Tuesday, July 28, 2009

Golongan Muda Diseru Hadir Ke Program Himpun 2009, Kubang Pasu


[KEDAHLANIEOK+copy.jpg]

Jitra – Dewan Pemuda serta Lajnah Kebudayan dan Perpaduan Islam, Pas Kubang Pasu akan menganjurkan program Himpun 2009 dan BBQ Perdana yang julung kali didakan dalam daerah Kubang Pasu pada 31 Julai depan, bertempat di Dataran Darulaman, Bandar Darulaman.

Kaman Jaapar, Naib Ketua Pemuda Pas Kubang Pasu berkata, program Himpun 2009 dan BBQ Perdana merupakan aktiviti terbesar Dewan Pemuda pada tahun ini untuk menghimpunkan para pemuda yang berumur antara 18 hingga 40 tahun dalam daerah Kubang Pasu.

Katanya “ Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan di antara Dewan Pemuda dengan golongan muda dalam daerah ini khususnya. Ini kerana pemuda adalah aset kepada agama, bangsa dan negara, di samping adalah penyambung kepada perjuangan Islam yang di bawa oleh Pas di masa kini dan akan datang”.

“Bagi memastikan program yang diadakan mencapai objektif ia dijalankan berkonsepkan terbuka dan mesra, katanya.

Katanya, “ Dewan Pemuda juga berpendapat, menjadi tanggungjawab kepadanya untuk memastikan generasi muda dalam daerah ini untuk memberi perhatian dan bimbingan menjurus kepada prinsip-prinsip Islam”.

Himpun 2009 dan BBQ Perdana adalah inisiatif Dewan Pemuda serta Lajnah Kebudayaan dan Perpaduan Islam Pas Kubang Pasu untuk menghimpun seberapa ramai golongan muda dalam daerah ini. Ia diadakan selepas solat Jumaat hingga lewat malam dengan pelbagai aturcara menarik seperti majlis keraian bersama kempimpinan Pemuda Pas di era 60an hingga 2000, aktiviti survival pemuda, kenduri rakyat, persembahan nasyid dan motivasi pemuda, di samping ucapan yang akan disampaikan oleh beberapa tokoh Pas.

Antara yang dijangka hadir ialah Ketua Penerangan Pas Pusat, Adun Kubang Rotan dan Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Kedah.

Kaman berkata, Dewan Pemuda mensasarkan sekurang-kurang seramai 1000 orang golongan pemuda menyertai program yang diadakan, di samping pelajar-pelajar PASTI seluruh Kubang Pasu”.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru kepada seluruh golongan muda khususnya yang tinggal di dalam daerah Kubang Pasu dapat hadir ke program yang diadakan tersebut.

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino