Bahan-Bahan:
1kg siput padi
1/2 biji nenas -[dipotong nipis]
4 cawan santan [1 biji kelapa]
3 sudu besar rempah gulai/kari ikan
minyak masak untuk menumis
garam
bahan tumis -mayang
3 ulas bawng merah
1 ulas bawang putih
1sudu kecil halba campur
daun kari
Cara:
*Nanas di rebus/celur dan ditoskan terdahulu untuk mengelakkan gulai terlalu manis
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali bahan tumis.
2. Masakkan sehingga mendideh.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
4. Curahkan bahan tumis yg dah wangi tu dan minyak dalam periuk yg masak kuah tu.
Tutupkan periuk dan biarkan.
5. Bila nak menghidang baru kacau rata dan hidangkan bersama nasi.
**Kalau nak tumus dlu dan buat macam masak kari biasa pon takpe.asalkan nenas tu direbus dan dibuang air rebusan tu terdahulu
Itadakimasu...
1 year ago
0 comments:
Post a Comment