Author: .:GaDiS KaLiS PeLuRu:.
|
Filed Under: Tazkirah
|
at
8:02 AM |
Dan
pada masalah yang lain, as-Syeikh al-Qaradhawi telah berkata, menjawab
soalan tentang (samada) wajib berpurdah atau tidak: "Purdah adalah satu
perkara yang wajib mengikut setengah pandangan ulamak. Dan sebahagian
ulamak yang lain mengharuskannya. Namun, saya tidak berpandangan bahawa
ianya adalah wajib.Sesiapa yang hendak berpurdah, dia bebas berbuat
demikian
.Namun,
pada zaman kita sekarang, saya melihat (berpandangan) bahawa muslimah
lebih awla tidak berpurdah, ini kerana untuk membolehkannya bergaul
dengan wanita yang tidak bertudung"(membuka aurat) dan mendekati mereka
As-Syeikh
merujuk kepada perkara tersebut bahawa: "Wanita yang bertudung (tidak
berpurdah) (lebih) boleh merapati (wanita yang tidak bertudung)
[(berbanding wanita yang berpurdah)]. Beliau berkata: "Bagi wanita yang
berpurdah, bagaimana dia ingin mengajak mereka yang tidak bertudung
(tidak menutup aurat) secara berperingkat-peringkat?"
Beliau
menambah dengan katanya: "Saya mempunyai satu risalah tentang purdah;
satu qaul yang mengatakan kewajipan berpurdah dan satu qaul lagi
mengatakan bahawa ia adalah satu bid'ah. Di sana juga ada orang yang
mengatakan bahawa purdah itu bid'ah dan (kumpulan) yang lain pula
mengatakan ia adalah wajib. Namun, saya tidak bersetuju dengan kedua-dua
pihak ini".
Beliau
menjelaskan bahawa "Berpurdah bukanlah suatu bid'ah.. (Di sana) ada
qaul dalam Mazhab Hanbali dan qaul dalam mazhab-mazhab yang lain. Dan
jumhur fuqaha' berpendapat bahawa muka seorang wanita itu bukanlah
aurat. Sehinggakan al-Imam Ibn Qudamah as-Syeikh dari Mazhab Hanbali
(juga) berkata dalam Kitab al-Mughni bahawa muka bukanlah aurat." Qaradhawi.net
0 comments:
Post a Comment