"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... Bismillahirrahmanni rrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh
kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah
Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam
yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (iany a wajib) yang diucapkan
pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada
salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat
itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah
Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak
akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi
titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga
minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar
telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam
begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina
Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang
kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas
Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus
Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika
Saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di
atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padangsahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padangsahara itu seluas dari
timur hingga kebarat. Pada setiap padangsahara itu terdapat 80,000
malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka
selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan
kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun
perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu
itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis
disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap
malaikat Israfil a.s.
Itadakimasu...
1 year ago
0 comments:
Post a Comment