Friday, September 23, 2011

Resepi Polkadot a.k.a Apam Dot Dot a.k.a Apam Blossom


Bahan-bahan :

  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum
  • 3 sudu teh baking powder  (diayak bersama tepung gandum)
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (boleh gunakan apa saja filling yg anda suka seperti kaya, jem nanas etc)
  • Pewarna
  • Esen Vanilla(supaya bau telor hilang)
  • 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. 
  2. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Masukkan esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan hingga adunan kelihatan  menjadi gebu . 
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
  4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  5. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan peabut butter sebab saya gunakan paper cup yg paling kecik. guna acuan apa pon..boleh je mana2..asalkan berlapik.
  6. Picitkan blueberry filling secukupnya
  7. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan atau lukiskan mengikut kreativiti anda dengan warna pilihan
  8. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  9. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah.Dan jangan kukus terlalu lama.
  10. **Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
http://gadiskalispeluru.blogspot.com/Share
 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino