SEJARAH IBADAH HAJI
Dari
segi sejarah, ibadah haji ialah syariat
yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad
S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung
ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji
mula diwajibkan ke atas umat Islam pada
tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur
iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran
yang bermaksud :
"
Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan
ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah
iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai
kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar
kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah
Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu
pun daripada sekelian makhluk".
Pada
tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama
lebih kurang 1500 orang telah berangkat
ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi
tidak dapat mengerjakannya kerana telah
dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan
satu perjanjian yang dinamakan perjanjian
Hudaibiah.
Perjanjian
itu membuka jalan bagi perkembangan Islam
di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7
Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah
bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada
tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat
dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan
Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300
orang umat Islam mengerjakan haji.
Haji dan Talbiah (seruan di musim haji)
Lafaz Talbiah: Labbaikallahumma Laka Labbaik, Labbaikala Syarika Laka
Labbaik, Innal Hamda Wan Nikmata Laka Wal Mulk, La Syarika Laka.
Maksudnya: Aku penuhi panggilan-Mu Wahai Allah! Aku penuhi panggilan-Mu,
tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan
semua kerajaan adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.
Ia
merupakan satu seruan untuk disahut oleh setiap Muslim/Muslimah yang
sedang mengerjakan haji, untuk menyatakan rasa takut dan mengharap
segala amalan diterima di sisi-Nya, untuk menyatakan bahawa tidak ada
satu kerajaan pun di dunia ini yang mampu menandingi kerajaan Allah di
akhirat, iaitu kerajaan yang mendaulatkan Islam dengan pelaksanaan
al-Quran sebagai hukum-hakam yang tertinggi dalam negara, kerana Dialah
(Allah) adalah Raja segala kerajaan.
Itadakimasu...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment