Saturday, July 11, 2009

**Resepi Jeruk Maman


Dah lama tak makan jeruk maman.So,kelmarin jiran aku bagi seikat pucuk maman. aku pon dengan panrtasnya memetik/memotong daun2nya untuk dijadikan jeruk.

NI pokok maman yang telah dipetik..sebelum dipotong untuk dijadikan jeruk...

NI aku bagi resepi JERUK MAMAN.:-

Bahan2:-

-Seikat pokok maman..
-Garam secukup rasa.
-Sedikit nasi.
-Sedikit air(sekadar tenggelam daun maman)

Cara-cara membuatnya:-
1-Potong maman seperti potong pucuk paku,kemudian bersihkan dan toskan(sejatkan).
2-Masukkan Garam Kasar dan nasik lalu ramas dan gaulkan sebati.

3-Masukkan sedikit air ,sekadar tenggelam daun2 maman tadi.
4-Simpan di dalam bekas bertutup.
5-Selepas 24 jam ,atau selepas daun maman bertukar warna,boleh lah dimakan.
6-Untuk hiasan hidangan,potong cabai melaka dan bawang kecik .
7-Siap untuk dimakan.Cubalah.

1 comments:

NOK on September 9, 2011 at 9:29 PM said...

Ma'seh la bagi resepi ni, dulu Mak seluloi dok buat, tapi tak peghenah dok peghati. Ni nak cuba try test buat tengok, kalu jadi, buleh pekena seluloi. Salam, NOK.

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino