Tazkirah Oleh: ahlibahasa
"Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan
Hikmah Perlaksanaan Hudud
“Perempuan
yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing
dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap
keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada
Allah dan pada hari kemudian. Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun
terhadap mereka sekumpulan di kalangan orang-orang yang beriman.”
(An-Nur:2)
Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan di hadapan
sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang
berzina. Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan
orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada
melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:
"Allah
S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman
untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana
untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".
Kes-kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut:
1-
Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam.
Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang
merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri.
Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin
Kenapakah
terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan
yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas
lalu, ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin
jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai
pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan
mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis ini adalah
kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan. Keinginan mereka
adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran
manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
Rejam
sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang
sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat
perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan
kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia.
Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis
ini.
Hikmah Di Sebalik Perlaksanaan Hudud
Buat penzina
yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat
dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV
selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang
akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati
dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis
dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan
lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit
jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan
syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang
banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta
mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis. Cara terbaik adalah dengan
menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian
belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi
T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas
antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika
sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin, apabila dihinggapi virus
AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4
kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada
sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan
antibodi kerana lebih banyak ditumpukan ke arah menghasilkan benih-benih
bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru.
Penzina jenis ini
tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga
mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan
dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang
menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
Imuniti Dan Hikmah Perlaksanaan Hudud
Sistem
imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan
sesebuah negara Islam. Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel
yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya
antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan
bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan
asal badan (yang di panggil sel asal) dan benda-benda yang datang dari
luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada
akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials)
samaada melalui proses kecederaan atau tidak. Tindakbalas imun adalah
merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel
Toleran
(ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme
tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang
memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal,
mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah
sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan
pengawalan. Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan
penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam
keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri
tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan
penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan
dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak mempunyai
undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah
seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur
asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh
memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa
sebarang pengawasan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang
segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia.
Adalah
menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba
menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan
tidak tahu. Sedangkan Allah, Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang
paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem
pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah
perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.
Itadakimasu...
1 year ago
0 comments:
Post a Comment