Thursday, July 25, 2013

Sayang, Biar Sampai Syurga



Sayang....

satu anugerah buat hamba Allah.
baik manusia mahupun haiwan yang hidup melata, punya perasaan yang sama kurniaan Si Dia.
perasaan indah yang dikurniakan oleh Allah Yang Maha Penyayang
kalau sayang, rasa nak selamanya bersama dengan orang tersayang.
Sayang, selalu disandarkan pada sesuatu, maka sandarkanlah pada yang kekal agar kasih sayang juga berkekalan. Justeru, berkasih sayanglah kerana Allah kerana hanya Allah yang kekal. Berkasih sayang kerana-Nya, membawa sampai ke syurga... baru boleh nak live happily ever after. Ini serius! Bukan kisah dongeng  tapi kisah kasih sayang lillahi taala :)

namun sedih...
andai orang yang kita sayang semakin menjauh daripada Allah, membuatkan kita risau tidak akan dapat berkekalan bersama di akhirat nanti. sebab kita tahu,

kalau sayang, biar sampai ke syurga...

walaupun kita tahu kita banyak buat silap dan dosa, belum tentu masuk syurga, tapi kita boleh mendambakan syurga yang seluas langit dan bumi tu. syurga yang tinggi nan indah tu. bukankah Allah menceritakan tentang syurga di dalam al-Quran untuk menjadi motivasi dan penguat hati duka lara orang-orang mukmin dan muttaqeen?
maka tak salah untuk kita mengimpikan masuk syurga kalau itulah yang menjadi motivasi kita beribadah kepada Allah.

namun, tahap keikhlasan menurut Imam al-Ghazali ada 3:

1. ikhlas kerana takutkan balasan azab api neraka- tahap hamba
2. ikhlas kerana mengimpikan ganjaran pahala yang dijanjikan Allah- tahap pedagang
3. ikhlas kerana Allah semata-mata- tahap pencinta Allah yang sejati

pilihlah atau berusahalah untuk mengikhlaskan hati tahap yang ketiga, tahap tertinggi mencintai Allah yang Maha Esa. inshaa Allah, semakin kita mencintai Allah, semakin tinggi keimanan kita. maka dengan keimanan yang ditanam dalam hati itulah yang akan membuahkan keikhlasan lillahi taala :)

dalam berkasih sayang juga memerlukan keihklasan supaya kasih sayang tak hanya zahir pada hidup fatamorgana di dunia, kerana dengan berkasih sayang kerana Allah kita mahukan kekal hingga ke syurga-Nya. siapa sanggup nak lihat ornag tersayang diheret ke dalam api neraka yang menjulang? astaghfirullah al-'azim. moga Allah melindungi kita dari azab api neraka.

Kita tahu kita tak mahu kebaikan untuk diri sendiri, kerana orang yang lebih baik ialah yang dapat memancarkan kebaikan kepada orang sekelilingnya, kebaikan tersebar kepada orang di sekitarnya, lebih-lebih lagi kepada orang yang disayanginya.



tapi aku tahu aku tetap manusia biasa yang tidak mampu berbuat banyak melainkan dengan kekuatan yang dikurniakan oleh Allah untuk terus kuat dan bersemangat.

maka di situlah kita mendapatkan kekuatan- anugerah rasa sayang yang Allah kurniakan dalam hati kita. kerana sayang kita akan berusaha untuk buat orang tersayang kembali kepada Yang Maha Penyayang.
kerana sayang kita tidak akan lupa untuk mendoakan.
kerana sayang lillahi taala kita mahu kelak dia dan kita berpimpin tangan di syurga kelak. memang akan ada yang kata ayat sebegini cliche atau terlalu mainstream dan yang seangkatan tentera dengannya tapi memang itulah yang sepatutnya kita harapkan bukan?

sebab mukmineen dan muttaqeen punya visi dan misi yang jelas, berpandangan jauh.
biar tangan kita saja yang mengenggam dunia tapi hati kita jauh memandang akhirat.
kita yakin dan beriman punya kehidupan selepas mati yakni kehidupan akhirat.
maka di dunia yang sebentar ini sajalah kita punya kesempatan untuk ingat-mengingatkan satu sama lain. maka kerana apa kita ingat-mengingatkan kalau bukan kerana sayang di dalam hati, hati yang memandang jauh ke akhirat, hati yang takutkan azab Allah dalam pada masa yang sama mengimpikan syurga-Nya?


raudhahmaris

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino