Author: .:GaDiS KaLiS PeLuRu:.
|
Filed Under: Halal Haram
|
at
5:21 PM |
Makanan syubhah ialah makanan yang tidak jelas status halal ataupun
haram. Namun begitu Rasullullah S.A.W tetap menyeru umatnya supaya
meninggalkan makanan tersebut kerana ditakuti akan terambil makanan yang
haram.
Berlakunya syubhah terhadap makanan atau minuman adalah
disebabkab oleh terdapat keraguan yang membawa kepada halal atau pun
haram. Syubhah timbul kerana berlakunya
percampuran antara makanan yang halal dengan yang haram dan makanan
tersebut tidak dapat dibezakan ataupun dipisahkan antara satu sama
dengan lain.
Syubhah juga berlaku apabila perkara yang halal
itu mempunyai kaitan dengan maksiat seperti membeli makanan semasa azan
sembahyang jumaat. Hatta daging binatang yang disembelih menggunakan
pisau curi juga tergolong sebagai daging/makanan syubhah.
Sebenarnya tiada garis pemisah yang jelas mengenai kategori makanan syubhah sepertimana makanan halal atau haram.
Sabda Rasulullah saw :
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya
perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara
tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan
orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan
barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh
dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di
sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke
dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya
sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah
bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yangapabila ia baik
maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh
jasad. Ketahuilah ia adalah hati. - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Untuk mengelak daripada mengambil makanan syubhah, seseorang itu perlu
mempunyai sifat wara' dan meninggalkan perkara-perkara meragukan.
Perkembangan bioteknologi dalam penghasilan makanan dengan memasukkan
unsur-unsur haram atau yang tidak diketahui puncanya bagi menghasilkan
produk makanan yang lebih berkualiti atau tahan lama seperti yang
diamalkan dalam sesetengah geneticaly modified food (GMF) boleh menambah
makanan syubhah di pasaran. Memakan makanan syubhah boleh menjejaskan
pembentukan insan kerana amal ibadat dan doa seseoarang itu mungkin
tidak akan diterima Allah. Antara ciri utama dalam pembentukan modal
insan yang cemerlang ialah mempunyai hubungan rapat dengan Allah melalui
hubungan iman dam akidah. Justeru makanan dan minuman yang diambil oleh
seseoarang itu mempengaruhi keperibadian dan keimananya.
0 comments:
Post a Comment