Wednesday, December 31, 2008

**Hari Yang amat menyedihkan







Hari Yang amat menyedihkan
yang terlalu sukar untukku ceritakan.. Bukan soal hati dan perasaan..Malah untukku coretkan disini,,.airmataku tak tertahan ...Bila mengenangkan nasibnya.Tidurnya denganku,minumnya denganku.lenanya dalam dakapanku..
mandinya dengan air dari tanganku...tetapi peristiwa yang amat menyedihkan bila terpisah dengan anak sedara kesayanganku..
YA ALLAH KEMBALIKAN LAH DIA PADAKU..
HARIS ABID..UMI MERINDUIMU ...

Share

Tuesday, December 30, 2008

**DOSA MENDEDAHKAN AURAT


Allah berfirman di dalam Alquran:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nuur: Ayat 31).

Tambahan penjelasan bagi 12 Orang di atas
  1. suami mereka [tanpa batasan aurat],
  2. ayah mereka,
  3. ayah suami mereka (Mertua),
  4. putra-putra mereka (Anak2 lelaki),
  5. putra-putra suami mereka(anak2 tiri suami),
  6. saudara-saudara laki-laki mereka (Adik beradik)
  7. putra-putra saudara laki-laki mereka(Anak- anak lelaki kpd Abg atau adik),
  8. putra-putra saudara perempuan mereka(Anak-anak lelaki kpd Kakak atau adik),
  9. wanita-wanita Islam (wanita Muslimah),
  10. budak-budak yang mereka miliki(Hamba- hamba sahaya),
  11. pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
  12. anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita
*Aurat wanita Selain Dari orang yg 12 di atas adalah tidak boleh bersentuhan kulit, kedua belah tapak tangan dan muka.

Imam Baghawi mengatakan: Yang dimaksudkan dengan perhiasan di sini ialah: perhiasan yang tersembunyi, yakni: gelang kaki, inai di kaki, gelang di pergelangan tangan, anting-anting dan kalung. (Tafsir Baghawi 6/34)

Kesimpulan, yang halal didedahkan kepada mahram dan kepada wanita ialah anggota-anggota yang boleh diletakkan perhiasan padanya secara ghalib. Contohnya:
  • tengkuk kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu kalung.
  • lengan kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu gelang.
  • kaki kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu inai.
  • betis kerana ia boleh diletakkan gelang kaki.
  • kepala kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu anting-anting di telinganya dan lain-lain.

Manakala anggota yang tidak ada perhiasan, maka tidak boleh didedahkan seperti: dada, paha, perut, dan yang seumpamanya. Anggota-anggota itu hanya khas untuk suami sahaja. (Fatawa Syeikh Masyhur Ali Salman)
Share

**TEKANAN


TERTEKAN MEMIKIRKAN MASALAH..
TAKOT MENGHADAPI MASA DEPAN..
TAK SANGGUP KEHILANGAN ANAK SAUDARA KESAYANGAN KU.
:cry::cry::cry::cry::cry:Share

Monday, December 29, 2008

**CINTA TIDAK PERNAH MEMINTA



Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

~ Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -HamkaCinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.

Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.

Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci.

Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinyaCinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.Satu- satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.



:kiss::kiss::kiss::kiss::kiss:Share

Sunday, December 28, 2008

** DEMAM :(


DEMAM

SELSEMA

BERSIN

UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAaa


:cry::cry::cry::cry:Share

Saturday, December 27, 2008

**Tips Memilih Pasangan Dan Cinta Lelaki


Untuk memilih pasangan, pilihlah yang lelaki mempunyai personaliti yang baik dan diyakini. Wanita perlu lihat kekuatan diri dan buat kajian terhadap orang yang disukai sebelum melontarkan perasaannya. Mungkin apabila sudah mengenali lebih dekat, wanita itu tidak suka atau berasa tidak serasi dengan personaliti lelaki itu sebenarnya.

Terdapat 3 jenis cinta iaitu:

1. Cinta nafsu.
Lelaki menyukai wanita kerana kecantikan fizikal.
2. Cinta nak guna
Llelaki mahukan wanita itu kerana kedudukan, kecantikan untuk kepentingan dirinya.
3. Cinta ikhlas
Datang dari hati. Cinta ikhlas ini mewujudkan perasaan debar dan ada kalanya berpeluh-peluh apabila berjumpa, tidak berani bertentang mata dan perbuatan menjadi tidak tentu hala. Ini kerana wujudnya getaran antara dua jiwa.

:flower::flower::flower::flower::flower:Share

**Siapa sebenarnya disebalik “Blog menghina Nabi”


Mengenai blog Adibah Ahmad di blogspot yang menghina Nabi Muhammad SAW khasnya dan menghina agama islam am-nya. Siapa sebenarnya Adibah Ahmad ni? Kami sebagai Blogger membuat sedikit penyiasatan dan hasilnya… Di blog tersebut, terdapat banyak entri yang menghina Rasulullah. Dan agak tidak logik untuk mereka yang menghina agama sendiri (walaupun dah murtad) untuk mendedahkan identitisecara terbuka. Dengan “berani mati”. Boleh dikatakan, orang bodoh sahaja yang berbuat begitu.


Ok, kita jangan tunggu siasatan polis. Kita siasat sendiri. Adibah Ahmad (gambar) memang wujud tetapi Adibah Ahmad adalah mangsa mereka yang memendam dendam kepadanya apa yang dapat dibuktikan disini, blog tersebut ditulis oleh orang cina. Kalau kita lihat betul-betul cara penulisan dia pun, pelat-pelat melayu-cina masih ada.
Apa yang menguatkan penyiasatan ini? Ok.. kalau anda masuk blog Adibah Ahmad tu, dia siap kasitahu lagi siapa nak berkenalan boleh hubungi dia di talian 03-5566 3800..

Well, nombor itu dah pun disahkan sebagai milik syarikat jual kereta mewah di Kuala Lumpur.
Ok, mari kita lihat satu profile Friendster yang dilinkkan di laman blog terbabit. Apabila di klik terpampang Azahar Mohd (tuan page) menulis company dia bekerja sebagai Auto Bavaria Malaysia, BMW. Nyatanya nombor telefon yang diletakkan di blog tersebut adalah milik Auto Bavaria Malaysia, BMW. Selain tu, owner friendster tu jugak ada upload gambar dengan title “Cina Babi”. Dan lihat di “Who i want to meet”, tertulis nama Adibah Ahmad di situ sebagai secretary kepada Azahar Mohd. Di bawah adalah profile Friendster Azahar Mohd yang telah di save dalam bentuk gambar. * klik gambar untuk paparan yang jelas…

Kemungkinan profail Friendster ini juga di”create” oleh pihak terbabit, untuk mencetuskan rasa benci. Nyatanya di sini, ada pertelingkahan antara Adibah Ahmad, Azahar Mohd dan juga yang menyamar di sebalik blog Adibah Ahmad, seorang lelaki/wanita berbangsa cina. Wahai pihak Polis Diraja Malaysia yang cepat, mesra dan betul, nyatanya di sini, apa yang perlu anda buat hanya pergi ke Auto Bavaria yang beralamat di.. No 3A, Persiaran Kerjaya, Seksyen U1, Glenmarie,Shah Alam, Selangor … dan cari lelaki bernama Azahar Mohd. Kemudian tanya dengan cina mana yang tak puas hati dengan dia? Selesai kes! Kesimpulannya di sini, Adibah Ahmad dan Azahar Mohd telah dianiaya oleh seorang manusia berbangsa cina. Sama-samalah kita berdoa agar agama Islam tidak diperlekehkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebagaimana kita yang beragama Islam menghormati agama lain di Malaysia, seharusnya mereka yang bukan beragama islam harus juga menghormati apa yang telah ada di Malaysia sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi. Sesuatu yang tidak ada di negara lain.. Wallahualam. . Ini pula Myspace Adibah Ahmad yang turut di’create oleh cina tersebut. Terang lagi bersuluh yang page itu wujud kerana sifat dengki dan mencemarkah maruah gadis bernama Adibah Ahmad. URL: http://adibahahmad. blogspot. com/

Kesimpulan yang dapat dibuat disini: Adibah Ahmad & Azahar Mohd telah dianiaya oleh “seseorang” yang menggunakan blog(yang menghina Islam) untuk memburukkan namanya, pihak berkenaan mesti melakukan penyiasatan kerana kes ini benar-benar boleh mencetuskan api kemarahan beberapa pihak.



http://www.apasaje. net/Share

**GAGAL BERCINTA ITU PENGALAMAN INDAH


Perkara yang paling menarik untuk dikenang-kenang ialah cinta. Samada anda sedang bercinta atau telah putus cinta. Walaupun putus cinta itu menyakitkan tetapi ada kalanya seronok juga untuk dikenang-kenangkan. Lihatlah kebodohan-kebodohan silam, anda tentu tersenyum&

Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.

Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Dalam keadaan yang baik, ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan.
Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti yang datang silih berganti yang pertama tetap dihati. Payah sungguh untuk memadamkan namanya, wajahnya, suaranya, gelak ketawanya, gurau sendanya. Kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat tidak terduga.

Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan.

Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya tak kesampaian.

Usah terburu-buru untuk bercinta, dicintai mahupun mencintai. Bersabar dengan pilihan anda, pilih dengan syarat. Jangan takut untuk mengatakan tidak sekiranya dia tidak menepati ciri-ciri yang anda mahukan.

Hargai cinta anda, mahalkan sikit harganya, agar apabila merelakan ia dibeli seseorang dia amat-amat menghargainya.


:snow15::snow15::snow15::snow15::snow15:Share

Friday, December 26, 2008

**Bulan MUHARRAM


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum
Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat
mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada
Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar
Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang',
iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan
darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan
Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh
melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan
larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan
bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak
terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi
perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan
kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan
pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadik an 'Arasy.
Allah menjadik an Luh Mahfuz.
Allah menjadik an alam.
Allah menjadik an Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.


:reading::reading::reading::reading::reading::reading::reading:Share

Thursday, December 25, 2008

**Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun HIJRAH


Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun
(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah -
Doa Akhir Tahun:

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Doa Awal Tahun
(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Isnin 1 Muharam 1434H/15 NOVEMBER 2012 )

Semoga ILMU IMAN DAN AMAL KITA MENINGKAT LAGI DI TAHUN 1430H, InsyaAllah.

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Maksudnya:




Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantuny a dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
:look::look::look::look::look::look:
Share

**Kenali budi pekerti wanita dicintai


:look:

? Sensitif

Bukan bermaksud suka merajuk,tetapi perempuan hanya ingin bermanja dan sekadar ingin mendapat perhatian

:hot:

? Cerewet

Bukan bermaksud cerewet tidak tentu hala,adakalnya si perempuan ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala

:what:

? Halus

Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tecarik dan koyak.Walaupun seorang perempuan terkenal sebagai seorang pemaaf yang memaafkan org lain atas sebab kesalahan lain, biasanya perempuan akan ingat kesalahan itu untuk di simpan sebagai pengajaran. Bukan dendam.

:wink:

? Ikhlas

Ikhlas seorang perempuan tidak perlu diragui.

:dizzy:

? Korban

Perempuan sanggup berkorban apa saja untuk seseorang termasuk ibubapa, anak-anak dan suami. Perempuan amat tabah.

:phonecry:

? Prihatin

Perempuan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam

:bye:

? Manja

Walaupun dia adalah seorang perempuan yang pandai berdikari,naluri kaum hawa masih lagi tetap seorang perempuan. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki namun juga sesama kaum.

:look:

? Ego

Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

:kiss:

? Cinta

Cinta pertama bagi wanita lazimnya adalah cinta yang paling dalam dan tulus.

:err:

? Seks

Seks bukanlah segala-galanya kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal.nafsunya banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu lantas fungsi lelaki adalah membimbing wanita, bukan menghanyutkan dirinya.



:laugh::laugh::laugh::laugh::laugh::laugh::laugh::laugh:Share
 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino