Tuesday, October 22, 2013

Kisah Cinta Zulaikha Kepada Nabi Yusuf



Siapakah Zulaikha ?

Maulana Abdullah Yusuf Ali didalam Terjemahan al Quran memetik tulisan karya sastra Zulaikha dan Yusuf oleh Jami r.h ( 817 H – 898 H ):

Zulaikha adalah seorang puteri raja sebuah kerajaan di barat (Maghrib) negeri Mesir. Beliau seorang puteri yang cantik menarik. Beliau bermimpi bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang amanah dan mulia. Zulaikha pun jatuh hati padanya. Kemudian beliau bermimpi lagi bertemu dengannya tetapi tidak tahu namanya. Kali berikutnya beliau bermimpi lagi , lelaki tersebut memperkenalkannya sebagai Wazir kerajaan Mesir.

Kecintaan dan kasih sayang Zulaikha kepada pemuda tersebut terus berputik menjadi rindu dan rawan sehingga beliau menolak semua pinangan putera raja yang lain. Setelah bapanya mengetahui isihati puterinya, bapanya pun mengatur risikan ke negeri Mesir sehingga mengasilkan majlis pernikahan dengan Wazir negri Mesir.

Memandang Wazir tersebut atau al Aziz bagi kali pertama, hancur luluh dan kecewalah hati Zulaikha. Hatinya hampa dan amat terkejut, bukan wajah tersebut yang beliau temui di dalam mimpi dahulu. Bagaimanapun ada suara ghaib berbisik padanya : “ Benar , ini bukan pujaan hati kamu. Tetapi hasrat kamu kepada kekasih kamu yang sebenarnya akan tercapai melaluinya. Janganlah kamu takut kepadanya . Mutiara kehormatan engkau sebagai perawan selamat bersama-sama dengannya”.

Perlu diingat sejarah Mesir menyebut , Wazir diraja Mesir tersebut adalah seorang kasi, yang dikehendaki berkhidmat sepenuh masa kepada baginda raja. Oleh yang demikian Zulaikha terus bertekat untuk terus taat kepada suaminya kerana ia percaya ia selamat bersamnya.

Demikian masa berlalu, sehingga suatu hari al-Aziz membawa pulang Yusuf a.s. yang dibelinya di pasar. Sekali lagi Zulaikha terkejut besar, itulah Yusuf a.s yang dikenalinya didalam mimpi . Tampan, segak, menarik dan menawan.

Betullah sabda nabi yang diriwayatkan oleh Hammad dari Tsabit bin Anas bahawa Rasullah bersabda maksudnya :

Yusuf dan ibunya telah diberi oleh Allah separuh kecantikan dunia.
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf dipenjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.
 amun kejadian itu tidak berakhir begitu saja. Apa yang jelas, cerita itu akhirnya tersebar. Kemudian wanita-wanita yang tinggal di istana itu mula menjadikannya sebagai bahan cerita.

”Dan wanita-wanita di kota berkata: ”Isteri Al-Aziz menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya (kepadanya), sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata.” (Yusuf: 30)

Wanita-wanita itu mencerca Zulaikha sebagai sesat. Sedangkan mereka tidak pernah melihat bagaimana tampannya wajah Yusuf A.S. Mereka tidak mengetahui kehebatan daya tarikannya.

Zulaikha merancang untuk mengenakan orang-orang yang mencercanya. Dia mengatur jamuan besar di istana dan mengundang wanita-wanita untuk hadir ke majlis itu. Mereka datang beramai-ramai dan jamuan itu berlangsung dengan cukup meriah. Zulaikha memanfaatkan majlis itu sebagai kesempatan untuk menunjukkan seorang pemuda yang paling tampan dan mengkagumkan.

”Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebilah pisau (untuk memotong buah) kemudian dia berkata (kepada Yusuf): ”Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka” Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa)nya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata: ”Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia.” Wanita itu berkata: ”Itulah dia orang yang kamu cela aku kerana (tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan dan dia termasuk golongan orang-orang yang hina.” Yusuf berkata: ”Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh.” Maka Tuhannya memperkenankan doa Yusuf dan Dia menghindarkan Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Yusuf: 31-34)

Para tetamu wanita itu tercengang ketika menyaksikan wajah bercahaya yang menampakkan ketampanan luar biasa. Wanita-wanita itu pun terpaku dan mereka terus memotong buah yang ada di tangan mereka dengan pisau. Semua pandangan tertuju hanya kepada Yusuf A.S dan tidak melihat buah yang ada di tangan. Akhirnya, wanita-wanita itu memotong jari tangan sendiri namun mereka tidak merasa kesakitan. Sungguh kehadiran Yusuf di tempat itu sangat mengkagumkan sehingga tidak merasa sakit meskipun keluar darah dari luka jejari tangan mereka.
Kisah Zulaikha dan Yusuf dirakamkan di dalam Al Quran bermula surah Yusuf ayat 21 sehinggalah Yusuf a.s di penjarakan pada ayat 36 surah yang sama, kerana fitnah kononnya Yusuf a.s mengoda Zulaikha , isteri al-Aziz.
 Bagaimanapun pada ayat 51 surah yang sama Allah berfirman, maksudnya :

Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar. ( Yusuf 51 )

Selepas ayat tersebut Al Quran tidak menceritakan kesudahan hubungan Zulaikh dengan Yusuf a.s.
Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya.

 Ada juga yang menceritakan selepas peristiwa itu, Zulaikha bertaubat kepada Allah SWT. Ketika Nabi Yusuf diutus menjadi Rasul dan menjadi penguasa menggantikan al-Aziz, baginda bertemu dengan Zulaikha yang ketika itu sudah tua. Akhirnya Allah SWT menjadikan Zulaikha muda remaja dan dikahwinkan dengan Nabi Yusuf. 
Bagaimanapun Ibn Katsir didalam Tafsir Surah Yusuf memetik :

Muhammad bin Ishak berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s oleh raja Mesir adalah kedudukan yang dahulunya dimiliki oleh suami Zulaikha yang telah dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah beristrikan Zu­laikha sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan bah­wa pada suatu ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia menjadi isterinya,

“Tidakkah keadaan dan hubungan kita se­karang ini lebih baik dari apa yang pernah engkau inginkan?”

Zulaikha menjawab,

“Janganlah engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku sebagai wanita yang cantik, muda belia bersuamikan seorang pemuda yang berketerampilan dingin, menemui­mu sebagai pemuda yang tampan, gagah perkasa bertubuh indah, apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan lupa akan ke­dudukanku sebagai wanita yang bersuami?”

Dikisahkan bahwa Yusuf waktu kawin dengan Zulaikha, ia menemuinya masih gadis (perawan) dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim bin Yusuf dan Misya bin Yusuf.
Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.
Rujukan :
  1. Maulana Abdullah Yusuf Ali – Terjemahan al Quran Karim
  2. Tafsir Ibnu Katsier – surah Yusuf

14 comments:

Unknown on January 3, 2015 at 3:52 PM said...

Mohon share ;D

Unknown on June 18, 2015 at 1:06 PM said...

mohon share

Unknown on October 21, 2015 at 5:25 PM said...

Maaf bertanya,dimana dpat cerita Yusuf dipenjara?sy cri x jmpa

Unknown on November 7, 2015 at 9:53 AM said...

Hebatnya cinta Zulaikha a.s dengan makhluk paling tampan iaitu nabi Yusuf a.s..😊😊😊

Unknown on November 7, 2015 at 9:53 AM said...

Hebatnya cinta Zulaikha a.s dengan makhluk paling tampan iaitu nabi Yusuf a.s..😊😊😊

Unknown on February 28, 2016 at 7:01 AM said...

Nak tanya mana kisah zulaikha kawen ngan nabi yusuf time tua dalam ibnu katsir?sahabat ada kitab ibnu katsir ka?

Unknown on February 28, 2016 at 7:01 AM said...

Nak tanya mana kisah zulaikha kawen ngan nabi yusuf time tua dalam ibnu katsir?sahabat ada kitab ibnu katsir ka?

Zulaikha on March 16, 2016 at 2:39 PM said...

subhanallah 😂

Febry's zone on May 29, 2016 at 4:34 PM said...

Di alquran pun ada , saya pernah membacanya

Unknown on March 13, 2017 at 10:35 AM said...

Assalamualaikum sis..Akak nie Nabila.sis ada alami masalah berkaitan Rahim?..Sis blh pm/ws akak..Klu berminat nk tahu..Sebb ramai customer yg berjaya datang bulan (period) blik setelah berbulan2 Dan ada yg bertahun2..Lepas beberapa biji makan.. utk ketumbuhan spt cyst Dan fibroid pun in shaa Allah blh..

Unknown on September 9, 2017 at 3:54 PM said...

Surah yusuf ayat 36 klu x silap

lovelyqy._ on August 28, 2018 at 6:48 PM said...

Sungguh hebat kekuasaan Allah kepada makhluknya... sungguh indah juga cinta makhluknya kepadanya...

Muhammad Syaiful Izhan on September 8, 2018 at 5:32 AM said...

Ini kes tak dengar apa yang maulana cerita dari mula ini. Kutip separuh-separuh, sama macam penulis blog ini juga.

Maulana Yusuf sewaktu 'intro' syarah tafsir ibn Kathir, beliau telah memulakan dengan memberitahu kepada pelajar metodologi Ibn Katsir dalam menulis tafsirnya. Antaranya ialah meletakkan riwayat-riwayat israeliyyat untuk menyatakan bahawa ianya israeliyyat.

Selain itu, sebahagian besar mufassirin sendiri meletakkan dua nama apabila mentafsirkan ayat berkenaan isteri pembesar Mesir, iaitu Ra'il dan Zulaikha.

Anonymous on September 20, 2018 at 10:29 PM said...

As salam
Saya berminat

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino