KUALA LUMPUR - Ada kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana
kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata
Tenaga Nasional hari ini.
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.
"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak
akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.
"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.
"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan
subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan
keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.
Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa
syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik
selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.
Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang
menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan
daripada membayar bil.
Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.
"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang
lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang
kesan," tegas beliau.
Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga
elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik
yang layak hingga Disember tahun ini.
Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama
P.S.. Tahniah sebab reaslisasikan sangkaan PR sebelum PR.. dan tahniah pengundi Barang Naik.
Itadakimasu...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment