Wednesday, October 17, 2012

Laporan Audit Negara 2011:Kerajaan Negeri P.R Mendapat Pujian


Tahniah Kepimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kerana mendapat komentar yang positif daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang di dalam laporan Ketua Audit Negara 2011.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2011 telah membuktikan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap serta telus di Negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang adalah lebih baik berbanding negeri BN.

"Kita merasakan Laporan Ketua Audit Negara 2011 telah membuktikan bahawa kecekapan dan kebijaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat mentadbir walaupun dalam tempoh masa hanya 5 tahun.

"Ianya juga  adalah lebih baik daripada urustadbir pemimpin Barisan Nasional yang telah memerintah negara selama lebih 50 tahun yang penuh dengan pemborosan dan ketirisan," katanya dalam satu kenyataan.

Dengan pujian dari ketua audit itu katanya, maka wajar bagi seluruh rakyat Malaysia memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara Malaysia daripada BN.

Sementara itu, beliau juga menghargai usaha kerajaan Negeri Selangor untuk menghadiahkan ganjaran sebanyak RM 20,000 kepada lapan jabatan dan agensi negeri yang telah mencapai prestasi pengurusan kewangan terbaik seperti yang telah dikeluarkan dalam Laporan Audit 201.

Agensi yang terlibat Majlis Perbandaran Subang Jaya, Pejabat Tanah dan Galian, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Agama Islam Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam, Pejabat Menteri Besar/Setiausaha Kerajaan Negeri, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor dan Perbendaharaan Negeri Selangor.

"Kita mengharapkan semoga Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang akan terus meningkatkan mutu kerja pentadbiran dengan lebih baik selain tidak melupakan imbuhan yang sesuai kepada penjawat-penjawat awam yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat dan agenda kerajaan Negeri Pakatan Rakyat," tegasnya.
harakah/- 

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino