Dalam hadis riwayat al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda
bermaksud: Sesungguhnya ada orang berusaha mendapatkan harta dengan cara
tidak benar. Maka nerakalah bagi mereka pada hari kiamat.
Allah tidak menerima kecuali
sesuatu yang baik. Justeru, orang bersedekah dengan barang haram tidak
akan diterima amalannya.
Dalam hadis riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah r.a,
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Sesungguhnya Allah Maha Baik, tidak
menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan Allah memerintahkan kepada
Mukmin sebagaimana Dia memerintahkan kepada para rasul.
Allah SWT berfirman: Hai para Rasul, makanlah sesuatu yang baik dan kerjakanlah amalan salih. (Surah al-Mukminun, ayat 51)
Allah juga berfirman bermaksud: “Hai orang beriman,
makanlah apa-apa yang baik daripada yang Kami rezekikan kepadamu.”
(Surah al-Baqarah, ayat 172)
Kemudian Rasulullah SAW menceritakan perihal seseorang yang
menempuh perjalanan jauh, rambutnya kusut masai dan penuh debu. Dia
menadahkan kedua-dua tangannya ke langit dan berkata, “Wahai Tuhan!
Wahai Tuhan!, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya
haram dan perutnya dikenyangkan dengan makanan haram, maka bagaimana
diterima permohonannya (doanya).
Sesuatu yang baik itu adalah dinilai baik di sisi Allah.
Seseorang hanya memakan makanan halal, doanya mudah dimakbulkan. Begitu
juga seseorang menjauhkan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah.
Orang melakukan maksiat tidak dimakbulkan doanya kecuali
mereka yang Allah SWT kehendaki. Antara sebab dimakbulkan doa iaitu
ketika musafir, hati yang sentiasa mengharap, mengangkat kedua-dua
tangan ke langit, merayu dalam berdoa, keinginan kuat dalam permintaan,
memakan makanan dan minuman halal.
Dalilnya: Dari Jabir ra,
كل لحم نبت من سحت فالنار أولى به
Ertinya : "Setiap daging yang tumbuh dari harta kotor ( haram) maka Neraka lebih layak untuknya" ( Riwayat At-Tabrani, 19/136 ; Al-Mughni lil ‘Iraqi, 2/9207 ; Ithaf As-Sadat al-Muttaqin, Az-Zubaydi, 5/226)
كل لحم نبت من سحت فالنار أولى به
Ertinya : "Setiap daging yang tumbuh dari harta kotor ( haram) maka Neraka lebih layak untuknya" ( Riwayat At-Tabrani, 19/136 ; Al-Mughni lil ‘Iraqi, 2/9207 ; Ithaf As-Sadat al-Muttaqin, Az-Zubaydi, 5/226)
" Yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas" HR al-Bukhari-Muslim (matan arbai'iin # 6 dari Nu'man)
Harta haram tidak sesekali boleh digunakan untuk manfaat diri
pemiliknya, samada untuk kegunaan pembayaran cukainya, saman keretanya,
makanan keluarganya, tambang basnya dan lain-lain untuk kepentingan
dirinya. Apatah lagi digunakan untuk menunaikan Haji dan Umrah.
Kemungkinan Haji itu dilihat sah berdasarkan rukun dan syaratnya tetapi
tidak diterima Allah SWT kerana ia adalah dari hasil yang tidak baik
sama sekali.
KUALA LUMPUR: “Saya pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup berdepan hakikat kehilangan segala-galanya dalam hidup,” kata Helmi (bukan nama sebenar).
Gara-gara kemaruk judi roulette, Helmi, 30-an, bukan saja diisytiharkan muflis dan kehilangan segala harta bendanya, malah ketagihannya terhadap permainan judi Internet itu turut menghancurkan rumah tangganya.
Daripada kehidupan mewah sebagai ‘tauke’ restoran diusahakannya, hidup Helmi kini ibarat ‘langit dan bumi’ berbanding tiga tahun lalu.
“Jika tidak kerana mengenangkan anak, mungkin saya tiada lagi di dunia ini. Saya bersyukur kerana iman masih kuat untuk menempuhi dugaan ini,” katanya sebak.
Harian Metro
1 comments:
Perkongsian bermanfaat...
Post a Comment