Thursday, October 24, 2013

Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Raja Yaakob Calon bakal Ketua Pemuda Pas


KENALI CALON KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA 

Seorang lagi pemimpin pemuda yang disebut-sebut sebagai bakal Ketua Pemuda Pas ialah Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Raja Yaakob. Dimaklumkan bahawa pencalonan yang diperoleh oleh beliau ke jawatan Ketua Pemuda PAS juga agak tinggi.

Anak jati Perak ini terkenal sebagai salah seorang ahli Kerabat Diraja Negeri Perak. Namun sikapnya yang merendah diri dan selesa bergaul dengan masyarakat membuatkan rakyat senang berdamping dengan beliau.

Beliau bukanlah calang-calang orang. Pendidikan beliau bermula dari Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Information Teknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Sarjana Master dalam bidang Information Management System di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik di Universiti of Manchester pada tahun 2003. Ini bermakna beliau telah menyiapkan pengajian Doktor Falsafah sekitar umur 29 tahun. Kini beliau merupakan pensyarah Universiti Teknologi Petronas.

Di peringkat Negeri, Dr. Raja Iskandar merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kangsar. Beliau juga diamanahkan sebagai Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik, Badan Perhubungan PAS Negeri Perak. Nama beliau disebut-sebut antara pemimpin pelapis yang layak mengisi kerusi Menteri Besar Perak mewakili Pakatan Rakyat.

Di peringkat nasional, beliau diamanahkan sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPM. Beliau seringkali ditugaskan ke luar Negara untuk mewakili Pemuda PAS. Beliau antara pemimpin pelapis Pas yang fasih berbahasa Inggeris dan mampu menjadi penghubung PAS yang lebih efektif di peringkat global.
Facebook beliau : Dr-Raja-Iskandar-Al-Hiss
Selamat memilih pemimpin kepada para perwakilan muktamar!

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino