Monday, July 13, 2009

**Tiga Syarat Mempelajari Sirah


"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah S.A.W contoh teladan (uswah) yang baik bagi kamu. Iaitu bagi mereka yang meletakkan harapnya kepada Allah dan Hari Akhirat, serta berkeadaan sentiasa mengingati-Nya".

Inilah tiga cirri yang berfungsi membetulkan persoalan"who you are" sebagai asas meluruskan "what you see" dalam pembacaan sirah. Bagi mereka yang melihat nabi S.A.W dengan pandangan akal, mungkin dirinya hanya beroleh ilmu pengetahuan suluhan kehidupan. Ini dapat dilihat daripada kekaguman Michael H. Hart terhadap kualiti kepimpinan Rasulullah S.A.W yang memimpin atas nilai 'pengaruh' dan bukan bergantung kepada 'jawatan' semata-mata.

Namun, bagi warga syurga yang dihantar ke dunia, kita mencari bekal untuk kembali ke syurga. Rasulullah S.A.W perlu dilihat dengan pandangan mata hati yang asasnya adalah meletakkan harap dirinya sebagai hamba kepada Allah, ganjaran berupa kurniaan akhirat serta hati yang kukuh tenang kerana bertali hayat dengan Penciptanya. Semoga bertambah kasih dan sayang kita kepada baginda S.A.W.

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino