Friday, October 26, 2012

Peraturan Takbir AidilFitri & Aidil Adha


a. Takbir Aidil Fitri

Bermula sejak maghrib malam tanggal 1 syawal sehingga selesai solat Raya.

Hal ini berdasarkan dalil berikut:
1. Allah berfirman, yang ertinya: “…hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.” (Qs. Al Baqarah: 185)

Ayat ini menjelaskan bahawasanya ketika orang sudah selesai menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadlan maka disyariatkan untuk mengagungkan Allah dengan bertakbir.

2. Ibn Abi Syaibah meriwayatkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar dari rumah menuju ke tanah lapang kemudian baginda saw bertakbir hingga tiba di tanah lapang (musolla iaitu tempat solat hari raya). Baginda saw terus bertakbir sehingga solat selesai. Setelah menyelesaikan solat, baginda saw menghentikan takbir. (HR. Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf 5621)


Keterangan:

-. Takbir aidil fitri dilakukan dimana saja dan bila saja. Ertinya tidak semestinya di masjid.
-. Sangat dianjurkan untuk memperbanyak takbir ketika menuju ke tempat solat raya. Kerana ia merupakan kebiasaan Nabi  dan para sahabat. Berikut di antara dalilnya:
  • Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar daripada rumah menuju ke tanah lapang (tempat solat hari raya) kemudian baginda saw bertakbir sehingga tiba di tanah lapang. Baginda saw terus bertakbir sehingga solat selesai. Setelah menyelesaikan solat, baginda saw menghentikan takbir. (HR. Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf)
  • Daripada Nafi: “Dulu Ibn Umar bertakbir pada hari id (ketika keluar rumah) sehingga beliau tiba di tanah lapang. Beliau terus melanjutkan takbir hingga imam datang.” (HR. Al Faryabi dalam Ahkam al Idain)
  • Daripada Muhammad bin Ibrahim (seorang tabi’in), beliau mengatakan: “Dulu Abu Qatadah berangkat menuju tanah lapang pada hari raya kemudian bertakbir. Beliau terus bertakbir sehingga tiba di tanah lapang.” (Al Faryabi dalam Ahkam al Idain)
Takbir Aidil Adha



Takbir Aidil Adha ada dua:

1. Takbir yang tidak terikat waktu (Takbir Mutlak)
Takbir hari raya yang tidak terikat waktu adalah takbir yang dilakukan bila saja, dimana saja, selama masih dalam tempoh waktu yang dibolehkan.
Takbir mutlak menjelang aidil Adha bermula sejak tanggal 1 Zulhijjah sehingga waktu asar pada tanggal 13 Zulhijjah. Selama tanggal 1 – 13 Zulhijjah, kaum muslimin disyariatkan memperbanyakkan ucapan takbir di mana saja, bila saja dan dalam keadaan apa saja. Boleh sambil berjalan, di kenderaan, bekerja, berdiri, duduk, ataupun berbaring. Demikian pula, takbir ini boleh dilakukan di rumah, jalan, pejabat, sawah, pasar, tanah lapang, masjid, dst. Dalilnya adalah:
a. Allah berfirman, yang ertinya: “…supaya mereka berzikir (menyebut) nama Allah pada hari yang telah ditentukan…” (Qs. Al Hajj: 28)
Allah juga berfirman, yang ertinya: “….Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang…” (Qs. Al Baqarah: 203)
Tafsirnya:
  • Yang dimaksud berzikir pada dua ayat di atas adalah melakukan takbir
  • Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhuma mengatakan: “Yang dimaksud ‘hari yang telah ditentukan’ adalah tanggal 1 – 10 Zulhijjah, sedangkan maksud ‘beberapa hari yang berbilang’ adalah hari tasyriq, tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijjah.” (Al Bukhari secara Mua’alaq, sebelum hadis no.969)
  • Dari Sa’id bin Jubair dari Ibn Abbas, bahawa maksud “hari yang telah ditentukan” adalah tanggal 1 – 9 Zulhijjah, sedangkan makna “beberapa hari yang berbilang” adalah hari tasyriq, tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijjah. (Disebutkan oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari 2/458, kata Ibn Mardawaih: Sanadnya sahih)
b. Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)
c. Imam Al Bukhari mengatakan: “Dulu Ibn Umar dan Abu Hurairah pergi ke pasar pada tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Mereka berdua mengucapkan takbir kemudian masyarakat bertakbir disebabkan mendengar takbir mereka berdua.” (HR. Al Bukhari sebelum hadis no.969)
d. Disebutkan Imam Bukhari: “Umar bin Khatab pernah bertakbir di khemahnya ketika di Mina dan didengar oleh orang yang berada di masjid. Akhirnya mereka semua bertakbir dan masyarakat yang di pasar-pun ikut bertakbir. Sehingga Mina bergema dengan takbir.” (HR. Al Bukhari sebelum hadis no.970)
e. Disebutkan oleh Ibn Hajar bahawa Ad Daruqutni meriwayatkan: “Dulu Abu Ja’far Al Baqir (cucu Ali bin Abi Thalib) bertakbir setiap selesai solat sunat di Mina.” (Fathul Bari 3/389)


2. Takbir yang terikat waktu

Takbir yang terikat waktu adalah takbir yang dilaksanakan setiap selesai melaksanakan solat wajib. Takbir ini dimulai sejak setelah solat subuh tanggal 9 Zulhijjah sehingga setelah solat Asar tanggal 13 Zulhijjah. Berikut dalil-dalilnya:
a. Dari Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau dulu bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga setelah Zuhur pada tanggal 13 Zulhijjah. (Ibn Abi Syaibah & Al Baihaqi dan sanadnya disahihkan Al Albani)
b. Dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga Asar tanggal 13 Zulhijjah. Beliau juga bertakbir setelah ashar. (HR Ibn Abi Syaibah & Al Baihaqi. Al Albani mengatakan: “Sahih dari Ali radhiyallahu ‘anhu“)
c. Dari Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga tanggal 13 Zulhijjah. Beliau tidak bertakbir setelah maghrib (malam tanggal 14 Zulhijjah). (HR Ibn Abi Syaibah & Al Baihaqi. Al Albani mengatakan: Sanadnya sahih)
d. Dari Ibn Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga Asar tanggal 13 Zulhijjah. (HR. Al Hakim dan disahihkan An Nawawi dalam Al Majmu’)

Lafaz Takbir
Tidak terdapat riwayat lafaz takbir tertentu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Hanya saja ada beberapa riwayat dari beberapa sahabat yang mencontohkan lafaz takbir. Diantara riwayat tersebut adalah:
Pertama, Takbir Ibn Mas’ud radhiyallahu ‘anhu. Riwayat daripada beliau ada 2 lafaz takbir:
أ‌- اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ
ب‌- اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ
Keterangan:
Lafaz: “Allahu Akbar” pada takbir Ibn Mas’ud boleh dibaca dua kali atau tiga kali. Semuanya diriwayatkan Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf.
Kedua, Takbir Ibn Abbas radliallahu ‘anhuma:
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَأَجَلُّ
اللَّهُ أَكْبَرُ، عَلَى مَا هَدَانَا
Keterangan:
Takbir Ibn Abbas diriwayatkan oleh Al Baihaqi dan sanadnya disahihkan Syaikh Al Albani.
Ketiga, Takbir Salman Al Farisi radhiyallahu ‘anhu:
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا
Keterangan: Ibn Hajar mengatakan: Takbir Salman Al Farisi radhiyallahu ‘anhu diriwayatkan oleh Abdur Razaq dalam Al Mushanaf dengan sanad sahih dari Salman.

Catatan Penting
As Shan’ani mengatakan: “Penjelasan tentang lafaz takbir sangat banyak daripada berberapa ulama. Ini menunjukkan bahawa perintah bentuk takbir cukup longgar. Disamping ayat yang memerintahkan takbir juga menuntut demikian.”
Maksud perkataan As Shan’ani adalah bahawa lafaz takbir itu longgar, tidak hanya satu atau dua lafaz. Orang boleh milih mana saja yang dia suka. Bahkan sebahagian ulama mengucapkan lafaz takbir yang tidak ada keterangan dalam riwayat hadis. Allahu A’lam.

Kebiasaan yang Salah Ketika Takbir
Ada beberapa kebiasaan yang salah ketika melakukan takbir di hari raya, diantaranya:

a. Takbir berjamaah di masjid atau di tanah lapang
Ini kerana takbir yang sunnah itu dilakukan sendiri-sendiri dan tidak diketuai seseoran. Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Anas bin Malik bahawa para sahabat ketika bersama nabi pada saat bertakbir, ada yang sedang membaca Allahu akbar, ada yang sedang membaca laa ilaaha illa Allah, dan satu sama lain tidak saling menyalahkan… (Musnad Imam Syafi’i 909)
Riwayat ini menunjukkan bahawa takbirnya para sahabat tidak seragam. Kerana mereka bertakbir sendiri-sendiri dan tidak berjamaah.

b. Takbir dengan menggunakan pengeras suara
Perlu difahami bahawa cara melakukan takbir hari raya tidak sama dengan cara melaksanakan azan. Dalam syariat azan, seseorang dianjurkan untuk melantangkan suaranya sekeras mungkin. Oleh kerana itu, para juru azan di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti Bilal, dan Abdullah bin Umi Maktum ketika hendak azan mereka naik, mencari tempat yang tinggi. Tujuannya adalah agar azan didengar oleh banyak orang. Namun ketika melakukan takbir hari raya, tidak terdapat satupun riwayat bahawa Bilal naik mencari tempat yang tinggi dalam rangka melakukan takbir. Beliau melakukan takbir di bawah dengan suara keras yang hanya didengari oleh beberapa orang di sekelilingnya saja.
Oleh kerana itu, sebaiknya melakukan takbir hari raya tidak sebagaimana azan. Ini kerana dua syariat ini adalah syariat yang berbeza.

c. Hanya bertakbir setiap selesai solat berjamaah
Sebagaimana telah dijelaskan bahawa takbir itu ada dua. Ada yang terikat waktu dan ada yang sifatnya mutlak (tidak terikat waktu). Untuk takbir yang mutlak sebaiknya tidak dilaksanakan setiap selesai solat fardlu saja. Yang sunnah dilakukan setiap saat, bila saja dan di mana saja.
Ibnul Mulaqin mengatakan: “Takbir setelah solat wajib dan yang lainnya, untuk takbir Aidil Fitri maka tidak dianjurkan untuk dilakukan setelah solat, menurut pendapat yang lebih kuat.” (Al I’lam bi Fawaid Umadatil Ahkam: 4/259)
Amal yang disyariatkan ketika selesai solat jamaah adalah berzikir sebagaimana zikir setelah solat. Bukan melaungkan takbir. Waktu melaungkan takbir cukup longgar, boleh dilakukan bilapun selama hari raya. Oleh kerana itu, tidak selayaknya mengambil waktu yang digunakan untuk berzikir setelah solat.

d. Tidak bertakbir ketika di tengah perjalanan menuju tanah lapang
Sebagaimana riwayat yang telah disebutkan di atas, bahawa takbir yang sunnah itu dilakukan ketika di perjalanan menuju tempat solat hari raya. Namun sayang sunnah ini hampir hilang, melihatkan ramainya orang yang meninggalkannya.

e. Bertakbir dengan lafaz yang terlalu panjang
Sebahagian pemimpin takbir sesekali melantunkan takbir dengan bacaan yang sangat panjang. Berikut lafaznya:
الله أكبر كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ…
Takbir dengan lafaz yang panjang di atas tidak ada dalilnya. Allahu a’lam.

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino