Bersungut dan tidak menerima qada dan qadar Allah.
Amalkan
membaca doa seperti diajar Rasulullah SAW iaitu:
“Bismillahi ‘ala nafsi
wamali wadini. Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima quddiroli
hatta la uhibba ta’jila ma akkharta wala takkhira ma ‘ajjalta.
(Maksudnya:
Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah,
jadikanlah aku ini rela dengan apa-apa yang Engkau tentukan dan
berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku
sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan
atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan percepatkan).
“Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari
redha Allah dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun
yang terletak di dataran tinggi yang disirami oleh hujan lebat maka
kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tiak
menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang
kamu kerjakan.” [Al-Baqarah:265]
Berbuat dosa dan tidak disertai dengan taubat.
Allah
SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud: “Dan juga
orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri
sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa
mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan
Allah,
dan
mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan
itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”
Iri hati sesama manusia.
Muncul
perasaan senang untuk membalas dendam kepada mereka, dan dengki atas
anugerah yang Allah berikan kepada mereka. Allah SWT berfirman dalam
surah an-Nisa’ ayat 54 yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada
manusia lantaran kurnia yang sudah Allah berikan kepadanya.”
Dalam
hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda: Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu,
kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai
mana api itu dapat menghabiskan kayu api.”
Berpaling daripada mengingati Allah.
Allah
SWT berfirman dalam surah Taha ayat 124 yang bermaksud: “Dan sesiapa
yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya
adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada
Hari Kiamat dalam keadaan buta”.
Demikian
empat perkara disebut ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni dalam kitab beliau La
Tahzan. Elakkan daripada melakukan keempat-empat perkara itu,
Insya-Allah hidup akan tenang.
Itadakimasu...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment