Friday, November 06, 2009

Jauh Di Sudut Hati


Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna aku telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku

MyEm0.Com
Lagu yang membawa banyak kenangan buatku.Lagu nie la jugak yang aku nyanyikan secara live kat fewett radio.But,bukan aku suka suki nyanyi,.Tapi,kena denda sebab typo banyak masa shout kat SB fewett dan post fewett forum..hahahaha...MyEm0.Com cesss....memang sumbang le sangat.tapi,aku dapat nyanyikan sampai abis gak.kahkahkah.... 

Lagu ini juga aku semadikan buat seseorang yang jauh nun di sana.. 

MyEm0.Com

Wednesday, November 04, 2009

Teratai Layu Di Tasik Madu


Teratai Layu Di Tasik Madu

Walaupun tasik kekeringan
Tak mungkin teratai kan tumbuh di darat
Begitulah takdirnya cintaku di ibarat
Tak akan berubah perasaanku terhadap dia

Mengapa dia yang ku cinta
Sedangkan ku tahu sikapnya begitu
Dia pandai berpura dan pandai bermain kata
Setahun bersama bak seribu tahun tersiksa

Aku tidak sudi melihat dia lagi
Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini
Aku rela menjadi teratai yang layu
Daripada mekar di dalamnya tasik madu
Biarkanlah ku begini
Dan tak mungkin ku kembali
Bersamamu

Tuesday, November 03, 2009

Bila Benci Jadi Sayang


MyEm0.Com
Rasa cinta, kasih dan sayang  sebati dalam  hidup  kita. Walau siapa pun dia dan setinggi mana darjatnya atau sehebat mana kuasanya, tapi rasa ini tetap ada terselit atau terselinap dalam hati  .  


Dari mana datangnya rasa halus yang tidak dapat dipegang ini? Rasa yang kita tidak nampak. Kita tak nampak rasa cinta, kasih dan sayang ini, tetapi kita yakin ia ada. Bertahkta indah di dalam hati kita. 


Hanya satu kuasa yang dapat melakukan semua ini iaitu Pencipta kepada kita semua. Dia mencipta kita tanpa terlupa memasukkan rasa yang sama itu. Biarpun rupa paras dan cara hidup berbeza, tapi tiap insan ciptaanNya tidak lepas dari rasa itu. . Ada yang kasih sayangnya terpancar dari kata-kata dan ada juga yang terbukti dari perbuatan. Tak kisahlah cara apa pun, yang penting rasa itu ada dalam tiap kita.

 Bila Allah dah campakkan rasa itu, bagaimana mungkin kita menafikannya lagi. Sekuat mana kita berlari dari rasa itu, ia tetap mengejar kita kerana ia bersarang dalam hati kita. Makin dilari, makin ia menghambat. makin diusir makin ia datang.


Kata-kata yang biasa didengar, “Jangan kita membenci seseorang dengan kebencian yang melampau, kerana biasanya orang kita benci itulah yang akan menjadi kecintaan kita suatu hari nanti”.
MyEm0.Com

Hanya Allah yang memegang tiap rasa ini. Kerana Dia telah memasukkan rasa cinta dalam hati kita dan orang yang kita benci itu.

Bila cinta berjaya kita raih, pelihara dan jagailah ia sebaik mungkin. Letakkan ia di tempat indah yang kita bina dalam istana hati kita. Jangan abaikan sebuah cinta anugerah Allah ini. Ini adalah satu amanah untuk kita peliharai. Jangan nodai atau rosakkannya.

“Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al Mumtahanah, 7)


Bila benci bertukar menjadi sayang, ia akan menerbitkan satu rasa cinta yang indah sesama insan. Setiap rasa benci yang bersarang dulu, berubah menjadi rasa sayang dan penuh cinta. Dan setiap kebencian itu membuahkan satu rasa indah dan kenangan yang istimewa dalam hati kita. Kebencian itu akan mendekatkan kita.

Tapi berlainan pula kalau bila sayang bertukar menjadi benci. Dua situasi yang berbeza ini menyumbang kepada impak yang berbeza. Bila sayang bertukar benci, kita mula melupakan segala kebaikan mereka. Yang terlihat dalam mata kita hanyalah keburukannya. Segala kebaikannya lenyap ditenggelami keburukannya.

Cuba kita perhatikan, impak keduanya. Sebab itu dalam Islam kita disarankan untuk berwasatiah iaitu bersederhana dalam kehidupan kita. Sayang yang melampau sesama insan akan membuatkan kita melupakan cinta Allah dan takdirnya. Dan bila kebencian pula yang melampau, syaitanlah yang menjadi ikutan kita.

Cinta akan mengindahkan hidup kita. Ia umpama bateri yang memberi tenaga dalam kehidupan kita. Tenaga daripada bateri itu akan membuahkan semangat yang amat bermakna untuk sebuah kehidupan.


MyEm0.Com

Janji Manismu


Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada
Keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing
Di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kau selalu keseorangan


Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya

Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi..


Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu Tuhan


Download Here 



Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negari Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Album nyanyian Aishah bersama fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa.Lagu mereka memasuki carta billboard US.


Pada 1983, Aishah memenangi satu pertandingan talentime di Kuala Lumpur. Nasibnya begitu baik kerana terus ditawarkan menjadi artis syarikat rakaman Life Records dan muncul dengan dua lagu bersama Malek Ridzuan dalam album Jilid 5 kepunyaan Malek. Lagu yang popular ialah "Mawar Putih Mawar Merah".
Walau bagaimanapun, Aishah ketika ini menggunakan nama Natasa Aminah kerana takut dimarahi ayahnya kerana menyanyi. Ayahnya seorang yang sangat mementingkan pendidikan anak mereka. Walau bagaimanapun, apabila rahsia itu terbongkar, nama Aminah terus lenyap dalam senarai penyanyi tanah air. Peminat langsung tidak mempedulikan 'kehilangannya'. Natasha tidak sempat merakamkan album solo kerana tidak lama selepas itu, dia terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalamjurusan Sains Politik di Universiti Auckland.
Di New Zealand, Aishah terus mencari peluang menyanyi. Pada 1986, dia memberanikan diri memasuki satu lagi talentime, "Telequest" dan mendapat tempat ketiga. Walaupun tidak menjadi johan, dia tetap terharu kerana Aishah satu-satunya peserta Melayu ketika itu. Selepas pertandingan itu, Aishah membuat pita demo sendiri dan di bawa ke sana ke mari untuk mencuba nasibnya.
Kebetulan ketika itu, sebuah band, Soul On Ice, sedang mencari vokalis pengganti. Mereka berjaya mengesan bakat Aishah lalu mempelawanya menyertai band itu. Bagi Aishah, peluang menyertai Soul On Ice sesuatu yang menarik walaupun dia juga ditawarkan memasuki sebuah lagi kumpulan yang cukup popular ketika di negara itu iaitu Peking Man. Walau bagaimanapun, beliau menolak tawaran Peking Man kerana bekas vokalisnya, Margaret Urlich mempunyai imej yang hebat dan beliau enggan dibayangi populariti Margaret kerana beliau mahu membina identiti sendiri.
Selain Aishah, Soul On Ice juga dianggotai Paul Moss (gitar), Malcolm Smith (keyboard), Dave Larsen (dram) dan Glenn Peters (bass). Apabila menyertai CBS New Zealand, Soul On Ice akhirnya menukarkan namanya menjadi The Fan Club. Bersama kumpulan itu, Aishah sempat merakamkan dua album - SensationRespect The Beat. dan
Maka, pada tahun 1988, tiba-tiba industri hiburan sejagat digegarkan dengan kejayaan anak Malaysia - Aishah - bersama kumpulannya dari New Zealand, The Fan Club. Aishah and Fan Club bukan saja popular di New Zealand, Australia dan Malaysia, malah berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Tapi,mengapa Aishah tidak diberikan anugerah sebagai artis yang pertama dan satu2nya yang berjaya ,menembusi pasaran dunia..Dalam ramai2 artis,tiada siapa yang boleh menjejaki jejak langkahnya...Tiada siapakah yang menyedari>Atau semua sudah lupakan jasanya? 

Monday, November 02, 2009

Allah Sengaja...


MyEm0.Com

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharap kan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG
kerana mengingat kan kita bahawa dia bukan lah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalami nya.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA yang HEBAT JIWA NYA.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMA NYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahami lah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujung nya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita. Gapai lah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggal kan larangan NYA..

PERCAYA LAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada NYA....aMIN..


**Ya Allh berikan Hambamu Kekuatan..  
MyEm0.Com

Sunday, November 01, 2009

Kesihatan : Tabiat Merokok, Kesan & Akibat


Pengenalan
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama  Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di  zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang  diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa , ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Hadith Rasullullah s.a.w. :

1. “Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin” ( Al-Bukhari & Muslim)

2. “Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan  mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani” (At-Termidzi)

3. “Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu” (Abu Daud)


Kandungan Berbahaya Dalam Rokok
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene) , racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.     

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen) . Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.                            

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.  

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.


Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.


Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok


Petua 10 M Untuk Berhenti Merokok
01. Melengah-lengah
02. Minum banyak air
03. Menarik nafas panjang
04. Membuat sesuatu
05. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
06. Mengunyah sesuatu
07. Membasuh tangan
08. Mandi dengan kerap
09. Melakukan senaman rengangan
10. Memohon doa

CAP Syor Rokok RM30 sekotak


Persatuan Pengguna Pulau Pinang gesa kerajaan bendung tabiat merokok

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya rokok berjenama di negara ini dijual pada harga RM30 sekotak yang mengandungi 20 batang.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata ia bagi membendung tabiat merokok yang semakin serius di kalangan golongan muda terutama mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.



Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan menyekat penjualan rokok berjenama murah yang dijual pada harga antara RM2.20 hingga RM2.50 bagi 20 batang.

Antara jenama rokok murah yang mudah didapati di pasaran masa kini ialah Navy, Tex, American Legend, Bingo, Astro, Fisher, Virginia Slim, Paradox dan Lite-Up,

Beliau berkata, lambakan rokok berjenama murah di pasaran negara ini semakin membimbangkan kerana ia menjadi pilihan golongan muda.

"Harga runcit bagi 20 batang rokok berjenama di Malaysia ialah RM9.30 sekotak, jenama murah pula dijual kira-kira 73 peratus lebih murah," katanya.

Katanya, hampir semua rokok berjenama murah tidak mempunyai amaran dan gambar oleh Kementerian Kesihatan sekali gus ia tidak menakutkan golongan muda daripada terus membeli dan menghisap rokok.

Beliau mengalu-alukan langkah Kementerian Kesihatan menetapkan harga minimum bagi rokok 20 batang pada harga RM6.20 bermula Januari tahun depan.

"Bagaimanapun, harga itu terlalu rendah dan ia dikhuatiri tidak mencapai matlamat kerana pengguna masih mampu membelinya. Justeru, harganya wajar dinaikkan sehingga RM30 bagi 20 batang," katanya.

Harga rokok berjenama bagi kotak 20 batang di United Kingdom adalah RM36.60, Ireland (RM37.98), Singapura (RM27.80), New Zealand (RM27.20), Jepun (RM10.60) dan Sri Lanka (RM10.90).

Beliau berkata, gejala merokok di negara ini semakin membimbangkan dan lebih 50 peratus lelaki dewasa adalah perokok manakala kira-kira 50 kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dikesan merokok setiap hari

Saturday, October 31, 2009

Kena Kursus Lagi




Pa punya keja.aduhaiii.mencik tol camnie.selepas itu.terus aku masuukan baju dalam beg.bersiap,tanpa sempat makan terus ke umah member aku dan pergi ngan dorang...Tak suka betol aa cmtu... Mujur aku tak lupa suar kecik dalam keadaan tergesa itew.keh keh keh..Kat Bawah nie,aku tempek serba sedikit gambar aku time kursus tu.Kursus Membaca dan menulis AL-QURAN Kod BRAILLE Arab.





 
Kunci Bilik 502
  
Permandangan Darul Aman Suite Hotel
 
Suasana dari Restoran Ke Padang Golf
 
Swimming Pool 
  

Laicikang
 
Makan tengahari:Mana nasi? hehhehe..nasi sekit.lauk banyak.
eh,ulam yang banyak. 

Makan Malam.Air Strawberi.Wana Merah tu.
 
Minuman Ketika Makan tengahari.Jus Appel Rasanya nie..Boleh tahan.
  

  
KOrang Leh Baca ke titik2 tu? hehhehehe..

  
Ini la Mesin Braille.

  
Kena Tumpu ..




Thursday, October 29, 2009

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi


Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi

GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.



ALI



MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi




Selamat membaca  di bawah ini.
Halimzakaria


Ayat al-Quran pada kulit bayi

SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.


MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

MADINA mendukung anaknya, Ali.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.


Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan , wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi


Wednesday, October 28, 2009

Besday Haris Abid Dan Nur Hana



Tanggal 26.10.2009 yang lalu,genaplah usia anak ku satu tahun.cepatnya masa berlalu.
Seinggat aku,baru sekejap ja mak dia pergi tinggalkan dia sebaik habis pantang masa setahun lalu.
Kini dia hampir boleh berjalan,masih belum berani untuk berjalan lepas tangan.tapi,dah pandai panjat
atas katil aku dan atas sofa..Gigi dah 4 batang.
Kemarin bawak dia amik ubat kat klinik kerajaan .kat pokok sena.gila lama nak mampos tunggu giliran.
kira buatkan aku tobat dah takmo p lagi klinik tu.bayangkan tunggu dari kol 9 sampai kol 12.
kalau aku ja yang tunggu takpa.masalahnya anak aku nie,mana la nak duduk diam 3 jam tu beb.
punya tak tahan lagi.terpaksa lepaskan dia merangkak atas lantai yang tidak bersih itu.
kerana tiada tempat untuk kanak2 bermain.dan anak aku pulak mana le nak duduk diam..menjerit dengar suara dia je la.lantaran itu aku terpaksa lepaskan dia merangkak kat lantai.comot habis..
Besday sabtu lalu diadakan sekali dengan besday anak kak aku yang kedua. tarikh lahir dia 28hb 10.
tapi,saja wat sekali sebab beza tak jauh..usia yang ke 12 tahun dah.daha anak dara dah pon..
Semoga anak aku sihat walafiat dan tidak perlu pembedahan nanti.MyEm0.Com


 Yang Sorang tu lebih dari orang yang ulangtahun..







 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino