Wednesday, October 30, 2013

Perkembangan Kes AmBank : Peluang Makin Cerah?


susp

KUANTAN  - Polis yakin gerakan memburu suspek kes tembak seorang pegawai operasi AmBank, Rabu lalu semakin cerah berikutan penemuan beberapa petunjuk baharu termasuk laman sosial Facebook menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela yang disahkan milik lelaki itu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya juga yakin suspek masih berada di dalam negara bersama selaras raifal pump-gun yang digunakan dalam kejadian itu. Share

Doa-doa Untuk Memusnahkan Sel-Sel Kanser


Doa-doa Untuk Memusnahkan Sel-Sel Kanser:

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1 - Istighfar 10x.
2 - Salawat Nabi 10x.
3 - Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1 - Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2 - Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3 - Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4 - Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5 - Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6 - Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7 - Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8 - Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada sahabat sekalian, sampaikan kepada ahli keluarga dan saudara-mara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.
Share

Ciri-ciri persahabatan kerana Allah




Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah :

1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat,mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala.

2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala.
3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya,mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.

Wallahuaklam

Ustaz Azhar Idrus ( Original )
Share

Monday, October 28, 2013

Air RO Berisiko Bahaya


Air RO. Sedarkah kita apa itu air RO? Baikkah ia untuk kesihatan?
Kenapa terlalu banyak pengeluar air RO di pasaran kita? Sebab ia murah?

Di bawah ialah pandangan ahli kimia berkaitan air ini.

1. Reverse Osmosis (RO) secara generalnya adalah proses tapisan air untuk menapis molekul2 besar spt mineral dan ion.

2. Hasilnya, air RO tiada sebarang mineral atau ion, sama seperti air suling. Tidak bagus untuk kesihatan kerana badan manusia memerlukan mineral, zat dan ion utk pembentukan sel badan dsb.

3. Radikal bebas merupakan antara punca utama kepada banyak penyakit. Radikal bebas adalah keadaan dimana cas ion pada sel badan tidak stabil yang lama2 membentuk penyakit dan kanser. Bilamana air tiada elektrolit mineral dan ion, air tersebut mudah untuk menyerap radikal bebas, dan bila air minum air RO dan seluruh badan menyerap air tersebut, bayangkan bertapa banyak radikal bebas di badan yg boleh menyumbang kpd pelbagai penyakit.
Share

Saturday, October 26, 2013

Fahamkan GST dan SST


MARI BELAJAR "GST" dan 'SST" murid-murid~~~~~


Okey. Bagi yg x berapa faham bagaimanakah GST ni lebih membebankan rakyat banding cukai sedia ada (sst)?

Mmg dr segi kasar, GST nampak lagi murah banding SST (6% berbanding 5-10%) tapi kena ingat - GST ni ialah "cukai berperingkat" manakala SST pula ialah "cukai seperingkat".

X faham? Baik. SST hanya dikenakan di peringkat PENGILANG. Ianya x dikenakan pada pemborong dan peruncit. Sedangkan GST dikenakan kat setiap peringkat - pengilang kena, pemborong kena, peruncit pun kena.

Ini bermakna jumlah cukai utk GST adalah 3 kali berbanding SST. Misalnya produk A dikenakan cukai SST 10%, 10% je la sbb hanya pengilang yg kena. Tp kalu ikut GST, 6% x 3 = 18%!

Sebagai cth : produk A harga kilang RM20.

• cukai SST : RM20 x 10% (pengilang) = cukai RM2.

• cukai GST : RM20 × 6% (pengilang) = cukai RM1.20.

[RM20 + RM1.20 (cukai kilang)] x 6% (cukai pemborong) = cukai RM1.27.

[RM21.20 + RM1.27 (cukai borong)] x 6% = cukai RM1.35.

Bermakna kalu ikut sst, jumlah cukai ialah RM2 SAHAJA tapi kalu ikut GST, cukainya ialah RM3.82!

Dan yg bestnya, sebahagian cukai ni ditanggung rakyat!

GST lg menyenangkan? Memurahkan?
wan endro 


Apa sebenarnya GST tu. GST adalah singkatan dari ‘Goods and services tax’. Dalam melayunya ‘ cukai barangan dan perkhidmatan’.
Di negara kita telah diperkenalkan pelbagai cukai atau inggerisnya ‘TAX’. Mengapa cukai diperlukan bagi sesebuah negara dan bilakah cukai mula diperkenalkan ?
Cukai sebenarnya telah lama digunakan, termasuk dalam agama Islam sendiri. Pelbagai nama digunakan. Tapi pokok tujuannya serupa. Cukai atau Tax. Ianya bertujuan baik, demi kebajikan bersama. Supaya yang kaya dapat membantu yang miskin. Yang senang membantu yang susah. Tetapi apabila manusia semakin tamak dan rakus, maka cukai cukai tersebut berubah corak menjadi penindas kepada golongan miskin. Yang kaya bertambah kaya. Yang miskin terus papa kedana.
Dalam Islam, ia nya dikenali sebagai zakat, zakat fitrah, zakat perniagaan dan sebagainya, itu bagi yang beragama Islam. Bagi yang tidak beragama Islam, tetapi bersedia bernaung dibawah panji panji Islam, maka mereka dikenakan cukai yang dikenali sebagai cukai kepala.
Tetapi, sekiranya ketua kerajaan Islam, merasakan dia telah tidak sanggup untuk mempertahankan negara atau kelompok bukan Islam tersebut. Dengan kata lain, Kerajaan Islam tersebut tidak sanggup mempertahankan negara atau kelompok bukan Islam dari sebarang serangan luar, keatas mereka. Maka kelompok bukan Islam tersebut terlepas dari cukai yang dikenakan keatas mereka.
Begitulah Islam mengajar umatnya supaya bertanggungjawab dari dunia hingga akhirat, hatta kepada bukan islam sendiri. Semuanya demi kebaikan dan kesejahteraan Umat manusia. Sebab nabi Muhammad diutuskan untuk kesejahteraan seluruh alam, bukan sekadar untuk Umat Islam sahaja. Itu secara ringkas tentang ukai dan tanggungjawab dalam Islam.
 http://anwaribrahimblog.com/2009/12/07/makna-dan-kesan-gst-golongan-susah-tertindas/
Share

Purdah Dan Zaman Kontemporari



 




Dan pada masalah yang lain, as-Syeikh al-Qaradhawi telah berkata, menjawab soalan tentang (samada) wajib berpurdah atau tidak: "Purdah adalah satu perkara yang wajib mengikut setengah pandangan ulamak. Dan sebahagian ulamak yang lain mengharuskannya. Namun, saya tidak berpandangan bahawa ianya adalah wajib.Sesiapa yang hendak berpurdah, dia bebas berbuat demikian

.Namun, pada zaman kita sekarang, saya melihat (berpandangan) bahawa muslimah lebih awla tidak berpurdah, ini kerana untuk membolehkannya bergaul dengan wanita yang tidak bertudung"(membuka aurat) dan mendekati mereka

As-Syeikh merujuk kepada perkara tersebut bahawa: "Wanita yang bertudung (tidak berpurdah) (lebih) boleh merapati (wanita yang tidak bertudung) [(berbanding wanita yang berpurdah)]. Beliau berkata: "Bagi wanita yang berpurdah, bagaimana dia ingin mengajak mereka yang tidak bertudung (tidak menutup aurat) secara berperingkat-peringkat?"

Beliau menambah dengan katanya: "Saya mempunyai satu risalah tentang purdah; satu qaul yang mengatakan kewajipan berpurdah dan satu qaul lagi mengatakan bahawa ia adalah satu bid'ah. Di sana juga ada orang yang mengatakan bahawa purdah itu bid'ah dan (kumpulan) yang lain pula mengatakan ia adalah wajib. Namun, saya tidak bersetuju dengan kedua-dua pihak ini".

Beliau menjelaskan bahawa "Berpurdah bukanlah suatu bid'ah.. (Di sana) ada qaul dalam Mazhab Hanbali dan qaul dalam mazhab-mazhab yang lain. Dan jumhur fuqaha' berpendapat bahawa muka seorang wanita itu bukanlah aurat. Sehinggakan al-Imam Ibn Qudamah as-Syeikh dari Mazhab Hanbali (juga) berkata dalam Kitab al-Mughni bahawa muka bukanlah aurat."

 Qaradhawi.net
Share

Thursday, October 24, 2013

Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Raja Yaakob Calon bakal Ketua Pemuda Pas


KENALI CALON KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA 

Seorang lagi pemimpin pemuda yang disebut-sebut sebagai bakal Ketua Pemuda Pas ialah Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Raja Yaakob. Dimaklumkan bahawa pencalonan yang diperoleh oleh beliau ke jawatan Ketua Pemuda PAS juga agak tinggi.

Anak jati Perak ini terkenal sebagai salah seorang ahli Kerabat Diraja Negeri Perak. Namun sikapnya yang merendah diri dan selesa bergaul dengan masyarakat membuatkan rakyat senang berdamping dengan beliau.

Beliau bukanlah calang-calang orang. Pendidikan beliau bermula dari Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Information Teknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Sarjana Master dalam bidang Information Management System di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik di Universiti of Manchester pada tahun 2003. Ini bermakna beliau telah menyiapkan pengajian Doktor Falsafah sekitar umur 29 tahun. Kini beliau merupakan pensyarah Universiti Teknologi Petronas.

Di peringkat Negeri, Dr. Raja Iskandar merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kangsar. Beliau juga diamanahkan sebagai Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik, Badan Perhubungan PAS Negeri Perak. Nama beliau disebut-sebut antara pemimpin pelapis yang layak mengisi kerusi Menteri Besar Perak mewakili Pakatan Rakyat.

Di peringkat nasional, beliau diamanahkan sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPM. Beliau seringkali ditugaskan ke luar Negara untuk mewakili Pemuda PAS. Beliau antara pemimpin pelapis Pas yang fasih berbahasa Inggeris dan mampu menjadi penghubung PAS yang lebih efektif di peringkat global.
Facebook beliau : Dr-Raja-Iskandar-Al-Hiss
Selamat memilih pemimpin kepada para perwakilan muktamar!
Share

Tuesday, October 22, 2013

Kisah Cinta Zulaikha Kepada Nabi Yusuf



Siapakah Zulaikha ?

Maulana Abdullah Yusuf Ali didalam Terjemahan al Quran memetik tulisan karya sastra Zulaikha dan Yusuf oleh Jami r.h ( 817 H – 898 H ):

Zulaikha adalah seorang puteri raja sebuah kerajaan di barat (Maghrib) negeri Mesir. Beliau seorang puteri yang cantik menarik. Beliau bermimpi bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang amanah dan mulia. Zulaikha pun jatuh hati padanya. Kemudian beliau bermimpi lagi bertemu dengannya tetapi tidak tahu namanya. Kali berikutnya beliau bermimpi lagi , lelaki tersebut memperkenalkannya sebagai Wazir kerajaan Mesir.

Kecintaan dan kasih sayang Zulaikha kepada pemuda tersebut terus berputik menjadi rindu dan rawan sehingga beliau menolak semua pinangan putera raja yang lain. Setelah bapanya mengetahui isihati puterinya, bapanya pun mengatur risikan ke negeri Mesir sehingga mengasilkan majlis pernikahan dengan Wazir negri Mesir.

Memandang Wazir tersebut atau al Aziz bagi kali pertama, hancur luluh dan kecewalah hati Zulaikha. Hatinya hampa dan amat terkejut, bukan wajah tersebut yang beliau temui di dalam mimpi dahulu. Bagaimanapun ada suara ghaib berbisik padanya : “ Benar , ini bukan pujaan hati kamu. Tetapi hasrat kamu kepada kekasih kamu yang sebenarnya akan tercapai melaluinya. Janganlah kamu takut kepadanya . Mutiara kehormatan engkau sebagai perawan selamat bersama-sama dengannya”.

Perlu diingat sejarah Mesir menyebut , Wazir diraja Mesir tersebut adalah seorang kasi, yang dikehendaki berkhidmat sepenuh masa kepada baginda raja. Oleh yang demikian Zulaikha terus bertekat untuk terus taat kepada suaminya kerana ia percaya ia selamat bersamnya.

Demikian masa berlalu, sehingga suatu hari al-Aziz membawa pulang Yusuf a.s. yang dibelinya di pasar. Sekali lagi Zulaikha terkejut besar, itulah Yusuf a.s yang dikenalinya didalam mimpi . Tampan, segak, menarik dan menawan.

Betullah sabda nabi yang diriwayatkan oleh Hammad dari Tsabit bin Anas bahawa Rasullah bersabda maksudnya :

Yusuf dan ibunya telah diberi oleh Allah separuh kecantikan dunia.
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf dipenjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.
 amun kejadian itu tidak berakhir begitu saja. Apa yang jelas, cerita itu akhirnya tersebar. Kemudian wanita-wanita yang tinggal di istana itu mula menjadikannya sebagai bahan cerita.

”Dan wanita-wanita di kota berkata: ”Isteri Al-Aziz menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya (kepadanya), sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata.” (Yusuf: 30)

Wanita-wanita itu mencerca Zulaikha sebagai sesat. Sedangkan mereka tidak pernah melihat bagaimana tampannya wajah Yusuf A.S. Mereka tidak mengetahui kehebatan daya tarikannya.

Zulaikha merancang untuk mengenakan orang-orang yang mencercanya. Dia mengatur jamuan besar di istana dan mengundang wanita-wanita untuk hadir ke majlis itu. Mereka datang beramai-ramai dan jamuan itu berlangsung dengan cukup meriah. Zulaikha memanfaatkan majlis itu sebagai kesempatan untuk menunjukkan seorang pemuda yang paling tampan dan mengkagumkan.

”Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebilah pisau (untuk memotong buah) kemudian dia berkata (kepada Yusuf): ”Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka” Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa)nya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata: ”Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia.” Wanita itu berkata: ”Itulah dia orang yang kamu cela aku kerana (tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan dan dia termasuk golongan orang-orang yang hina.” Yusuf berkata: ”Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh.” Maka Tuhannya memperkenankan doa Yusuf dan Dia menghindarkan Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Yusuf: 31-34)

Para tetamu wanita itu tercengang ketika menyaksikan wajah bercahaya yang menampakkan ketampanan luar biasa. Wanita-wanita itu pun terpaku dan mereka terus memotong buah yang ada di tangan mereka dengan pisau. Semua pandangan tertuju hanya kepada Yusuf A.S dan tidak melihat buah yang ada di tangan. Akhirnya, wanita-wanita itu memotong jari tangan sendiri namun mereka tidak merasa kesakitan. Sungguh kehadiran Yusuf di tempat itu sangat mengkagumkan sehingga tidak merasa sakit meskipun keluar darah dari luka jejari tangan mereka.
Kisah Zulaikha dan Yusuf dirakamkan di dalam Al Quran bermula surah Yusuf ayat 21 sehinggalah Yusuf a.s di penjarakan pada ayat 36 surah yang sama, kerana fitnah kononnya Yusuf a.s mengoda Zulaikha , isteri al-Aziz.
 Bagaimanapun pada ayat 51 surah yang sama Allah berfirman, maksudnya :

Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar. ( Yusuf 51 )

Selepas ayat tersebut Al Quran tidak menceritakan kesudahan hubungan Zulaikh dengan Yusuf a.s.
Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya.

 Ada juga yang menceritakan selepas peristiwa itu, Zulaikha bertaubat kepada Allah SWT. Ketika Nabi Yusuf diutus menjadi Rasul dan menjadi penguasa menggantikan al-Aziz, baginda bertemu dengan Zulaikha yang ketika itu sudah tua. Akhirnya Allah SWT menjadikan Zulaikha muda remaja dan dikahwinkan dengan Nabi Yusuf. 
Bagaimanapun Ibn Katsir didalam Tafsir Surah Yusuf memetik :

Muhammad bin Ishak berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s oleh raja Mesir adalah kedudukan yang dahulunya dimiliki oleh suami Zulaikha yang telah dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah beristrikan Zu­laikha sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan bah­wa pada suatu ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia menjadi isterinya,

“Tidakkah keadaan dan hubungan kita se­karang ini lebih baik dari apa yang pernah engkau inginkan?”

Zulaikha menjawab,

“Janganlah engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku sebagai wanita yang cantik, muda belia bersuamikan seorang pemuda yang berketerampilan dingin, menemui­mu sebagai pemuda yang tampan, gagah perkasa bertubuh indah, apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan lupa akan ke­dudukanku sebagai wanita yang bersuami?”

Dikisahkan bahwa Yusuf waktu kawin dengan Zulaikha, ia menemuinya masih gadis (perawan) dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim bin Yusuf dan Misya bin Yusuf.
Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.
Rujukan :
  1. Maulana Abdullah Yusuf Ali – Terjemahan al Quran Karim
  2. Tafsir Ibnu Katsier – surah Yusuf
Share

Tuesday, October 15, 2013

Isikan Jiwa Kosong Dengan Al-Quran




Percayalah bahawa jiwa yang kosong itu disebabkan kealpaan seseorang itu untuk mengisinya dengan ayat-ayat indah al-Quran. Bagi orang begini,jiwanya mudah dirasuk syaitan yang sememangnya ternanti-nanti untuk menyusup ke dalam hati dan membalikkkan hati kepada mencintai kerosakkan akidah.
Tanamkan dalam jiwa bahawa se
baik-baik ubat atau penghalang kepada penyakit jiwa adalah dengan ayat-ayat al-Quran.Tidak boleh mengatakan TIDAK , sesungguhnya panduan yang tertulis dalam al-Quran adalah panduan AGUNG.

Al-Quran adalah wahyu Allah dan peninggalan Rasulullah SAW yang akan kekal memandu manusia ke jalan yang diredhai Allah sehingga kiamat. Kitab agung yang mengandungi 6236 ayat  dan 114 surah  ini mencakupi intipati garis panduan hidup di dunia dan balasan di akhirat, kisah para nabi dan solehin untuk diteladani,hokum-hakam , suruhan ,tegahan dan pelbagai  persoalan yang wajib diselami oleh setiap insane Muslim.
Sesungguhnya, al-Quran dapat mengajar manusia kea rah kebaikan dan menyimpang daripada kejahatan dan dapat menikmati 5 cabang hakikat benar:-

                1-Benar dalam perkataan.
                2-Benar dalam niat dan kehendak.
                3-Benar dalam keazaman.
                4-Benar dalam menepati janji.
                5-Benar dalam amalan.

Semoga al-Quran dijadikan subjek utama dalam memiliki sijil pengisian jiwa kita. Usah abaikannya.
Gen-Q
Share

Sunday, October 13, 2013

Kelebihan Dan Lafaz Niat Puasa Hari Arafah.



  
Hari ‘Arafah ialah hari 9 Zulhijjah. Hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).


Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.;
 “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).


Disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ


Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).


LAFAZ NIAT
Puasa hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) adalah disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan ibadat Haji.
Hal ini dapat dilihat pada kenyataan yang pernah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam nyatakan di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Al-Tirmidzi dari Abi Qatadah Radhiyallahu 'Anhu yang mengatakan bahawa Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam telah ditanya
oleh sahabat mengenai puasa hari ‘Arafah, sabda Baginda Sallallahu 'Alaihi Wassalam; “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya”.
(HADITH RIWAYAT  Muslim dan al-Tirmizi)
 
Lafaz niat puasa sunat ‘Arafah adalah seperti berikut:

“Sahaja aku puasa sunat Arafah esok hari kerana Allah Ta’ala”

Niat puasa hari Arafah ini, cukup sekadar berniat puasa sunat secara mutlak iaitu “sahaja aku puasa sunat” tanpa menentukan (ta’yin) jenis2 puasa itu (spt puasa sunat Arafah)..
 tetapi menurut Imam Nawawi rahimahullah, sewajarnya kena menentukan jenis2 puasa sunat itu, sama juga mcm solat sunat, kena tentukan solat sunat ba’diyyah (selepas solat fardhu) berbanding solat sunat lain (spt solat sunat hajat dsb).
Jadi, tiada  masalah   niat “puasa sunat” saja, atau niat “puasa sunat Arafah”..  lafaz niat pun tidak salah , tak   lafaz niat pun sah.. yg penting, ada lintasan niat di hati (nak puasa sunat).Niat itu adalah perbuatan hati.. tujuan membaca niat di mulut adalah supaya niat tu dapat hadir ke hati  .
Share

Friday, October 11, 2013

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Dah Kahwin


Suasana sidang media penjelasan Aeril (dua dari kiri) mengenai statusnya dengan Wawa Zainal (bertudung).
PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.
“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.
Aeril Zafrel
Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.
Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.
Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.
Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.
MSTAR

 SHAH ALAM - Pelakon filem, Aeril Zafril dan Wawa Zainal mengesahkan bahawa mereka sudah bernikah sejak setahun lalu.

Pasangan selebriti ini juga sudah mempunyai seorang cahaya mata.

Akui bercinta sejak 2011, Aeril memberitahu kisah cinta mereka dihalang oleh pihak pengurusan sehingga terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

"Kami memang bercinta sejak itu tetapi dimarahi pihak pengurusan.

"Kami terpaksa memberitahu bahawa kami tidak bercinta," katanya pada sidang media khas yang turut dihadiri Wawa, hari ini.

Ekoran dihalang, pasangan ini membuat keputusan untuk bernikah, awal tahun lalu.

"Kerana itu saya mengambil langkah, demi Allah, pada 25 Februari 2012, saya, Aeril Zafril dan Wawa Zainal telah bernikah.

"Bukan seperti yg kamu ketahui 4 Februari sebelum ini," kata Aeril.

Agak terkilan apabila cahaya mata mereka dilabel anak luar nikah, Aeril menitiskan air mata.

"Orang kata anak saya anak haram. Perasaan seorang bapa...tapi saya tidak kisah jika saya yang dihina.

"Tetapi...apabila orang mendedahkan identiti anak saya tanpa kebenaran saya...itu hak peribadi.

"Tak kan apabila dah jadi selebriti, kita kena kongsi semua rahsia peribadi," kata Aeril sedikit emosi.

Pengakuan tersebut menutup spekulasi yang timbul kebelakangan ini.

SINAR Share

Atasi Stress Cara Islam



Cara mengatasi stress ini ada banyak. Namum sebagai orang Islam kita seharusnya berpegang kepada asas ajaran kita. Agar kita tidak terpesong apabila jiwa kita sedang berkecamuk. Ada orang yang hilang kawalan apabila stress, mereka lupa kepada ajaran agama, dengan mengambil jalan mudah dengan membunuh diri.
Stress ini kita perlu atasi dengan bijak, jika anda tanda-tanda awal kita stress, jangan kita biarkan ia berlarutan. Kita perlu cari punca, mengapa kita jadi stress, dengan apa kita stress, dengan siapa kita stress.
Apa bila kita tahu puncanya, senang untuk kita merawat stress kita. kalau kita tak tahu dekat mana yang rosak, macam mana kita nak baiki betul tak? Jika kita tak mampu buat seorang diri, kita carilah orang lain atau kawan yang boleh dipercayai, unutk kita usaikan stress kita.
Kita kena tahu sejauh mana ita mampu untuk menerima bebanan atau tekanan. Jika sudah sampai tahapnya, jangan kita nebeng teruskan juga, biar ada batasnya kita mencabar diri kita. Biar cukup persediaan kita, dari segi mental dan fizikla kita untuk teruskan cabaran hidup.

Mengingati ALLAH S.W.T

“(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka jadi tentram dengan mengingat Allah SWT. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah SWT hati menjadi tentram.” (QS Ar-Ra’d 28)
Kita sebagai hamba yang taat harus selalu mengingati pencipta kita. Tak kira dalam keadaan senang atau susah. Ada banyak cara untuk kita mengingati ALLAH S.W.T salah satunya adalah dengan zikir. 
Basahkah lidah kita dengan zikir, jernihakan hati kita dengan zikir, dan tenang fikiran kita dengan zikir, cara untuk zikir dengan akal fikiran adalah dengan kita merening alam ciptaan tahn dan mengagumi kebesaran-Nya.

Membaca Al-Quran

Al-Quran adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w dan kahsiat Al-Quran itu cukup banyak. Jadi jika amalkan sentiasa membaca Al-Quran, agar jiwa kita sentiasa rasa tenteram. Sambil itu kita dapat menbersih jiwa kita dan sentiasa dekat dengan ALLAH S.W.T.

Berdoa Agar Beban Kita Diringankan

Doa adalah senjata kita orang mukmin. Hanya kepada tuhan sahajalah tempat kita bergantung. Jadi kepada Dia sahaja kita meminta pertolongan. Apabila kita stress, rasa terbeban, kita berdoalah agar diringankan bebanan yang kita sedang hadapi. Semoga termakbul doa kita dan dapat menhilangkan rasa stress kita.
Ada juga doa khas untuk kita amalkan selalu apabila menghadapi stress.
حَــسْــبُـنَـا اْللهٌ وَنِــعْـمَ الْــوَ كِيْــلُ

Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyil Azzim



"Cukuplah Allah untuk (menolong kami, dan Dialah sebaik-baik Pengurus (Dan terserah kepadaNya segala urusan kami)".

Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar
Ya Arhamar Rahimin
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Nota:
Apabila menghadapi tekanan baca ayat ini sebanyak mungkin sebagai zikir.
Insya'Allah hati akan menjadi tenteram.
Apa yang perlu kita ingat bahawa, apabila kita stress, jangan kita hilang punca, jangan kita cepat berputus asa dan menbiarkan jiwa kita berkecamuk dengan biarkan jiwa kita terus kosong tanpa ada pengisian rohani yang sepatutnya.
Share

Rasa Memiliki Yang Sebenar


Kita akan benar-benar merasai kehilangan sesuatu itu hanya sekiranya sesuatu itu ada mengambil sedikit ruang di ingatan dan juga di hati kita. Kita tidak akan merasai kehilangan sesuatu itu sekiranya kita tidak pernah mengambil berat kehadirannya, kewujudannya dan peranannya.
 Kita juga tidak akan merasai kehilangan sesuatu benda yang tidak kita hargai dan tidak kita ingini dalam kehidupan kita. Bahkan mungkin, kehilangannya akan menghadirkan rasa lega, rasa tenang, rasa seronok dan rasa ‘ringan’ di bahu kita. Kerana akhirnya, benda atau sesuatu yang tidak kita sukai itu, telah hilang dari hidup kita.
Kenapa sesetengah kehilangan itu benar-benar menyedihkan kita?
Kesedihan hanya akan mengiringi kehilangan sesuatu yang kita cintai.
Kita tidak akan menangisi kehilangan sesuatu yang kita benci.
Kerana itulah, kalau kita perasan, perjuangan dan dakwah ini selalu menuntut perkara-perkara yang kita cintai daripada kita. Allah SWT selalu bertegas dalam urusan perkara-perkara yang kita cintai ini.
Firman Allah SWT di dalam surah At Taubah, ayat ke-24, bermaksud,
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Kenapa kecintaan yang berlebihan terhadap perkara-perkara diatas mendapat ancaman keras daripada Allah?
Kenapa perjuangan Islam selalu menuntut pengorbanan perkara-perkara yang kita cintai seperti diatas?
Ikhwah Akhowat sekalian, jawapannya adalah kerana kita tidak pernah memiliki walau satu pun daripada semua nikmat yang disenaraikan tersebut. Keterikatan dan kebergantungan kepada sesuatu yang TIDAK KITA MILIKI akan menyebabkan kekecewaan yang amat sangat apabila kita KEHILANGANNYA atau diminta MENINGGALKANNYA. Kita SANGKA kita memiliki keluarga kita, isteri kita, anak-anak kita, harta benda kita, perniagaan kita, masa kita, duit kita, rumah kita, akademik kita dan sebagainya.
Rasa MEMILIKI inilah yang akan meLEMAHkan kita.
Ia akan menjadikan kita kecewa dan sedih yang amat sangat apabila ALLAH SWT menarik nikmat-nikmat ini daripada kita.
Dan kerana itulah juga tarbiyah sepatutnya MEMBINA RASA DIMILIKI DAN MEMILIKI. Rasa ‘sense of belonging’ kepada gerakan dakwah ini. Rasa dimiliki dan memiliki dakwah dan tarbiyah ini. Rasa memiliki dan dimiliki oleh ikhwah dan akhowat sekeliling. Hanya dengan perasaan inilah kita akan mampu tsabat dan istiqamah. Rasa dimiliki dan memiliki gerabak dakwah dan tarbiyah ini menyebabkan KITA TAK SANGGUP KEHILANGANNYA. Dan sekiranya kita kehilangannya, KITA AKAN KESEDIHAN YANG AMAT SANGAT.
Kenapa ramai daripada kita boleh meninggalkan gerabak dakwah ini dengan senang hati?
KERANA HATI KITA TIDAK LANGSUNG MERASAKAN KEHILANGAN apabila kaki kita melangkah keluar dari gerabak dakwah dan tarbiyah ini. Kita lebih merasakan kesedihan dan kekecewaan apabila kehilangan benda-benda lain yang terpaksa kita tinggalkan ketika bersama dakwah. Kita merasa sedih dan letih sangat apabila kehilangan masa, kehilangan duit, kehilangan waktu bersama orang-orang yang kita sayangi.
Tapi, apabila meninggalkan dakwah, kita tidak pula benar-benar merasa kehilangan hidayah, kehilangan matlamat hidup, kehilangan jiwa yang basah dengan iman dan kehilangan momentum dalam mendakwahi umat.
Ya Allah…..
Kenapa setelah bertahun-tahun menyedut madu iman dan taqwa yang menghias jalan dakwah dan tarbiyah ini, kita masih tidak merasa dimiliki dan memilikinya?
Kenapa setelah bertahun-tahun dihidangkan petunjuk dan hidayahNya, hati kita masih merasa kita memiliki kehidupan dunia ini sehingga kita tidak mampu melepaskan ia?
Kepada yang masih dan sedang istiqamah, ayuh kita renungi dalam-dalam firman Allah SWT dibawah, surah Al Hujuraat, ayat ke-7, yang bermaksud,
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus;
Semoga hati-hati kita semua kembali merasai ‘sense of belonging’ kepada dakwah ini, tarbiyah ini, ummah ini dan jamaah ini. Hanya dengan itu kita akan merasa terikat dengannya, kasih kepada teman-teman seperjuangan, sanggup berkorban untuknya dan ingin hidup dan mati bersama-sama dengannya.
Laskar Mentari. Share

Thursday, October 10, 2013

Hindari Makanan Syubhah





Makanan syubhah ialah makanan yang tidak jelas status halal ataupun haram. Namun begitu Rasullullah S.A.W tetap menyeru umatnya supaya meninggalkan makanan tersebut kerana ditakuti akan terambil makanan yang haram.

Berlakunya syubhah terhadap makanan atau minuman adalah disebabkab oleh terdapat keraguan yang membawa kepada halal atau pun haram. Syubhah timbul kerana berlakunya percampuran antara makanan yang halal dengan yang haram dan makanan tersebut tidak dapat dibezakan ataupun dipisahkan antara satu sama dengan lain.

Syubhah juga berlaku apabila perkara yang halal itu mempunyai kaitan dengan maksiat seperti membeli makanan semasa azan sembahyang jumaat. Hatta daging binatang yang disembelih menggunakan pisau curi juga tergolong sebagai daging/makanan syubhah.

 
 Sebenarnya tiada garis pemisah yang jelas mengenai kategori makanan syubhah sepertimana makanan halal atau haram.

Sabda Rasulullah saw :

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yangapabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Untuk mengelak daripada mengambil makanan syubhah, seseorang itu perlu mempunyai sifat wara' dan meninggalkan perkara-perkara meragukan.

Perkembangan bioteknologi dalam penghasilan makanan dengan memasukkan unsur-unsur haram atau yang tidak diketahui puncanya bagi menghasilkan produk makanan yang lebih berkualiti atau tahan lama seperti yang diamalkan dalam sesetengah geneticaly modified food (GMF) boleh menambah makanan syubhah di pasaran. Memakan makanan syubhah boleh menjejaskan pembentukan insan kerana amal ibadat dan doa seseoarang itu mungkin tidak akan diterima Allah. Antara ciri utama dalam pembentukan modal insan yang cemerlang ialah mempunyai hubungan rapat dengan Allah melalui hubungan iman dam akidah. Justeru makanan dan minuman yang diambil oleh seseoarang itu mempengaruhi keperibadian dan keimananya.
Share

MASwings Terhempas Di Kudat..


KOTA KINABALU: Sekurang-kurang tiga orang cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis twin Otter milik MASWINGS tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di lapangan terbang Kudat di bahagian Utara Sabah.

Kejadian berlaku lebih kurang pada  2.55 Petang hari ini, 10 Oktober 2013. Menurut sumber, difahamkan juruterbang dan dua yang lain dalam keadaan parah manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan kecil. Terdapat 16 penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang.





Semua penumpang telah dikejarkan ke hospital Kudat untuk rawatan segera.

Pegawai MASWINGS ketika dihubungi mengatakan akan memberi info lanjut kerana masih dalam proses mengumpul maklumat sebelum memberikan kenyataan rasmi.

Spekulasi awal mengatakan bahawa pesawat tersebut terbabas akibat dilanda angin kencang.

Menurut ketua misi menyelamat, Abd Mujun, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang.

Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu



MEDIA STATEMENT: MH3002 Incident at Kudat, Sabah

Malaysia Airlines confirms that its MASwings' Twin Otter, DHC6 9M-MDM MH3002 operating from Kota Kinabalu to Kudat was involved in an incident at 2.50pm on Thursday, 10 October 2013. The aircraft landed short of the runway in Kudat.

No reported fatalities as of now. Focus of the airline is on the rescue of passengers and crew. 

Malaysia Airlines will continue to monitor the situation at the crash site and update on the situation. 

Issued by Media Relations Unit/Communications Division, Malaysia Airlines.
Share

Tuesday, October 08, 2013

Doa Sebelum dan Selepas Membaca Al-Quran Serta Terjemahan Doa


Amalan membaca doa sebelum dan selepas mengaji quran amat lah baik kalu kita dapat amalkan. Sekurang2nya mohon doa dulu pada Allah sebelum memulai bacaan. Sesudah membaca Quran pula kita mohon dan berdoa lagi ke hadrat Allah Taala. Mohon agar Allah beri kelapangan dada menerima ilmu serta mohon hidayah dan petunjuk pada kita yang sentiasa berharap semata-mata hanya kepada-Nya.


Sebelum nak mula ngaji, elok amalkan membaca doa:

Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmah-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


....diikuti dengan:
yang bermaksud: "Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS Thaha 27)


Usai membaca Quran pula, elok pula amalkan membaca:
Terjemahannya: "Ya Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekelian alam." Share

Sunday, October 06, 2013

Solat Ghaib


Solat Ghaib adalah solat terhadap jenazah ahli keluarga atau saudara seagama yang meninggal di tempat yang jauh atau kepada jenazah yang telah dikebumikan tetapi tiada kesempatan bagi ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya.


Asal kepada permasalahan ini ialah perbuatan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersembahyang ke atas jenazah Raja Najasyi, Raja Habsyah yang wafat. Dalam hadis Abu Hurairah:

أن رسول الله صلى الله عليه و سلم نعى النجاشي في اليوم الذي مات فيه خرج إلى المصلى فصف بهم وكبر أربعا

"Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengumumkan berita kematian Najasyi pada hari beliau wafat. Baginda keluar ke musolla, membuat saf dengan sahabat, dan bertakbir sebanyak empat kali". (Direkod oleh Bukhari no: 1188 dan Muslim no: 951).

Sebahagian ulama mengambil hukum dari umum hadis ini, iaitu boleh dilakukan solat jenazah ke atas mayat yang berada jauh seperti di negara lain.

Ada juga ijtihad ulama yang mengkhususkan amalan solat ghaib untuk jenazah pembesar-pembesar sahaja, seperti para ulama atau pemimpin. Sebagaimana Nabi Sallallahu Alahi Wasallam lakukan kepada jenazah Najasyi, tetapi tidak pernah ada riwayat baginda solat jenazah ghaib terhadap sahabat-sahabat baginda yang wafat di negeri lain.

Sebahagian pula mengkhususkan ia hanya khas bagi orang Islam yang mati di tempat lain yang tidak disembahyangkan ke atasnya di negara mereka. Kerana Raja Najasyi wafat di negara Habsyah yang merupakan negara Kristian.

Wallahu A'lam.
Share

Saturday, October 05, 2013

Puasa 1 - 9 Zulhijjah


Puasa Tanggal 1-9 Dzulhijjah, Terutama Puasa di Hari Arafah bagi yang Tidak Melaksanakan Haji


Abu Qatadah ra, meriwayatkan bahwa Rasululah saw, bersabda
" Puasa Arafah menghapus dosa selama dua tahun, satu tahun yang sudah lewat dan satu tahun yang akan datang. Dan puasa Asyura (tanggal 10 Muharram) menghapus dosa satu tahun yang telah lewat" (H.R.Jamaah kecuali Bukhari dan Tirmidzi)
Hafshah berkata, "Ada empat perkara yang tidak pernah ditinggalkan Rasulullah saw,:
"Puasa Asyura, Puasa sembilan hari di bulan Dzulhijjah, puasa tiga hari setiap bulan, dan sholat dua rakaat sebelum subuh" (H.R. Ahmad dan Nasa'i)
Tirmidzi berkata, "Menurut para ulama, berpuasa Arafah bagi yang tidak berada di Arafah adalah sunah"
 
 Dari Ibnu Abbas ra bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada hari-hari di mana amal saleh itu lebih disukai oleh Allah SWT daripada hari-hari ini (yakni hari pertama hingga kesepuluh Dzulhijjah)”. Para sahabat bertanya, 'Ya Rasulullah, meskipun dibandingkan dengan berjihad fi sabilillah?' Beliau menjawab, “Ya, meskipun dibadingkan dengan berjihad fi sabilillah, kecuali seseorang yang pergi (berjihad) membawa nyawa dan hartanya, kemudian tidak satupun diantara keduanya itu yang kembali (mati syahid)” (HR. Jamaah, kecuali Imam Muslim dan Nasa'i)
 
 Oleh: Asy Syaikh Abdul Aziz bin Baaz
Pertanyaan:
Samahatus Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz Rahimahullah ditanya, “Apa pendapat anda tentang pandangan orang yang mengatakan berpuasa di sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah bid’ah?”
Jawaban:
Beliau menjawab, “Orang ini jahil, patut diajari. Karena Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam telah memotivasi untuk beramal shalih padanya, dan puasa termasuk amal shalih. Berdasarkan hadits sabda Nabi,”Tidak ada hari-hari dimana amal shalih padanya lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari sepuluh ini”. Para shahabat bertanya, “Wahai Rasulullah tidak pula Jihad Fi Sabilillah?” Beliau menjawab, “Tidak pula jihad fi sabilillah, kecuali seseorang berjihad dengan jiwanya dan hartanya dan tidak kembali membawa apa-apa lagi”.Hadits riwayat Al Bukhari dalam shahihnya.
Walaupun Nabi tidak pernah berpuasa pada hari-hari ini, telah diriwayatkan dari beliau bahwa beliau berpuasa padanya, dan diriwayatkan pula dari beliau bahwa beliau tidak berpuasa padanya. Akan tetapi yang jadi pegangan adalah ucapan karena ucapan lebih kuat daripada perbuatan. Dan apabila terkumpul ucapan dan perbuatan maka ini lebi kuat untuk dikatakan sunnah. Maka ucapan adalah dalil tersendiri sebagaimana perbuatan dan taqrir (persetujuan) demikian.
Apabila Nabi mengatakan suatu ucapan atau melakukan suatu perbuatan atau mempersetujuinya maka seluruhnya adalah sunnah. Akan tetapi ucapan lebih kuat kemudian perbuatan dan setelahnya persetujuan. Dan dalam hal ini Nabi Sholallahu ‘Alaihi Wasallam berkata, “Tidak ada hari-hari dimana amal shalih padanya lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini”. Yakni sepuluh hari (pertama), maka apabila seseorang ingin berpuasa padanya atau bersedekah berarti ia di atas kebaikan yang besar. Demikian pula disyariatkan pada hari-hari tersebut bertakbir (membaca Allahu Akbar), bertahmid (membaca Alhamdulillah), dan bertahlil (membaca Laa ilaha ilallah) berdasarkan sabda Nabi, “Tidak ada hari-hari yang lebih mulia di sisi Allah dan dicintai oleh-Nya untuk beramal shalih padanya daripada hari-hari yang sepuluh ini, maka perbanyaklah oleh kalian padanya tahlil, takbir, dan tahmid”. Semoga Allah menganugrahkan taufiq-Nya kepada kita semua.”
Diterjemahkan oleh Al Ustadz Abdul Barr dari:
Majmu Fatawa Asy Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz
Sumber: Majalah As Salaam No IV/Th II 2006M/1426H
Share
 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino