Tuesday, January 27, 2009

**Ikhtiar Mencari Cinta


CINTA adalah satu perkataan yang tidak asing lagi di dengar oleh halwa telinga kita.Apatah lagi ungkapan cinta ini sangat diminati di kalangan remaja,kerana sudah menjadi sebati dan darah daging mereka,dan utaian lembut ini sudah menjadi anggapan umum bahawa cinta sinonim dengan ungkapan rasa pasangan sejoli yang mabuk asmara.

Ada yang menyatakan cinta itu suci,cinta itu agung,cinta itu indah dan terlalu indah hingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata,hanya dapat dirasakan dengan sentuhan kulit hati.Bahkan ada yang menggambarkan oleh kerana tersangat indahnya cinta,syaitan pun berubah menjadi bidadari “racun dirasa bagaikan madu?”

Namun jelas kerana cinta,banyak orang yang merasa bahagia namun sebaliknya kerana cinta ramai pula yang tersiksa dan merana.Cinta dapat membuat seseorang menjadi sangat mulia,dan cinta pula yang menjadikan seseorang menjadi sangat tercela.Apa yang ada pada cinta,tidak ada pada rindu.Apa yang ada pada cinta,tidak ada pada sayang.

Kita tahu bagaimana kecintaan Khadijah ra kepada Rasulullah saw yang rela mengorbankan apa sahaja yang dimilikinya dengan perasaan bahagia demi perjuangan si kekasih yang menjadikannya insan mulia dan dimuliakan.Sebalikn ya,perkara yang yang menyedihkan ada pemudi yang mengorbankan kehormatannya demi untuk menyenangkan si kekasih yang dilakukan atas nama cinta.Demi mempertahankan hubungan,ada remaja yang sanggup mempertaruhkan nyawanya hanya kerana cinta.Cinta berkalam noda itulah yang membawa mereka kepada kehinaan.

Persoalan,apakah yang di namakan Cinta yang sebenar mengikut perspektif Syara’?

Rupa-rupanya tepat seperti ungkapan Ibnu Qayyim Al Jauziah tentang cinta,bahwasanya;


“Tidak ada batasan tentang cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri.”


:flower::flower::flower::flower::flower::flower:

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino