SUNGAI PETANI, 1 Okt: Kejadian kes keracunan yang menyebabkan tiga orang maut dan berpuluh lagi mengalami cirit birit dan muntah selepas menjamah hidangan pada majlis perkahwinan di Tanjung Dawai, Merbok, berpunca daripada ayam masak merah yang telah dijangkiti bakteria "Salmonella".
Perkara itu disahkan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat selepas melawat mangsa yang terlibat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, petang tadi.
Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng
masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan
kematian.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian
daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di
Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.
Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati
ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan
untuk memasak.
“Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September
sebelum disimpan di suhu bilik,” katanya kepada media di Hospital Sultan
Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam.
Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh
menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup
tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.
“Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal
pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan
mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella,” katanya.
Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria
berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam
tempoh 12 jam selepas makan.
“Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan
dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima
rawatan,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di
beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di
unit rawatan rapi (ICU).
Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.
Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit berusia 58 tahun berada
di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun baru sahaja
dilaporkan meninggal dunia jam 7.15 malam semalam.
Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat
di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.
Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.
Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri
terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap
kesihatan mereka.
0 comments:
Post a Comment