Tuesday, October 15, 2013

Isikan Jiwa Kosong Dengan Al-Quran




Percayalah bahawa jiwa yang kosong itu disebabkan kealpaan seseorang itu untuk mengisinya dengan ayat-ayat indah al-Quran. Bagi orang begini,jiwanya mudah dirasuk syaitan yang sememangnya ternanti-nanti untuk menyusup ke dalam hati dan membalikkkan hati kepada mencintai kerosakkan akidah.
Tanamkan dalam jiwa bahawa se
baik-baik ubat atau penghalang kepada penyakit jiwa adalah dengan ayat-ayat al-Quran.Tidak boleh mengatakan TIDAK , sesungguhnya panduan yang tertulis dalam al-Quran adalah panduan AGUNG.

Al-Quran adalah wahyu Allah dan peninggalan Rasulullah SAW yang akan kekal memandu manusia ke jalan yang diredhai Allah sehingga kiamat. Kitab agung yang mengandungi 6236 ayat  dan 114 surah  ini mencakupi intipati garis panduan hidup di dunia dan balasan di akhirat, kisah para nabi dan solehin untuk diteladani,hokum-hakam , suruhan ,tegahan dan pelbagai  persoalan yang wajib diselami oleh setiap insane Muslim.
Sesungguhnya, al-Quran dapat mengajar manusia kea rah kebaikan dan menyimpang daripada kejahatan dan dapat menikmati 5 cabang hakikat benar:-

                1-Benar dalam perkataan.
                2-Benar dalam niat dan kehendak.
                3-Benar dalam keazaman.
                4-Benar dalam menepati janji.
                5-Benar dalam amalan.

Semoga al-Quran dijadikan subjek utama dalam memiliki sijil pengisian jiwa kita. Usah abaikannya.
Gen-Q

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino