang psikologi dengan mencipta dan mewar-warkan lagu perangi terhadap Zionis Israel di dalam bahasa Hebrew.
6- Al Qassam telah bertekad akan meneruskan perjuangan sehingga rejim Zionis dan sekutu antarabangsanya memenuhi syarat-syarat yang tertentu atau mereka mesti bersedia dengan beberapa kejutan yang lain.
Sampai bila rejim Zionis akan terus berduka ?
Semoga diberikan kemenangan kepada pendokong kebenaran dan bumi Ambiya ini akan dibebaskan caripada cengkaman musuh durjana. Semoga pencinta kebaikan di Tanar Air Malaysia dan di seluruh dunia terus konsisten membantu yang terbaik untuk mereka di sana dan juga umat di seantero dunia.
 Dr Zainur Rashid Zainuddin
Share

Wednesday, July 09, 2014

Tabung Bantuan Aman Palestine


Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.
Atas rasa sikap bertanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta.
Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?
Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!
----------

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;
Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922
(JOM SHARE KE SELURUH PELUSUK ALAM termasuk group whatsapp, telegram, wechat, etc)
Message dari Heliza Helmi

Share

Saturday, June 28, 2014

Panduan SOlat Sunat Tarawih





BACAAN SURAH

  1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
  2. Kebanyakan orang biasanya adalah dengan membaca surah-surah lazim:
     
3.  Bermula malam ke 16, boleh juga dibaca mulai daripada surah al-Lail pada rakaat pertama sehingga surah al-Masad, iaitu 20 surah bagi 20 rakaat solat Tarawih.

CARA MELAKUKAN SOLAT

Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis:  

“Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.”

~Riwayat Jamaah
1.  Niat:
2.  Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih
Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka bolehlah dimulakan Solat Tarawih dengan bacaan-bacaan berikut.

 
 
F.  Baca doa berikut selepas selesai rakaat ke 8 atau ke 20, iaitu rakaat terakhir solat Tarawih.

Doa Solat Tarawih

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلَّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَفْضَلَ صَلَوَاتِكَ الَّتِىْ صَلَّيْتَ عَلَيْهِ، يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ، يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَرَضِىَ اللهُ تَعَالَى عَنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَرَضِىَ عَنَّا وَوَالِدِيْنَا جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ.                                                                           

Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!  Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.

 

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا بِاْلإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ، وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنِ، وَلِلزَّكاَةِ فَاعِلِيْنَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ، وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِى اْلآخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ، وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى الْبَلاَيَا صَابِرِيْنَ، وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ، وَإِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ، وَفِى الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَعَلَى سَرِيْرَةِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ، وَبِحُوْرٍعَيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِيْنَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفِّيْنَ شَارِبِيْنَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ، مَعَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ. وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ الله وَكَفَى بِاالله عَلِيْمًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.                                      

Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk  di atas Tahta Kehormatan di dampingi  bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam!

 

SOLAT SUNAT WITIR

A.   Setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan solat sunat Witir. Bilal akan menyeru:
Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!
Disambut jama’ah dengan lafaz;
Bersolatlah. Tiada Tuhan melainkanAllah.

B.   Cara Melaksanalam 2 Rakaat Pertama

1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
 
* Sekiranya solat sendirian, tinggalkan perkataan di dalam kurungan;
Daku solat sunat Witir dua raka’at kerana Allah Ta’ala.
2.  Bacaan selepas Fatihah:
             Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
             Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun

C.  Selawat Selingan

  1. Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;
 
 Ya Allah! Kurniailah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami dan  pemimpin kami Muhammad SAW.
      2,  Jama’ah menyambut dengan ucapan;
 
Ya Allah! Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya (Muhammad SAW).

D.  Cara Melaksanakan Satu Rakaat Terakhir

  1. Jama’ah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
 
* Daku solat sunat Witir satu raka’at kerana Allah Ta’ala.

 

2.  Pada raka’at terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut:
  • Al- Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Naas

E.  Berdoa Qunut

Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut selepas berdiri tegak dari rukuk, iaitu belum melakukan sujud pertama.

F.  Berdoa  

  1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan tasbih sebelum berdoa:
2.   Boleh dibaca doa-doa berikut:

Peringatan

*Lafaz niat di atas boleh digunakan untuk semua orang. Jika menjadi imam atau makmum, pilih salah satu perkataan tersebut dari dalam kurungan.  Jika solat berseorangan perkataan di dalam kurungan tidak perlu dibaca.
*Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.
*Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat solat sunat tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.

Juga boleh membaca panduan dari Jakim di bawah ini

http://www.islam.gov.my/sites/default/files/e-penerbitan/sunat_tarawih_baru.pdf

Share
 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino