Perkara sunat bagi orang yang melakukan korban:
* Menyembelih sendiri
binatang sembelihan korban atau mewakilkan kepada orang lain jika ada
halangan atau tidak berdaya melakukannya sendiri.
* Menyembelih
ternakan korban di musalla (tanah lapang) bagi memperlihatkan syiar
Islam (sabda Rasulullah s.a.w.: Bahawasanya baginda menyembelih dan
berkorban di musalla. (riwayat Bukhari)
* Hendaklah menyembelih dengan pisau yang tajam.
* Ketika hendak menyembelih ucapkanlah: Bismillahi wallahu Akbar.
*
Baringkan binatang korban pada sebelah sisi kirinya dan memegang pisau
dengan tangan kanan dan pegang atau tahan lehernya dengan tangan kiri
(sabda Rasulullah: Dari Anas radiallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi s.a.w
menyembelih dua ekor kibas yang bagus dan bertanduk. Baginda mengucapkan
basmalah dan bertakbir serta meletakkan kakinya di samping lehernya”
(riwayat Bukhari & Muslim)
* Binatang korban yang gemuk, sihat dan tidak cacat pada anggota tubuh badannya serta cukup umur.
* Menyaksi sendiri upacara penyembelihan binatang yang dikorbankan.
* Sembelih ternakan korban sesudah selesai solat dan dua khutbah Hari Raya.
* Elakkan ternakan korban melihat pisau diasah untuk sembelihan.
* Orang yang menyembelih menghadap kiblat.
* Cari tempat yang lembut ketika melakukan penyembelihan.
* Orang yang berkorban berdoa ketika sembelihan dilakukan.
*
Tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah
hingga ke hari dia berkorban. Sabda Rasulullah: Barang siapa yang
memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan
Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya
sehingga dia berkorban. (riwayat Muslim)
* Makan daging
sembelihannya, bersedekah dan menyimpan dagingnya yang lebih. Firman
Allah s.w.t: Makanlah sebahagian daripadanya, dan (sebahagian lagi)
berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir. (Al-Hajj:
28)
Hukum berkorban
* Menurut mazhab Syafie, hukumnya sunat muakkad.
* Imam Abu Hanifah berpendapat korban hukumnya wajib tetapi tidak fardu.
*
Dilakukan pada hari-hari Tasyrik sahaja, iaitu sesudah selesai solat
sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari di akhir hari
Tasyrik (13 Zulhijjah).
* Jumhur ulama berpendapat korban hanya sunat.
*
Fatwa Syeikh Hasanain Makhluf (Rektor Universiti al-Azhar- dikeluarkan
pada 22 Oktober 1974):- Tidak harus ditukar korban dengan harganya bagi
menampung keperluan fakir miskin yang memerlukan bantuan, kerana tujuan
utama ibadat ini ialah menumpahkan darah haiwan. (Amalan ini adalah
syiar Islam yang tersirat di sebalik pengorbanan Nabi Ibrahim a.s ketika
melaksanakan perintah Allah menyembelih anaknya Ismail a.s.)
* Wajib melakukan korban ke atas orang mengerjakan haji cara tamattuk, qiran, bernazar (dilakukan di Mekah semasa berhaji).
*
Korban nazar, wajib segera diagihkan daging segar kepada fakir miskin.
Jika daging telah busuk wajib (bagi orang bernazar korban) beli daging
baru sebagai ganti untuk diagihkan kepada fakir miskin.
* Daging
sembelihan korban termasuk kulit dan tanduk tidak boleh dijual atau
dijadikan upah kepada tukang sembelih mahupun tukang lapah meskipun
korban sunat.
* Daging korban tidak boleh dijadikan jamuan kenduri kahwin.
* Daging korban hanya boleh dimakan atau diagihkan kepada orang Islam sahaja.
*
Korban dan akikah ada persamaan dalam hukum tetapi berlainan dalam
hikmah dan tujuannya. Oleh itu orang belum akikah boleh buat korban dan
sebaliknya.
Itadakimasu...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment