Thursday, January 01, 2009

**ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (KEDAH) 1988


Seksyen 5 : Kesalahan melakukan perbuatan atau kelakuan tidak sopan di tempat awam waktu siang dan malam. Bukan suami isteri dan bukan mahram.

Contoh :

* Berdua-duaan dan ada sentuhan di taman bunga/pantai.
* Duduk bersentuhan di bangku.
* Berpegangan tangan sambil berpelukan ketika berjalan.

Hukuman:

Denda RM1,000.00 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 9 :Bersekediaman, bersekedudukan, berkurung, bersembunyi atau bersama dengan wanita bukan isteri atau mahram.

Bilangan tidak disyaratkan, mungkin seorang sama seorang atau secara ramai.

Contoh:

* Bersama-sama di hotel, rumah, mana-mana bilik.
* Berduaan di dalam kereta ditempat sunyi waktu malam atau siang.
* Taman rekreasi yang tersorok atau jauh dari pandangan ramai.

Hukuman:

Denda RM2,000.00 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 7 (Pondan):Lelaki berpakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di tempat awam.

Hukuman :

Denda RM1,000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 25 (1) : Minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan.

Hukuman :

Denda RM5,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 25 (2) :

Membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan.

Hukuman :

Denda RM3,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

2 comments:

eworque on January 2, 2009 at 12:26 AM said...

Jangan pulak sebab takut kena denda je tak buat benda2 tu.

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on January 2, 2009 at 8:33 AM said...

dah lama undang2 ade.tpi tidak dilaksanakan

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino