Sunday, November 11, 2012

Pendapat Ustaz Azhar Berhubung Lawak Rosyam Noor


Di bawah ini  adalah Print Skrin Respon pantas/ pendapat  Ustaz Azhar Idrus ( Original ) berhubung ungkapan kata-kata oleh Rosyam Noor di Majlis Anugerah Skrin 2012 9/11/2012 Jumaat lalu.



Share

Saturday, November 10, 2012

Laici Dalam Tin Narcissus Tiada Sijil Halal


Tiada kandungan lemak babi dalam tin laici dan Longan ! tetapi syarikat yang sama http://www.yithong.com mengeluarkan babi dalam tin! FIKIRKAN....





MAKA, WAJIB PASTIKAN HANYA PRODUK MEMPUNYAI LOGO HALAL YANG SAH BARU BELI!


Share

Ucapan Terpuji Pierre Andre Dalam Anugerah Skrin 2012




Di kala  artis lain telah menimbulkan kontroversi ,termasuk isu Rosyam Nor  di Majlis Anugerah Skrin 2012  , Pierre Andre telah muncul dengan ucapan yang dipuji.. Ucapannya selepas diumumkan sebagai Pemenang Anugerah Yasmin Ahmad 2012 ::  

  "Anugerah paling bernilai yang kita ada adalah kalimah Laa 'ilaa haillallah, Jagalah kalimah ini dalam diri kita".

 Manakala Di bawah ialah petikan lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor.
"Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh"

Share

Thursday, November 08, 2012

Tiada antibiotik dalam produk Ayamas


KUALA LUMPUR: Keputusan ujian makmal terhadap 31 sampel produk ayam syarikat Ayamas Food Corporation Sdn Bhd (Ayamas) mendapati tiada kandungan antibiotik Chloramphenicol yang boleh menjejaskan kesihatan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau telah mengarahkan Bahagian Keselamatan Makanan kementerian untuk mengambil 15 sampel dari kilang syarikat itu dan 16 sampel dari pasaran untuk diuji.
"Siasatan makmal yang dibuat menunjukkan bahawa tiada kandungan Chloramphenicol, kalau ada, tindakan segera akan kita ambil untuk keluarkan produk itu dari pasaran," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Liow berkata kementerian memantau produk dari Ayamas sejak 2009 hingga sekarang dan mendapati tiada kandungan antibiotik itu pada produknya.
Media melaporkan pada Khamis lepas bahawa kerajaan Sarawak mengeluarkan larangan import produk ayam syarikat terbabit berkuat kuasa serta merta selepas satu ujian menemui antibiotik Chloramphenicol.
Sementara itu, beliau berkata kementerian tidak menggalakkan pengambilan stevia dalam kegunaan harian kerana tahap kemanisannya 200 ke 300 lebih tinggi daripada gula.
Liow berkata kementerian juga tidak melarang orang ramai mengambil stevia, bagaimanapun mereka yang ingin berbuat demikian, perlulah dipantau oleh doktor ataupun pakar pemakanan.
Orang ramai perlu tahu bahawa penggunaan kemanisan yang terlalu tinggi akan menyebabkan mereka terbiasa dengan tahap manis, katanya.
Beliau berkata penggunaan stevia di dalam pemprosesan makanan dibolehkan kerana kadar kemanisannya dikawal rapi.
"Kita perlu lihat cara penggunaannya, kalau gula biasa kita sudah biasa, penggunaan stevia hanya dalam pemprosesan makanan dan tidak boleh dalam penggunaan harian, tetapi kalau rakyat nak ambil, perlu pendidikan secukupnya terhadap stevia," katanya.
Persidangan Dewan disambung pada 19 November kerana Dewan tidak akan bersidang selama seminggu sempena perayaan Deepavali pada 13 Nov dan sambutan Awal Muharam pada 15 November. - BERNAMA

Share

Sunday, November 04, 2012

Fatwa berkaitan Cheese dan Whey


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-27 yang bersidang pada 3 Oct 1990 telah membincangkan Keju Sebagai Bahan Makanan.

Muzakarah telah memutuskan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus samada enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang yang halal dan disembelih.

1. Hujah/Ulasan

(a) Muzakarah mengambil maklum akan penjelasan yang telah disampaikan oleh Dr. Abu Bakar Hussain dari Bahagian Teknologi Makanan MARDI seperti berikut: Keju merupakan makanan harian yang berkhasiat kerana ia mengandungi vitamin, protin, lemak, kalsium dan zat besi. Kebanyakan keju dihasilkan daripada susu lembu, tetapi oleh kerana susu ini cair maka untuk memendapkan pepejal yang ada dalam susu, ia mesti digunakan "enzime" dalam pembuatan keju yang dikenali sebagai "renet".

Enzime boleh diperolehi daripada tumbuhan atau pun kulat, tetapi enzime daripada anak lembu adalah yang paling baik untuk membuat keju. Selain enzime anak lembu, ia juga didapati daripada anak kambing, anak biri-biri dan anak babi. Enzime daripada anak lembu adalah yang paling praktikal kerana dagingya boleh dijual dengan harga yang mahal. Perut anak lembu itu dikeluarkan dan dikeringkan, untuk mendapat enzime yang dipanggil renet. Renet itu dimasukkan sedikit sahaja ke dalam susu untuk menjadikan keju.

Kebanyakan keju yang diimport oleh Malaysia adalah datangnya dari negara-negara bukan Islam. Timbul keraguan tentang keju yang diimport itu, sama anak binatang yang diambil renet itu daripada binatang yang halal atau tidak. Dan jikalau binatang halal adakah anak binatang itu disembelih secara islam. Kebanyakan keju di pasaran hanya ditulis dengan perkataan renet sahaja tanpa ditulis punca asal renet itu diambil sama ada daripada binatang halal atau tidak.

(b) Muzakarah mengambil ingatan di atas pandangan-pandangan seperti berikut:

Renet atau "infah" yang dijadikan enzim untuk membuat keju itu diambil daripada anak binatang, sama ada ianya daripada binatang yang halal atau pun tidak.

Menurut pendapat Mazhab Syafie dalam kitab" " Jilid 1 karangan Wahbah Zahili, bahawa dimaafkan daripada infah iaitu renet yang digunakan untuk membuat keju, juga seperti dimaafkan alkohol untuk membuat ubat dan bau-bauan. Dimaafkan juga seperti ulat yang mati di dalam buah, selama ulat itu tidak dibuang dan dimasukkan kembali ke dalam buah tersebut , dan selama mana ulat itu tidak merubah keadaan buah itu sama ada dari segi warna, rasa dan bau.

Menurut mazhab Abu Hanifah dalam Majmu' Fatawa Sheikh Al-Islami Ibnu Taimiyah Jilid 21, ada pendapat yang mengatakan keju adalah harus dimakan dan ada pula pendapat yang mengatakan keju tidak harus. Pendapat yang mengatakan keju adalah harus, mereka berhujah bahawa pada zaman Sahabat, keju dimakan adalah yang diimport daripada orang-orang Majusi. Pada hal sembelihan orang-orang Majusi adalah tidak boleh dimakan.

Menurut satu pendapat daripada Imam Ramli, seorang ulama' Shafie, seperti yang dinaqalkan oleh Sheikh Zainal Abidin Ibnu Muhamad Al-Fathani di dalam kitab" " Juzu' Pertama bahawa "jubnun atau keju itu halal dan boleh dimaafkan" Ulama'-ulama' Islam juga berpendapat bahawa ukuran sesuatu bahan itu najis atau pun tidak adalah berdasarkan kepada sesuatu benda yang najis itu adakah boleh merubah sesuatu bahan makanan dari segi warna, rasa dan baunya. Selagi bahan makanan itu tidak berubah, maka ia boleh dimakan.

2. Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus dengan syarat enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau kulat dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut secara islam.

By Sahabat Halal Jakim
Share

Friday, November 02, 2012

Cara Memohon BR1M 2.0




Permohonan BR1M 2.0 boleh dibuat mulai november 2012..sesiapa yg berumur 21 tahun ke atas dan gaji kasar RM2000 ke bawah serta Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah kebawah layak memohon..Mereka layak menerima sebanyak RM 250..

Cara Memohon :

Anda boleh mendapatkan borang di :-
-Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri malaysia (LHDN)
-Pusat Khidmat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 

Anda juga boleh memohon melalui atas talian (online) di  https://ebr1m.hasil.gov.my/
  atau
anda boleh  memuat turun borang ini

 https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/borangBR1M2.pdf

SYARAT-SYARAT:-



Syarat kelayakkan (bujang) :

 Anda mesti berstatus bujang berumur 21 tahun ke atas 
 Berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM250
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013


Syarat kelayakan (bekeluarga) :

Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah
Jumlah Penerima : 4.3 juta isi rumah
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM500
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Share

Saturday, October 27, 2012

Perkara Sunat Bagi yang Melakukan Korban


Perkara sunat bagi orang yang melakukan korban:

* Menyembelih sendiri binatang sembelihan korban atau mewakilkan kepada orang lain jika ada halangan atau tidak berdaya melakukannya sendiri.
* Menyembelih ternakan korban di musalla (tanah lapang) bagi memperlihatkan syiar Islam (sabda Rasulullah s.a.w.: Bahawasanya baginda menyembelih dan berkorban di musalla. (riwayat Bukhari)
* Hendaklah menyembelih dengan pisau yang tajam.
* Ketika hendak menyembelih ucapkanlah: Bismillahi wallahu Akbar.
* Baringkan binatang korban pada sebelah sisi kirinya dan memegang pisau dengan tangan kanan dan pegang atau tahan lehernya dengan tangan kiri (sabda Rasulullah: Dari Anas radiallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi s.a.w menyembelih dua ekor kibas yang bagus dan bertanduk. Baginda mengucapkan basmalah dan bertakbir serta meletakkan kakinya di samping lehernya” (riwayat Bukhari & Muslim)
* Binatang korban yang gemuk, sihat dan tidak cacat pada anggota tubuh badannya serta cukup umur.
* Menyaksi sendiri upacara penyembelihan binatang yang dikorbankan.
* Sembelih ternakan korban sesudah selesai solat dan dua khutbah Hari Raya.
* Elakkan ternakan korban melihat pisau diasah untuk sembelihan.
* Orang yang menyembelih menghadap kiblat.
* Cari tempat yang lembut ketika melakukan penyembelihan.
* Orang yang berkorban berdoa ketika sembelihan dilakukan.
* Tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Sabda Rasulullah: Barang siapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban. (riwayat Muslim)
* Makan daging sembelihannya, bersedekah dan menyimpan dagingnya yang lebih. Firman Allah s.w.t: Makanlah sebahagian daripadanya, dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir. (Al-Hajj: 28)
Hukum berkorban
* Menurut mazhab Syafie, hukumnya sunat muakkad.
* Imam Abu Hanifah berpendapat korban hukumnya wajib tetapi tidak fardu.
* Dilakukan pada hari-hari Tasyrik sahaja, iaitu sesudah selesai solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari di akhir hari Tasyrik (13 Zulhijjah).
* Jumhur ulama berpendapat korban hanya sunat.
* Fatwa Syeikh Hasanain Makhluf (Rektor Universiti al-Azhar- dikeluarkan pada 22 Oktober 1974):- Tidak harus ditukar korban dengan harganya bagi menampung keperluan fakir miskin yang memerlukan bantuan, kerana tujuan utama ibadat ini ialah menumpahkan darah haiwan. (Amalan ini adalah syiar Islam yang tersirat di sebalik pengorbanan Nabi Ibrahim a.s ketika melaksanakan perintah Allah menyembelih anaknya Ismail a.s.)
* Wajib melakukan korban ke atas orang mengerjakan haji cara tamattuk, qiran, bernazar (dilakukan di Mekah semasa berhaji).
* Korban nazar, wajib segera diagihkan daging segar kepada fakir miskin. Jika daging telah busuk wajib (bagi orang bernazar korban) beli daging baru sebagai ganti untuk diagihkan kepada fakir miskin.
* Daging sembelihan korban termasuk kulit dan tanduk tidak boleh dijual atau dijadikan upah kepada tukang sembelih mahupun tukang lapah meskipun korban sunat.
* Daging korban tidak boleh dijadikan jamuan kenduri kahwin.
* Daging korban hanya boleh dimakan atau diagihkan kepada orang Islam sahaja.
* Korban dan akikah ada persamaan dalam hukum tetapi berlainan dalam hikmah dan tujuannya. Oleh itu orang belum akikah boleh buat korban dan sebaliknya. Share

Friday, October 26, 2012

Peraturan Takbir AidilFitri & Aidil Adha


a. Takbir Aidil Fitri

Bermula sejak maghrib malam tanggal 1 syawal sehingga selesai solat Raya.

Hal ini berdasarkan dalil berikut:
1. Allah berfirman, yang ertinya: “…hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.” (Qs. Al Baqarah: 185)

Ayat ini menjelaskan bahawasanya ketika orang sudah selesai menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadlan maka disyariatkan untuk mengagungkan Allah dengan bertakbir.

2. Ibn Abi Syaibah meriwayatkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar dari rumah menuju ke tanah lapang kemudian baginda saw bertakbir hingga tiba di tanah lapang (musolla iaitu tempat solat hari raya). Baginda saw terus bertakbir sehingga solat selesai. Setelah menyelesaikan solat, baginda saw menghentikan takbir. (HR. Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf 5621)


Keterangan:

-. Takbir aidil fitri dilakukan dimana saja dan bila saja. Ertinya tidak semestinya di masjid.
-. Sangat dianjurkan untuk memperbanyak takbir ketika menuju ke tempat solat raya. Kerana ia merupakan kebiasaan Nabi  dan para sahabat. Berikut di antara dalilnya:
  • Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar daripada rumah menuju ke tanah lapang (tempat solat hari raya) kemudian baginda saw bertakbir sehingga tiba di tanah lapang. Baginda saw terus bertakbir sehingga solat selesai. Setelah menyelesaikan solat, baginda saw menghentikan takbir. (HR. Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf)
  • Daripada Nafi: “Dulu Ibn Umar bertakbir pada hari id (ketika keluar rumah) sehingga beliau tiba di tanah lapang. Beliau terus melanjutkan takbir hingga imam datang.” (HR. Al Faryabi dalam Ahkam al Idain)
  • Daripada Muhammad bin Ibrahim (seorang tabi’in), beliau mengatakan: “Dulu Abu Qatadah berangkat menuju tanah lapang pada hari raya kemudian bertakbir. Beliau terus bertakbir sehingga tiba di tanah lapang.” (Al Faryabi dalam Ahkam al Idain)
Takbir Aidil Adha



Takbir Aidil Adha ada dua:

1. Takbir yang tidak terikat waktu (Takbir Mutlak)
Takbir hari raya yang tidak terikat waktu adalah takbir yang dilakukan bila saja, dimana saja, selama masih dalam tempoh waktu yang dibolehkan.
Takbir mutlak menjelang aidil Adha bermula sejak tanggal 1 Zulhijjah sehingga waktu asar pada tanggal 13 Zulhijjah. Selama tanggal 1 – 13 Zulhijjah, kaum muslimin disyariatkan memperbanyakkan ucapan takbir di mana saja, bila saja dan dalam keadaan apa saja. Boleh sambil berjalan, di kenderaan, bekerja, berdiri, duduk, ataupun berbaring. Demikian pula, takbir ini boleh dilakukan di rumah, jalan, pejabat, sawah, pasar, tanah lapang, masjid, dst. Dalilnya adalah:
a. Allah berfirman, yang ertinya: “…supaya mereka berzikir (menyebut) nama Allah pada hari yang telah ditentukan…” (Qs. Al Hajj: 28)
Allah juga berfirman, yang ertinya: “….Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang…” (Qs. Al Baqarah: 203)
Tafsirnya:
  • Yang dimaksud berzikir pada dua ayat di atas adalah melakukan takbir
  • Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhuma mengatakan: “Yang dimaksud ‘hari yang telah ditentukan’ adalah tanggal 1 – 10 Zulhijjah, sedangkan maksud ‘beberapa hari yang berbilang’ adalah hari tasyriq, tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijjah.” (Al Bukhari secara Mua’alaq, sebelum hadis no.969)
  • Dari Sa’id bin Jubair dari Ibn Abbas, bahawa maksud “hari yang telah ditentukan” adalah tanggal 1 – 9 Zulhijjah, sedangkan makna “beberapa hari yang berbilang” adalah hari tasyriq, tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijjah. (Disebutkan oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari 2/458, kata Ibn Mardawaih: Sanadnya sahih)
b. Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)
c. Imam Al Bukhari mengatakan: “Dulu Ibn Umar dan Abu Hurairah pergi ke pasar pada tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Mereka berdua mengucapkan takbir kemudian masyarakat bertakbir disebabkan mendengar takbir mereka berdua.” (HR. Al Bukhari sebelum hadis no.969)
d. Disebutkan Imam Bukhari: “Umar bin Khatab pernah bertakbir di khemahnya ketika di Mina dan didengar oleh orang yang berada di masjid. Akhirnya mereka semua bertakbir dan masyarakat yang di pasar-pun ikut bertakbir. Sehingga Mina bergema dengan takbir.” (HR. Al Bukhari sebelum hadis no.970)
e. Disebutkan oleh Ibn Hajar bahawa Ad Daruqutni meriwayatkan: “Dulu Abu Ja’far Al Baqir (cucu Ali bin Abi Thalib) bertakbir setiap selesai solat sunat di Mina.” (Fathul Bari 3/389)


2. Takbir yang terikat waktu

Takbir yang terikat waktu adalah takbir yang dilaksanakan setiap selesai melaksanakan solat wajib. Takbir ini dimulai sejak setelah solat subuh tanggal 9 Zulhijjah sehingga setelah solat Asar tanggal 13 Zulhijjah. Berikut dalil-dalilnya:
a. Dari Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau dulu bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga setelah Zuhur pada tanggal 13 Zulhijjah. (Ibn Abi Syaibah & Al Baihaqi dan sanadnya disahihkan Al Albani)
b. Dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga Asar tanggal 13 Zulhijjah. Beliau juga bertakbir setelah ashar. (HR Ibn Abi Syaibah & Al Baihaqi. Al Albani mengatakan: “Sahih dari Ali radhiyallahu ‘anhu“)
c. Dari Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga tanggal 13 Zulhijjah. Beliau tidak bertakbir setelah maghrib (malam tanggal 14 Zulhijjah). (HR Ibn Abi Syaibah & Al Baihaqi. Al Albani mengatakan: Sanadnya sahih)
d. Dari Ibn Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga Asar tanggal 13 Zulhijjah. (HR. Al Hakim dan disahihkan An Nawawi dalam Al Majmu’)

Lafaz Takbir
Tidak terdapat riwayat lafaz takbir tertentu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Hanya saja ada beberapa riwayat dari beberapa sahabat yang mencontohkan lafaz takbir. Diantara riwayat tersebut adalah:
Pertama, Takbir Ibn Mas’ud radhiyallahu ‘anhu. Riwayat daripada beliau ada 2 lafaz takbir:
أ‌- اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ
ب‌- اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ
Keterangan:
Lafaz: “Allahu Akbar” pada takbir Ibn Mas’ud boleh dibaca dua kali atau tiga kali. Semuanya diriwayatkan Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf.
Kedua, Takbir Ibn Abbas radliallahu ‘anhuma:
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَأَجَلُّ
اللَّهُ أَكْبَرُ، عَلَى مَا هَدَانَا
Keterangan:
Takbir Ibn Abbas diriwayatkan oleh Al Baihaqi dan sanadnya disahihkan Syaikh Al Albani.
Ketiga, Takbir Salman Al Farisi radhiyallahu ‘anhu:
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا
Keterangan: Ibn Hajar mengatakan: Takbir Salman Al Farisi radhiyallahu ‘anhu diriwayatkan oleh Abdur Razaq dalam Al Mushanaf dengan sanad sahih dari Salman.

Catatan Penting
As Shan’ani mengatakan: “Penjelasan tentang lafaz takbir sangat banyak daripada berberapa ulama. Ini menunjukkan bahawa perintah bentuk takbir cukup longgar. Disamping ayat yang memerintahkan takbir juga menuntut demikian.”
Maksud perkataan As Shan’ani adalah bahawa lafaz takbir itu longgar, tidak hanya satu atau dua lafaz. Orang boleh milih mana saja yang dia suka. Bahkan sebahagian ulama mengucapkan lafaz takbir yang tidak ada keterangan dalam riwayat hadis. Allahu A’lam.

Kebiasaan yang Salah Ketika Takbir
Ada beberapa kebiasaan yang salah ketika melakukan takbir di hari raya, diantaranya:

a. Takbir berjamaah di masjid atau di tanah lapang
Ini kerana takbir yang sunnah itu dilakukan sendiri-sendiri dan tidak diketuai seseoran. Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Anas bin Malik bahawa para sahabat ketika bersama nabi pada saat bertakbir, ada yang sedang membaca Allahu akbar, ada yang sedang membaca laa ilaaha illa Allah, dan satu sama lain tidak saling menyalahkan… (Musnad Imam Syafi’i 909)
Riwayat ini menunjukkan bahawa takbirnya para sahabat tidak seragam. Kerana mereka bertakbir sendiri-sendiri dan tidak berjamaah.

b. Takbir dengan menggunakan pengeras suara
Perlu difahami bahawa cara melakukan takbir hari raya tidak sama dengan cara melaksanakan azan. Dalam syariat azan, seseorang dianjurkan untuk melantangkan suaranya sekeras mungkin. Oleh kerana itu, para juru azan di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti Bilal, dan Abdullah bin Umi Maktum ketika hendak azan mereka naik, mencari tempat yang tinggi. Tujuannya adalah agar azan didengar oleh banyak orang. Namun ketika melakukan takbir hari raya, tidak terdapat satupun riwayat bahawa Bilal naik mencari tempat yang tinggi dalam rangka melakukan takbir. Beliau melakukan takbir di bawah dengan suara keras yang hanya didengari oleh beberapa orang di sekelilingnya saja.
Oleh kerana itu, sebaiknya melakukan takbir hari raya tidak sebagaimana azan. Ini kerana dua syariat ini adalah syariat yang berbeza.

c. Hanya bertakbir setiap selesai solat berjamaah
Sebagaimana telah dijelaskan bahawa takbir itu ada dua. Ada yang terikat waktu dan ada yang sifatnya mutlak (tidak terikat waktu). Untuk takbir yang mutlak sebaiknya tidak dilaksanakan setiap selesai solat fardlu saja. Yang sunnah dilakukan setiap saat, bila saja dan di mana saja.
Ibnul Mulaqin mengatakan: “Takbir setelah solat wajib dan yang lainnya, untuk takbir Aidil Fitri maka tidak dianjurkan untuk dilakukan setelah solat, menurut pendapat yang lebih kuat.” (Al I’lam bi Fawaid Umadatil Ahkam: 4/259)
Amal yang disyariatkan ketika selesai solat jamaah adalah berzikir sebagaimana zikir setelah solat. Bukan melaungkan takbir. Waktu melaungkan takbir cukup longgar, boleh dilakukan bilapun selama hari raya. Oleh kerana itu, tidak selayaknya mengambil waktu yang digunakan untuk berzikir setelah solat.

d. Tidak bertakbir ketika di tengah perjalanan menuju tanah lapang
Sebagaimana riwayat yang telah disebutkan di atas, bahawa takbir yang sunnah itu dilakukan ketika di perjalanan menuju tempat solat hari raya. Namun sayang sunnah ini hampir hilang, melihatkan ramainya orang yang meninggalkannya.

e. Bertakbir dengan lafaz yang terlalu panjang
Sebahagian pemimpin takbir sesekali melantunkan takbir dengan bacaan yang sangat panjang. Berikut lafaznya:
الله أكبر كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ…
Takbir dengan lafaz yang panjang di atas tidak ada dalilnya. Allahu a’lam. Share

Sunnah-Sunnah Di Hari Aidil Adha



Sunnah-Sunnah Di Hari Aidil Adha
1. Mandi
Dalilnya:
“Seorang lelaki bertanya kepada Ali radhiAllohu’anhu tentang mandi, ia menjawab: ‘Mandilah setiap hari jika engkau mau’. Lelaki tadi berkata: ‘bukan itu, tapi mandi yang benar-benar mandi’. Ali menjawab: ‘Mandi di hari Jum’at, AIdil Fitri,AIdil Adha dan hari Arafah’”.
(HR. Al Baihaqi, dishahihkan Al Albani dalam Al Irwa 1/177)

2. Memakai pakaian yang terbaik. Sebagaimana diriwayatkan dari Nafi’:
“ Ibnu Umar biasa mengenakan bajunya yang terbaik pada  AIdil Fitri dan  AIdil Adha”. (HR. Al Baihaqi 6143, dishahihkan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 2/510)

3. Tidak makan hingga kembali dari solat Raya.
Dalilnya hadits Buraidah:
“Nabi ShallAllohu’alahi Wasallam biasanya tidak keluar pada hari AIdil Fitri hingga makan terlebi dahulu, dan tidak makan pada hari AIdil Adha hingga beliau kembali dari solat”. (HR. Ibnu Majah 1434, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Ibni Majah)

4. Mengambil jalan yang berbeza ketika pergi solat Raya.
Dalilnya hadits Jabir:
“Nabi ShallAllohu’alahi Wasallam biasanya ketika hari Raya  mengambil jalan yang berbeda antara pulang dan pergi”.
(HR. Bukhari 986)

5. Sebagian ulama menganjurkan untuk menyegerakan pelaksanaan solat Aidil  Adha, dengan kata lain jika dimulai lebih pagi itu lebih baik. Diriwayatkan secara mursal bahwa:

“Nabi ShallAllohu’alahi Wasallam mengirim surat kepada Amr bin Hazm ketika ia di Najran agar ia menyegerakan solat AIdil Adha dan mengakhirkan solat AIdil Fitri dan mengingatkan manusia”.
(HR. Al Baihaqi 3/282).
Jangan lupa wewangiannya.. ;)Kami segenap admin page ini mengucapkan
Mohon maaf lahir batin
Selamat hari raya AIdil Adha 1433 H....;)
Share

Thursday, October 25, 2012

TAK SOLAT Punca Utama CERAI


JOHOR BAHRU – Sebanyak sembilan puluh peratus daripada bilangan kes cerai yang dicatat di negeri ini didapati berpunca daripada latar belakang keluarga yang mengabaikan solat serta tidak mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Kadi Besar Negeri, Mohd Nooh Kadri berkata, sebahagian besar daripada 3,021 kes cerai yang berlaku di Johor terdiri daripada pasangan suami isteri yang mengabaikan amalan solat masing-masing.

“Tiga punca utama penceraian yang banyak berlaku di Johor termasuklah masalah ekonomi, jurang komunikasi serta ketidakpuasan hati dalam perhubungan seks.

“Namun apabila diselami dengan lebih mendalam, setiap permasalahan yang timbul adalah bertilik-tolak dari amalan gaya hidup pasangan suami isteri yang mengabaikan solat mereka.

“Apabila ditanya, kira-kira 90 peratus daripada pasangan yang merujuk kes cerai kepada Majlis Agama Islam Johor (Maij) mengaku tidak menjaga solat sedangkan Allah telah berjanji akan memberi jalan penyelesaian kepada umat yang bertakwa,” katanya.

Selain itu katanya, pada tahun lalu jumlah pernikahan dan penceraian meningkat berbanding tahun sebelumnya namun jumlah pasangan yang merujuk kembali menurun hampir 50 peratus iaitu daripada 416 pada tahun 2010 kepada 279 tahun lalu.

“Pada tahun 2010, jumlah pasangan baru yang bernikah adalah sebanyak 14,584 dan meningkat kepada 17,061 pada tahun lalu.

“Manakala kes cerai turut meningkat daripada 2,793 pada tahun 2010 kepada 3,021 kes tahun lalu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mohd Nooh berkata, sesebuah perkahwinan gagal diselamatkan turut berpunca daripada sikap ego yang terlalu sehingga menyebabkan mereka enggan berubah dan memperbetulkan kesilapan masing-masing.

Dalam pada itu katanya, setiap pasangan perlu mendalami matlamat dan tujuan sebenar mendirikan perkahwinan serta sentiasa mengamalkan sikap sabar dan toleransi antara satu sama lain bagi mengelakkan kes perceraian berlaku.

“Matlamat utama pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan selain menambahkan lagi bilangan umat Islam.

“Selain itu, perkahwinan juga mampu memperbaiki akhlak pasangan ke arah yang lebih baik dan menghalang manusia dari melakukan maksiat.

“Dan sebab itu penceraian dapat dielakkan jika kedua-dua pasangan memahami dan sedar mengenai matlamat sebenar perkahwinan mereka,” katanya.

Share

Gerakan "R" bukan sebuah Parti Politik




Ramai Politikus yang masih tidak faham & takut pada Logo "R"... Semenjak pengaruh "R" semakin meluas & mendapat sokongan sehingga ke-luar Negara, ramai Politikus-Politikus terutama yang berpihak kepada Parti yang membentuk Kerajaan Federal menjadikan Gerakan "R" sebagai musuh mereka... Untuk apa..?

Gerakan "R" bukan sebuah Parti Politik, majoriti Penggerak "R" adalah Rakyat Negara Malaysia yang tidak pernah mendaftar sebagai ahli bagi mana-mana Parti Politik baik pro Pakatan Rakyat mahupun pro Barisan Nasional.



Matlamat penubuhan "R" ialah untuk menuntut HAK Rakyat yang telah dinafikan oleh "Tangan-Tangan Berkepentingan" di peringkat Kerajaan Federal. Perjanjian yang telah ditandatangani 37 tahun dulu telah dilacurkan untuk kepentingan Politik Politikus "Kelas JahNam".

Politikus x perlu takut pada Gerakan "R"... Segagah mana Gerakan "R", sehebat mana penggerak "R", sekuat mana pengaruh "R" x kan mampu untuk menjatuhkan mana-mana Kerajaan di Malaysia walau setelus mana pun Pilihanraya diadakan sebab Gerakan "R" tidak akan layak bertanding dalam mana-mana Pilihanraya di Malaysia.


Politikus... Takutlah pada Rakyat yang dinafikan HAKnya & takutlah pada Tuhan yang diingkari ajaran-Nya. Jangan bergelar "Politikus" kalau takut pada Huruf "R".
 
 
 
Share

Solat Sunat Hari Raya




Hukum Solat Hari Raya:

Sunat Mu’akkad – Digalakkan mendirikan segala jenis Solat Sunat, dalam keadaan fardi (seorang-seorang) bukan dalam jama’ah (beramai-ramai). Kecuali solat-solat sunat tertentu yang pernah didirikan secara jama’ah oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam seperti solat sunat witir.
Oleh itu, hukum asal menunaikan solat hari raya adalah sunnah mu’akkad dalam keadaan fardi. Namun ia boleh didirikan berjemaah mengikut kaedah istihsan dalam Islam.

Tempat :

Digalakkan untuk didirikan di masjid yang luas. Sekiranya tidak boleh didirikan di masjid seeloknya berpidah ke tempat yang lapang yang tidak jauh dari kediaman para jemaah. Kerana memberi galakan kepada golongan hawa untuk hadir samaada dalam keadaan haid/ nifas ataupun tidak.
Hikmah mendirikan Solat Hari Raya secara berjemaah :
-Menggalak masyarakat bertemu mata bersalaman dan bermaaf-maafan (syar’ie).
-Memuhasabah diri dengan mendengar nasihat dan teguran dari khatib (khutbah selepas solat hari raya).

Waktu :

Bermula dari terbitnya matahari (kelihatan matahari bulat penuh) sehingga gelincirnya matahari (sebelum masuk waktu zohor).

Cara-cara menunaikannya :

(1) Takbiratul ihram (ALLAHU AKHBAR)
*Niat solat: Lafaz niat.
- ” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala” ( untuk solat seorang diri ).
-” Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala” (jika ikut imam).

-” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala” ( jika jadi imam).
Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut.
Untuk memudahkan niat , sebelum takbitratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.
(2) Membaca doa iftitah.
(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.


(4) Membaca fatihah dan surah Al-A’laa..
(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.
(6) Iktidal dan berdiri betul ( rakaat kedua ) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.
(7) Membaca fatihah dan surah Al-Ghaasyiyah.
(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.
(9) Memberi salam.
(10) Disunatkan takbir hari raya sebelum berdoa
(11) Membaca dua Khutbah. ( sekiranya bersolat secara berjamaah )


Peringatan:
(a) Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.
(b)Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah ) sehinggalah selepas solat Asar ( 13hb. Zulhijjah ).
(c) Bacaan surah Al-A’laa dan Al-Ghaasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut.

Khutbah hari raya :

Khutbah didirikan selepas selesai solat sunat hari raya. Rukun-rukunya seperti rukun khutbah jumaat. Hanya ditambah lafaz takbir sebanyak 9 kali dipermulaan khutbah pertama dan 7 kali pada permulaan khutbah kedua. Hukum khutbah tersebut adalah sunat.

Galakan bertakbir di hari raya :
Jenis bertakbir pada hari raya :

-takbir mursal : galakan bertakbir di setiap tempat dan masa (bermula dari terbenam matahari hari terakhir Ramadhan hingga Imam berkhutbah di hari pertama hari raya).

-takbir muqayyad : takbir hanya selepas solat fardhu sahaja (bermula selepas selesai solat hari raya sehingga sebelum terbenam matahari hari keempat aidiladha).


Perkara sunat sebelum solat sunat hari raya :

-Berpuasa (tidak makan dan minum) pada pagi hari raya sehingga solat sunat hari raya.
-Membersihkan diri sebelum ke masjid.
-Memakai pakaian yang cantik dan bersih.
-Memakai wangi-wangian bagi lelaki .


Share

Wednesday, October 24, 2012

Produk Acai Beri beracun


IPOH: Ada produk kesihatan di pasaran yang didakwa dihasilkan berasaskan buah istimewa, acai beri dikesan mengandungi kimia beracun sibutramine selain tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Setakat ini, tiga produk berasaskan acai beri disahkan mengandungi racun berjadual itu termasuk jenama ABC Acai Berry Soft Gel, Acai Berry Dietry Supplement dan Acai Berry Slimming Herbal.

Lima lagi produk acai beri iaitu Acai 1000mg Soft Gel, Acai Berry Detox, Acai Berry Extreme, Acai Berry Pure dan Acai Supreme Plus pula didapati dibawa masuk secara haram dan tidak berdaftar dengan KKM.
Kewujudan bahan kimia berjadual dalam produk berkenan dikesan hasil ujian makmal terperinci dilakukan pakar Bahagian Penguat Kuasa Farmasi (BPF) KKM sejak beberapa bulan lalu.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Datuk Eisah Abdul Rahman dalam satu kenyataan media semalam berkata, bahan kimia sibutramine adalah sejenis ubat yang pernah diluluskan sebagai antiobesiti sebelum diharamkan penggunaannya oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada 23 Disember 2010.

“Kelulusan itu ditarik balik kerana kesan toksik yang membahayakan pengguna dan pernah menyebabkan beberapa kes mangsa menemui ajal.
“Sibutramine boleh meningkatkan tekanan darah dan kadar nadi pada sesetengah pesakit dan boleh memberikan risiko kepada pesakit yang mempunyai penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, dan strok,” katanya.

Beliau berkata, produk acai beri yang mengandungi kimia itu juga boleh berinteraksi dengan ubat lain dan mengancam keselamatan pengguna.
“Pengguna perlu berhenti menggunakan produk itu serta-merta. Pengguna yang mengalami kesan sampingan boleh merujuk kepada pegawai perubatan bertauliah untuk nasihat dan rawatan,” katanya.

Eisah berkata, KKM menerima banyak aduan berhubung produk pelangsingan badan berasaskan acai beri yang dijual melalui Internet. “Sehubungan itu, BPF menjalankan risikan dan siasatan terhadap produk mengandungi acai beri. Difahamkan, acai beri adalah buah daripada sejenis pokok palma yang biasa tumbuh di tepi paya di kawasan hutan hujan Brazil.

“Bagaimanapun, hingga kini, tiada bukti saintifik menunjukkan acai beri boleh mempengaruhi penurunan berat badan atau mempunyai kesan positif terhadap kesihatan,” katanya.

Produk acai beri dibenarkan untuk dijual di Malaysia mempunyai nombor pendaftaran produk MAL yang sah.

“Produk kesihatan berdaftar adalah produk yang sudah dinilai KKM untuk keselamatan, keberkesanan dan kualiti. Mereka yang didapati menjual produk tidak berdaftar boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.

BPF sebelum ini bertindak menyerbu beberapa premis di Selangor dan Terengganu dan merampas produk ABC Acai Berry Soft Gel dan Acai Berry Dietry Supplement.

HARIAN METRO  2012/10/24 Share

Anak Melayu Pertama :Dr. Afifi Al-Akiti bukti Sekolah Pondok Lebih Bermasa Depan


  Dr. Muhammad Afifi al-Akiti, MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM –
 juga dikenali sebagai Sheikh Afifi – is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.

Biodata Beliau

-Nama: Muhammad Afifi Al-Akiti

-Tempat Lahir: Batu Gajah,Perak

-Pernah dilantik sebagai Imam di Masjid Ireland

-Tersenarai pendek  dalam anugerah Muslim UK tahunan atas sumbangan beliau yang besar dalam ilmu
 pendidikan islam.

-Dilantik menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun.
 Tahun 2010,beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam negeri Perak,Pengistiharannya   
 telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak,Raja Nazrin Shah.

Pendidikan:

-Mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah di Selangor.
-Menyambung di beberapa pondok sekita Indonesia,Maghibi dan Syria
-Melanjutkan pendidikan di Universiti Queen Belfast (Dianugerahkan penuntut terbaik 2001 di Universiti
  Queen)
-Meneruskan perjuangan beliau di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Universiti Oxford.

Dr Afifi merupakan hasil acuan daripada pelbagai ulama,sehingga beliau berjaya memberi sumbangan yang besar dalam dunia pada hari ini.Beliau telah menerima ijazah kelas pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains.Bermula dari situ,beliau mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk melanjutan pengajian beliau ke tahap yang lebih tinggi.

Ketika mana menuntut di Universiti Oxford,beliau telah mendapat ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang falsafah Arab Pertengahah(Medieval) sebagai seorang cendekiawan Clarendo pada tahun 2008.Bidang kepakaran beliau ialah dalam bidang Teologi Islam,Sejarah dan Sains.

Hasil tesis yang begitu menggagumkan telah diletakkan dalam kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun,dipersembahkan kepada teologis islam termasyur,Imam Ghazali(d,505,1111).Ianya memerlukan usaha yang begitu gigih dalam membuat kajian kira-kira 50 manuskrip arab zaman pertengahan(Medieval).Terdapat juga tiga hasil kajian beliau diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dan hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus,manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.



Beliau telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi.
Kepetahannya berbahasa dalam pelbagai bahasa menjadikan satu kelebihan buat beliau untuk berkomunikasi dengan pelbagai manusia.Antara bahasa yang dikuasai beliau ialah bahasa Latin,Arab,Inggeris,Jerman,Yunani dan Perancis.

Subhanallah,Allah yang telah memberikan anugerah kepada hambanya yang berusaha.Allah yang telah membimbing perjalanan beliau menjadi seorang ulama' dalam usia yang begitu muda.Semoga Dr.Muhammad Afifi diberkati Allah dan terus berjaya memberikan sumbangan buat umat islam dan yang lainnya.

 Dr Muhammad Afifi Al-Akiti ini merupakan lulusan sekolah pondok yang berjaya mencapai kecemerlangan pendidikannya sehingga menjadi bangsa Melayu pertama di dunia yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pengajar di universiti berprestij dunia itu.(siapa kata sekolah pondok tiada masa depan?)

Pada 2011, Dato' Dr Afifi Al-Akiti telah di anugerahkan Darjah Paduka Mahkota Perak di mana ia membawa kepada pangkat "Dato'".


Dato' Dr Afifi Al-Akiti ketika Menyampaikan ceramah khas Memperingati Peristiwa Isra' dan Mikraj Peringkat Negeri Kelantan Bagi Tahun 1433H/2012M telah diadakan pada 26 Rejab 1433H yang lepas bertempat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.Turut hadir ,KDYMM Sultan Muhammad V dan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.


 Bersama Sultan Muhammad V pada program Diskusi Intelektual Islam 'Cabaran Masa Depan Islam Secara Global' di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di Kota Bharu.


Facebook Dr-Muhammad Afifi  Share

Punca Hati Tidak Tenang


Bersungut dan tidak menerima qada dan qadar Allah.
 
Amalkan membaca doa seperti diajar Rasulullah SAW iaitu:


 “Bismillahi ‘ala nafsi wamali wadini. Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima quddiroli hatta la uhibba ta’jila ma akkharta wala takkhira ma ‘ajjalta.

(Maksudnya: Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku ini rela dengan apa-apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan percepatkan).









“Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disirami oleh hujan lebat maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tiak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” [Al-Baqarah:265]


Berbuat dosa dan tidak disertai dengan taubat.

 
Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud: “Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah,
dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”


Iri hati sesama manusia.


Muncul perasaan senang untuk membalas dendam kepada mereka, dan dengki atas anugerah yang Allah berikan kepada mereka. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 54 yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang sudah Allah berikan kepadanya.”

Dalam hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu, kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api.”

Berpaling daripada mengingati Allah.

 
Allah SWT berfirman dalam surah Taha ayat 124 yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta”.

Demikian empat perkara disebut ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni dalam kitab beliau La Tahzan. Elakkan daripada melakukan keempat-empat perkara itu, Insya-Allah hidup akan tenang.
Share
 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino