Tuesday, July 30, 2013

Berkenaan Lailatul Qadar : Jangan Lepaskannya



Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya
Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman


Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.
carilah malam alqadar dengan ikhlas dan amal
 
Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki  dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.
Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li  Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
  • 1) Berzikir
  • 2) Berdoa
  • 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  • 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
sekian
Zaharuddin Abd Rahman
20 Ramadhan 1428 H
2 Oktober 2007
Share

Monday, July 29, 2013

Urus Jenazah Pahala Sebesar Gunung Uhud


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesiapa mengurus jenazah orang Muslim atas rasa iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menguruskan pengebumiannya sehingga selesai, maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat ; satu qirat kira-kira sebesar bukit Uhud. Dan sesiapa mengikut solat jenazah sahaja, kemudian dia pulang sebelum dikebumikan, maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat." (Riwayat al-Bukhari, jil. 1, no.0039)

Kematian
Kematian adalah satu kepastian yang tidak boleh dielakkan oleh setiap manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)." (Surah al-Ankabut : 57)

Tiada siapa yang tahu di bumi mana dia akan meninggal dunia, atau bila tarikh dan waktunya. Oleh sebab itu persiapan dan persediaan kita untuk menghadapinya perlulah dibuat sekarang dan harus diberi keutamaan. Ketika hidup inilah kita perlu melakukan banyak amal dan ibadah sebagai bekalan untuk kehidupan di akhirat kelak.

Setiap hari berlalu dengan seorang demi seorang anggota keluarga, sahabat handai, rakan kenalan kita meninggalkan dunia ini dengan sebab kematian. Apakah mereka membawa amalan yang cukup atau tidak, ia bukan persoalan kita. Namun menjadi tanggungjawab kita yang masih hidup ini ialah menguruskan jenazah. Hukumnya fardu kifayah bagi mereka yang berkelayakan mengurusnya.

Urusan Jenazah
Berdasarkan hadis di atas, walaupun urusan jenazah adalah fardu kifayah, maka sewajarnya mereka yang hadir itu mengambil peluang menguruskannya. Mereka yang tidak pandai boleh belajar secara praktikal di situ juga atau pada masa-masa yang lainnya. Mereka yang lebih layak melaksanakannya ialah ahli keluarga sendiri ; iaitu suami atau isteri, anak, bapa dan ibu.

Sungguh hebat pahala atau ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang ikhlas mengendalikan urusan jenazah. Apatah lagi jikalau jenazah itu adalah saudara terdekat kita, maka kitalah yang lebih afdal untuk melakukannya.

Apabila seseorang itu disahkan telah meninggal dunia, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah merapatkan mulutnya dengan mengikat kepala hingga ke dagu. Seterusnya ditutupkan matanya perlahan-lahan. Kemudian lembutkan sendi-sendi kaki dan tangannya. Gunakan minyak untuk mudahkan urutan. Setelah itu uruskan empat perkara berikut :

  1. Memandikannya.
  2. Mengapannya.
  3. Menyembahyangkannya.
  4. Mengebumikannya.
Walaubagaimanapun, tidak semua jenazah boleh dimandikan. Terdapat tiga golongan yang tidak boleh kita mandikan sebelum dikebumikan. Mereka itu ialah :
  • Orang bukan Islam, walaupun dia terlalu rapat dengan kita, tidak boleh kita mandikannya.
  • Orang yang syahid dalam medan perang kerana mempertahankan Islam. Hal ini kerana darah pada baju dan tubuhnya menjadi saksi syahidnya.
  • Jenazah yang reput akibat terbakar atau seumpamanya. Jenazah ini cukup ditayamumkan sahaja.
Peralatan Mandian
  1. Tempat mandi yang sesuai ; sebaiknya tempat itu sudah khusus untuk memandikan jenazah. Siap dengan saluran air keluar dan masuk.
  2. Air mutlak.
  3. Daun bidara.
  4. Sabun yang boleh membersihkan najis.
  5. Kapur barus.
  6. Air mawar.
  7. Sarung tangan, kain putih (untuk memeriksa kebersihan bahagian anggota sulit)
  8. Putik kapas untuk membersih rongga-rongga kecil.
  9. Penutup mulut, apron, kain basahan, kain gantian, dan clorox (untuk pesakit HIV).
13 Langkah Mandi Jenazah
Setelah jenazah diusung ke bilik urusan mandi oleh saudara maranya. hendaklah diletakkan ditempat mandi. Dan lakukan yang berikut :
  1. Baringkan jenazah secara terlentang di atas tempat mandi, pastikan mukanya menghadap kiblat, dan tempat itu hendak tertutup (beratap di atas). Pastikan aurat jenazah terjaga sepanjang tempoh mandi.
  2. Basahkan seluruh badan jenazah.
  3. Buang najis qubul dan dubur (gunakan sarung tangan, jangan sesekali menyentuh kulit ke kulit)
  4. Sabunkan seluruh badan jenazah dan buang kotoran (elakkan menyabun tempat-tempat terbuka yang menyebabkan rasa pedih seperti di mata). Sebaiknya mulakan sabun pada bahagian kanan badan dahulu.
  5. Jiruskan air mutlak dengan penuh adab dan jirusan yang tidak terlalu deras (jangan berkasar, kerana walaupun tiada roh, ia masih merasai malu dan sakit kesan daripada sakaratul maut yang tidak terperi sakitnya).
  6. Bersihkan rongga terbuka seperti telinga, hidung dan gigi menggunakan putik kapas.
  7. Setelah selesai, disunatkan untuk mengambil wudhu' untuk jenazah dengan niat : "Sahaja aku mewudhu'kan ke atas mayat ini kerana Allah SWT." *Pada bahagian yang tidak sampai air, hendaklah ditayamumkan baagian itu.
  8. Mulakan mandi jenazah dengan mencurahkan air dari bahagian kepala dengan menggunakan air bercampur daun bidara. Waktu ini perlukan niat mandi : "Sahaja aku mandikan mayat ini kerana Allah Taala."
  9. Basuh bahagian lambung kanan dari bahu, ketiak, tangan kanan, dada rusuk, perut, kemaluan hingga ke kaki.
  10. Lakukan yang sama di sebelah kiri.
  11. Iringkan mayat di sebelah kiri dan siram dari kepala ke kaki.
  12. Iringkan mayat di sebelah kanan dan siram dari kepala ke kaki.
  13. Tutupkan mayat dengan kain nipis, kemudian siramkan dengan air larutan kapur barus ke seluruh badan.
Setelah selesai, lapkan mayat dengan kain yang disediakan hingga kering sebelum dibawa ke tempat mengapankan. Namun pastikan dahulu kain kapan untuk si mati sudah siap supaya mayat dapat terus diletakkan pada kain kapan tersebut.
Setiap orang perlu mencuba sekali sebagai persiapan kalau-kalau berlaku apa-apa kejadian dalam keluarganya. Rasa takut terhadap mayat harus dibuang jauh-jauh. Selamat mencuba.
[Sumber : Majalah Fardu Ain, Edisi 2 Share

Tuhan, Jagakan Dia..



Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala Puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang menguasai hari pembalasan. 

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; Bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. 

Amin..
Ya Allah..hamba merasa tak pantas memohon Kepadamu,,kerana hamba penuh dengan dosa..

Ya Allah..hanya KepadaMu hamba memohon, hanya Engkaulah yang dapat memberikan jawapan kepada hamba mu hanya Engkaulah yang boleh mengubah segala sesuatunya.
aku hanyalah seorang hamba allah yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan dalam diri...seseorang yang perlu dibimbing dan di berikan petunjuk ke arah yang lebih baik..hanya Allah sahaja yang tahu segala kekurangan dan kelebihan diri ini...sesungguhnya,Dia maha berkuasa lagi maha mengetahui.

Ya Allah.. Dalam Tangis malam ku sedar,Kau hadirkan dia sebagai ujian buatku..
Meski aku sering terluka, meski hati ku sering tercalar, meski air mata ku sering mengalir..Ya Allah..kuatkan diri ini, untuk terus mendoakan dia, membimbing dia ke jalan MU...Dia.. Ujian Buatku... Berikan aku kekuatan untuk terus menghadapi dugaanMU ni . Tuhan hadirkan ‘dia’ kepada kita untuk menguji keimanan kita. Tuhan datangkan ‘dia’ bukan sekadar untuk memberi seri pada hati ku..
Hamba memohon padaMu ya Allah..

Hamba mohon.. lindungilah dia disana.. ..
Seseorang yang telah kau utus untuk ku bimbing ke jalan MU..
Lindungi dia ya Allah..Lindungi dia dari orang-orang yang ingin mendzaliminya..
Ya Allah, berikanlah dia semangat untuk terus berjuang.. Berjuang dengan dirinya  ya Allah....

Ya Allah..hamba pasrahkan dia kepadamu Ya Allah.. Lindungilah dia, jagalah dia, permudahkan pekerjaannya,,dan lancarkan urusannya..
 
Ya Allah, sesungguhnya kau maha mengetahui tentang apa yang ada didalam hati hambamu yang hina ini Ya Allah ,hanya kau yg mendengar isi hati ku Ya Allah. kau kuat kan lah hati ku ini. hanya padamu aku memohon keampunan dan kebahagiaan. Ya Allah, ampunkan dosaku, andai kan ku diberi satu   peluang untuk  ku jaga dia kejalan mu Ya Allah.Akan ku bimbing dia kejalan yang kau redhai.  i forgive you for what ever you did to me. i forgive you. now be free...

 Ya allah.. lindungilah kami Tidak mahu kami melakukan segala dosa dan maksiat jauhkan lah kami dari hasutan syaitan yang direjam jauhkan lah kami dari lakukan perkara yang kau larang.
 Ya allah.. bukakanlah pintu hati kami  agar kami selalu ingat kepada larangan mu...

 Ya Allah , terima kasih kerana kau telah menghantar dia untuk  aku  . Bimbinglah kami dalam mencari redha Mu.Jauhkan lah kami dari segala perkara2 buruk. Dekatkan lah kami dengan pintu2 syurga.  . Kuatkan lah kami untuk menangani segala masalah yang mendatang. Jadikan kami anak2 yang solehah. Pimpinlah kami  hingga ke pintu syurga. Aku mohon semoga kau lindungi dan pelihara lah   kami hingga Jannah ...

             TUHAN. JAGAKAN DIA...

 SESUNGGUHNYA ALLAH LAGI MAHA MENGETAHUI DAN LAGI MAHA ADIL"

"MATAHARI KITA MINTA, HUJAN TURUNNYA LALU MENJADI PELANGI"

"SEGALANYA SUDAH DIATURKAN OLEH MAHA PENCIPTA"

yang kita mampu lakukan hanya lah "PERCAYA" akan N-ya .. dan berdoa agar dipermudahkan segalanya .
Share

Sunday, July 28, 2013

BOLEH KAH Kita BERUBAH?



Hajat benar untuk berubah? Justeru, mulakan ia dengan langkahan yang pertama. Picture by tonyileh of Devianart.Com

Kita sebenarnya hajatkan kepada Allah SWT.Kita hajatkan kepada rahmat, hidayah dan kasih sayang-Nya. Benar, jiwa kita sebenarnya :- sangat-sangat merindui Allah SWT dan ingin meluahkan segala curahan perasaan kepada-Nya.
Hati kita sebenarnya ingin menyintai, merindui dan menyayangi Allah SWT segenap serta sepenuh hati. Namun, wujudnya benteng dan dinding antara kita dan Allah SWT. Benteng yang membuatkan kita semakin jauh dan jauh daripada-Nya.
Lantas, jiwa kita semakin kosong, gersang, kering dan hambar. Terasa akan bebanan perasaan  yang bersangatan sehingga kering air mata ini mengalir untuk Allah SWT.
Ya Allah, adakah hatiku telah mati untuk diberikan ia hanyasanya kepada- MU?
Saudara saudari yang budiman.
Benteng dan dinding yang menjauhkan kita dengan Allah SWT hanya kerana keengganan dan keingkaran kita untuk  melakukan “perubahan.” Perubahan yang akan mendekatkan dan menghampirkan kita dengan Allah SWT.
Mampukah aku berubah? Bolehkah kita berubah? Persoalan itu bersilihan ganti menerjah minda dan bermainan di jiwa kita. Justeru, masihkan kita mempunyai harapan untuk berubah?
Dalam, siri kuliah mingguan saya bersama pelajar-pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Pasir Mas ; antara fokus saya ialah ajakan untuk sentiasa “menjentik” kesedaran di dalam diri mereka. Perkara yang termahal dan berharga dalam kehidupan ini ialah kesedaran yang terbit daripada jiwa kerdil kita ini. Justeru, inilah fokus yang saya cuba dengan bantuan dan pertolongan Allah SWT untuk dikongsikan bersama mereka.

Langkah-langkah untuk berubah

Lalu, saya kongsikan dengan mereka akan suatu hakikat yang terpenting iaitu langkah-langkah untuk melakukan perubahan. Walapun ia sememangnya, sukar namun inilah jalan dan lorong yang harus ditempuhi untuk mendapat kemanisan dalam menyakini dan mengimani Allah SWT. Langkahan ini adalah langkahan untuk kita mulakan titik berubah buat diri kita ini.

Langkah-langkahnya ;

[1] Meninggalkan dosa dan maksiat secara total (sepenuhnya)
Dosa kita, adalah racun yang membinasakan hati dan diri. Dosa inilah yang membuatkan kita semakin hari semakin jauh daripada Allah SWT. Bahkan, Allah SWT semakin “menjauhi” kita lantaran kebusukan dosa-dosa yang kita lakukan secara berulang-ulang kali tanpa rasa bersalah.
Untuk menjadi hamba-Nya, kita harus berazam untuk meninggalkan segala dosa secara menyeluruh. Kita sedar, bahawa di sana terdapat suatu halangan yang terbesar dalam meninggalkan segala kebusukan dosa ini.
Itulah, dia hawa nafsu. Justeru, titik tolak kepada langkah awal ini ialah mujahadah!


[2] Terdapat keinginan untuk berubah
Hasrat, keinginan dan hajat untuk berubah ; adalah nokhtah permulaan yang amat-amat kita perlukan untuk melakukan sebarang perubahan.
Segala-galanya bermula di sini. Itulah kehendakan hati. Adakah kita benar-benar berkemahuan besar untuk berubah? Adakah ia benar-benar dijiwa dan diselami? Semuanya, kita perlu soal dengan jujur, ikhlas dan terbit kea lam realiti.
Katakan di dalam hati berulang-ulang kali :
“ Ya Allah, aku ingin berubah untuk-Mu dan hanya kerana-Mu!”

[3] Menyediakan dan serahkan hatinya untuk dididik
Untuk berubah ke arah yang lebih baik, soleh dan diredhai oleh Allah SWT ; kita perlukan hati serta jiwa yang diserahkan sepenuhnya untuk diproses dan dididik.
Ya, sepenuhnya. 100 %, tanpa sebarang keciciran dan pengecualian. Bagi yang mempunyai murabbi, ustaz atau ustazah – berikan kepercayaan dan keyakinan kepada mereka untuk mendidik kita. Serahkan segala hati dan jiwa kepada mereka yang dipercayai untuk mendidik kita.
“Bersedialah untuk dididik!”- Slogan bagi yang hajatkan perubahan yang menyeluruh!


[4] Bertaubat bersungguh-sungguh (Taubat Nasuha)
Syarat ini adalah syarat yang utama. Untuk berubah, penyesalan dan kesungguhan dalam bertaubat harus diutamakan. Ia adalah kunci untuk menghampiri diri kepada Allah SWT.
Wahai saudara-saudaraku, ketahuilah bahawa Allah SWT telah membuka pintu taubat selebar-lebarnya dan tidak akan menguncinya sampai matahari terbit dari tempat terbenamnya.
Setiap kali kita melakukan dosa, kemaksiatan, kesalahan dan kejahatan, : Allah SWT berkata kepada kita : “ Datanglah kepada-Ku wahai hamba-Ku, maka Aku akan menerima taubatmu.”

[5] Berdoa, meminta dan merayu bersungguh-sungguh kepada Allah SWT
Hadapkan wajah kita kepada-Nya. Dongakkanlah kepala ke langit-Nya. Dan tadahkanlah tangan kita dengan penuh kerendahan jiwa dan kesungguhan yang tiada tara.
Sesiapa yang mendekat kepada-Mu, maka Engkau pun mendekat kepadanya. Sesiapa yang mencintai-Nya, maka Engkau pun akan mencintainya. Dan, sesiapa yang memohon kepadaMu, maka Engkau akan mengkabulkan segala permintaan-Nya.
Kebanyakan daripada kita, acu tidak acu dengan dosa. Masih bermain-main dengan lafaz doa dan ibadah jiwa ini. Kita sedar akan diri yang jijik, kotor dan penuh dengan noda ini tetapi, kita tidak pernah untuk menadah tangan berdoa memohon keampunan dan rahmat-Nya. Jika berdoa pun, hanya bentuk ritual yang dibuat-buat tanpa kehadiran jiwa dan merasai kemanisan dalam meminta-minta dengan Allah SWT.
Murabbi saya pernah menyebut :
“ Bagi jiwa-jiwa yang menyakini hari pertemuan dengan Allah SWT tentunya kita benar-benar rindukan pengampunan Allah SWT bahkan pengampunan itu lebih berharga dari pertambahan usia.”
Justeru, bilakah kali terakhir linangan air mata kita hangat membasahi pipi kering kita dalam berdoa kepada Allah SWT?

Penutup : Ya Allah, kerdilnya kami ini
Ya Allah, terimalah segala amal baik kami dan perbaikilah amal perbuatan kami. Ya Allah, ampunilah segala perbuatan keji kami terhadap ahli-ahli syurga dan orang-orang yang banyak mendidik kami.
Ya Allah, berilah kesempatan, peluang dan keupayaan untuk kami untuk berubah demi kecintaan dan keredhaan-Mu.

HILAL ASHRAF Share

Thursday, July 25, 2013

Sayang, Biar Sampai Syurga



Sayang....

satu anugerah buat hamba Allah.
baik manusia mahupun haiwan yang hidup melata, punya perasaan yang sama kurniaan Si Dia.
perasaan indah yang dikurniakan oleh Allah Yang Maha Penyayang
kalau sayang, rasa nak selamanya bersama dengan orang tersayang.
Sayang, selalu disandarkan pada sesuatu, maka sandarkanlah pada yang kekal agar kasih sayang juga berkekalan. Justeru, berkasih sayanglah kerana Allah kerana hanya Allah yang kekal. Berkasih sayang kerana-Nya, membawa sampai ke syurga... baru boleh nak live happily ever after. Ini serius! Bukan kisah dongeng  tapi kisah kasih sayang lillahi taala :)

namun sedih...
andai orang yang kita sayang semakin menjauh daripada Allah, membuatkan kita risau tidak akan dapat berkekalan bersama di akhirat nanti. sebab kita tahu,

kalau sayang, biar sampai ke syurga...

walaupun kita tahu kita banyak buat silap dan dosa, belum tentu masuk syurga, tapi kita boleh mendambakan syurga yang seluas langit dan bumi tu. syurga yang tinggi nan indah tu. bukankah Allah menceritakan tentang syurga di dalam al-Quran untuk menjadi motivasi dan penguat hati duka lara orang-orang mukmin dan muttaqeen?
maka tak salah untuk kita mengimpikan masuk syurga kalau itulah yang menjadi motivasi kita beribadah kepada Allah.

namun, tahap keikhlasan menurut Imam al-Ghazali ada 3:

1. ikhlas kerana takutkan balasan azab api neraka- tahap hamba
2. ikhlas kerana mengimpikan ganjaran pahala yang dijanjikan Allah- tahap pedagang
3. ikhlas kerana Allah semata-mata- tahap pencinta Allah yang sejati

pilihlah atau berusahalah untuk mengikhlaskan hati tahap yang ketiga, tahap tertinggi mencintai Allah yang Maha Esa. inshaa Allah, semakin kita mencintai Allah, semakin tinggi keimanan kita. maka dengan keimanan yang ditanam dalam hati itulah yang akan membuahkan keikhlasan lillahi taala :)

dalam berkasih sayang juga memerlukan keihklasan supaya kasih sayang tak hanya zahir pada hidup fatamorgana di dunia, kerana dengan berkasih sayang kerana Allah kita mahukan kekal hingga ke syurga-Nya. siapa sanggup nak lihat ornag tersayang diheret ke dalam api neraka yang menjulang? astaghfirullah al-'azim. moga Allah melindungi kita dari azab api neraka.

Kita tahu kita tak mahu kebaikan untuk diri sendiri, kerana orang yang lebih baik ialah yang dapat memancarkan kebaikan kepada orang sekelilingnya, kebaikan tersebar kepada orang di sekitarnya, lebih-lebih lagi kepada orang yang disayanginya.



tapi aku tahu aku tetap manusia biasa yang tidak mampu berbuat banyak melainkan dengan kekuatan yang dikurniakan oleh Allah untuk terus kuat dan bersemangat.

maka di situlah kita mendapatkan kekuatan- anugerah rasa sayang yang Allah kurniakan dalam hati kita. kerana sayang kita akan berusaha untuk buat orang tersayang kembali kepada Yang Maha Penyayang.
kerana sayang kita tidak akan lupa untuk mendoakan.
kerana sayang lillahi taala kita mahu kelak dia dan kita berpimpin tangan di syurga kelak. memang akan ada yang kata ayat sebegini cliche atau terlalu mainstream dan yang seangkatan tentera dengannya tapi memang itulah yang sepatutnya kita harapkan bukan?

sebab mukmineen dan muttaqeen punya visi dan misi yang jelas, berpandangan jauh.
biar tangan kita saja yang mengenggam dunia tapi hati kita jauh memandang akhirat.
kita yakin dan beriman punya kehidupan selepas mati yakni kehidupan akhirat.
maka di dunia yang sebentar ini sajalah kita punya kesempatan untuk ingat-mengingatkan satu sama lain. maka kerana apa kita ingat-mengingatkan kalau bukan kerana sayang di dalam hati, hati yang memandang jauh ke akhirat, hati yang takutkan azab Allah dalam pada masa yang sama mengimpikan syurga-Nya?


raudhahmaris
Share

Kenapa Aku Masih Sendiri???


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
Share

Monday, July 22, 2013

Peserta Islam Ratu Cantik Pertikai Mufti


DUA daripada empat gadis Muslim yang digugurkan daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 iaitu Wafa Johanna De Corte, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan melarang penglibatan mereka dalam pertandingan itu.
Nama mereka dan dua lagi finalis iaitu Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19, digugurkan daripada menyertai pertandingan itu selepas penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan tersebut telah ditegur oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama.
Menurut Wafa Johanna, “saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.
“Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian,” katanya.
Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan ratu cantik.
Kali terakhir wanita Muslim terlibat dalam pertandingan sebegitu ialah penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang telah memenangi gelaran Miss Malaysia pada 1992.
Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan.
“Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.
“Kalalu mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.
Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
“Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya tidak ada sebarang prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya. Share

Saturday, July 20, 2013

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


Pertama : Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan dengan sengaja , samaada daripada jenis makanan atau bukan makanan.
Termasuk perkara ini ialah :



1) Menghisap rokok / tembakau, candu, dadah dan sebagainya. Dan menghisap (Nusyuk) melalui hidung.



2) Suntikan makanan atau menambah vitamin.

Kedua : Memasukkan sesuatu daripada dua jalan (Qubul & Dubur).

Ketiga : Memuntahkan makanan dengan sengaja.


Keempat : Jimak (Bersetubuh)



Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:



Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya: Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w berkata: Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba? Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. Rasulullah s.a.w berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?. Jawab lelaki itu: Tidak mampu. Kata Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?. Jawab lelaki itu: Tidak. Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekahkanlah kurma ini. Kata lelaki itu: Kepada siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu.

(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
 
Kelima : Keluar Mani dengan sengaja.

Dengan apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya. Atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir, cium, sentuh dan sebagainya.



Akan tetapi sekiranya keluar kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

Keenam dan  Ketujuh : Keluar darah Haid dan Nifas .

كنا نحيض عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم نطهر فنؤمر بقضاء الصوم ، ولا نؤمر بقضاء الصلاة

Maksudnya : Dari Aisyah r.a, katanya: Kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengqada' puasa dan tidak disuruhnya untuk mengqada' sembahyang.

(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Kelapan : Gila .
Kesembilan : Murtad terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan.

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

Maksudnya : Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat.

[Surah Al-Baqarah, Ayat : 217]
Kesepuluh : Pengsan sepanjang hari ketika berpuasa . Share

Suami Temani Abby Berkempen Di Besut



 Berkempen Di UPU Seberang Barat, Kuala Besut, Malam Tadi, Abby Abadi Ditemani Suami, Saudara Farhan (Anak Jati Kelantan).


Setelah lima tahun menjanda, bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi akhirnya
bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 12 tahun lebih muda daripadanya. Mereka
bernikah pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan,36, berkata, dia menyifatkan perkahwinannya dengan Farhan, 24, adalah jodoh yang tidak disangka selepas hanya dua minggu berkenalan.
 “Pertemuan bermula di sebuah pasar raya di mana kami tiba-tiba sahaja bertentang mata. “Selepas dua minggu berkenalan, dia melamar saya dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin.
Abby menyifatkan perkahwinannya dengan Farhan adalah jodoh yang tidak disangka selepas hanya dua
minggu berkenalan. “Apa yang kami lakukan semua ini adalah kerana Allah. Saya tak tahu nak kata apa kerana ini adalah jodoh daripada-Nya. Saya berharap agar semua pihak mendoakan kebahagiaan kami sehingga akhir hayat,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat di sini. Abby bagaimanapun enggan mendedahkan pekerjaan pemuda tersebut, lokasi pertemuan mereka dan di manakah mereka diijabkabulkan sehinggalah beberapa perkara selesai. Tambah Abby, dia tahu ada yang akan memberi
respons positif dan negatif mengenai perkahwinannya itu, namun dia percaya apa yang dilakukan mereka adalah perkara yang baik dan ia adalah jodoh. Dalam pada itu, beritahu Abby lagi, Farhan
merupakan anak kelahiran Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan dan dia bakal
berjumpa dengan keluarga suaminya itu selepas berkempen untuk Pilihan Raya Kecil
(PRK) di Kuala Besut, Terengganu. “Alhamdulillah,kedua-dua keluarga kami
merestui perkahwinan ini walaupun mereka terkejut pada mulanya. Ini pun saya baharu
nak berkenalan dengan keluarga suami di Kelantan selepas PRK nanti. “Saya dapat rasakan
perkahwinan ini juga adalah sesuatu yang menenangkan lebih-lebih lagi melihat
wajah suami yang sentiasa tenang dalam apa-apa jua


situasi,” ujarnya. Pasangan tersebut bercadang akan mengadakan resepsi perkahwinan mereka pada 31 Ogos depan dan majlis di pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas itu. Bagaimanapun, lokasi masih belum ditetapkan lagi. Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga
dengan aktor Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 September 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,10, Marissa Dania
Hakim,8, dan Maria Danisha Hakim, 5. Share

Friday, July 19, 2013

Abby Sah Bernikah Kali Kedua


Abby Abadi
Abby Abadi dan suaminya - Foto Ihsan Instagram Abby Abadi
Twitter Abby Abadi
Twitter Abby Abadi
 
SHAH ALAM - Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Abby atau nama sebenarnya,  Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.

“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.

"Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.

Dipendekkan cerita, Sebenarnya sudah 12hari dia sah menjadi suami Sy. Maaf sbb maklumkan lambat pd kalian.... ALLAH kami dulukan. Insyallah, majlisnya dlm bulan Raya nnti. Lokasi belum pasti. Doakan😉😄 Ini jodoh... krn kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru 2mggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan ke sini... Syukur!!
Share

Panduan Dan Cara Menunaikan Solat Tarawih


 Klik pada pautan dibawah untuk memuat turun buku panduan solat tarawih.

panduan solat tarawih

Diharap buku panduan yang dihasilkan oleh JAKIM dapat membantu anda untuk menunaikannya. Selamat beribadah diucapkan kepada semua umat islam di Malaysia.

Antara Niat Dan Doa Solat Terawih
Waktu solat Tarawih di lakukan  selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan 2 rakaat, pada tiap-tiap 1 kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
1.  Niat solat Tarawih:
2.  Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih
  • Setelah selesai melakukan solat fardu Isyak, maka bolehlah dimulakan Solat Tarawih dengan bacaan-bacaan berikut.



F.  Baca doa berikut selepas selesai rakaat ke 8 atau ke 20, iaitu rakaat terakhir solat Tarawih.

G.   SOLAT SUNAT WITIR
  • Setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan solat sunat Witir. Bilal akan menyeru :
  • Disambut jama’ah dengan lafaz;
Cara Melaksanakan 2 Rakaat Pertama
  • Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
  • Sekiranya solat sendirian, tinggalkan perkataan di dalam kurungan;
Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun
Selawat Selingan
  • Sesudah salam, Bilal membacakan selawat
Jama’ah menyambut dengan ucapan;
Cara Melaksanakan Satu Rakaat Terakhir
  • Jamaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir
  • Pada raka’at terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut;
Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan
An-Naas.
Berdoa Qunut
  • Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut selepas berdiri tegak dari rukuk, iaitu belum melakukan sujud pertama.
Berdoa
  • Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan tasbih sebelum berdoa :
  • Boleh dibaca doa-doa berikut:
Peringatan :-
  • Lafaz niat di atas boleh digunakan untuk semua orang. Jika menjadi imam atau makmum, pilih salah satu perkataan tersebut dari dalam kurungan.  Jika solat berseorangan perkataan di dalam kurungan tidak perlu dibaca.
  • Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.
  • Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat  solat sunat  tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.
Share

Hina Islam:Alvin dan Vivian Tidak Dibenar Ikat Jamin


Alvin (kanan) dan pasangannya, Vivian.
 
KUALA LUMPUR: Blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee telah dihantar ke penjara - Alvin ke Penjara Sungai Buloh manakala Vivian telah dihantar ke Penjara Kajang - selepas menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
Mahkamah Sesyen juga telah mengenakan hukuman keras terhadap mereka apabila mereka dinafikan ikat jamin.
Pasangan kontroversi ini pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan terhadap mereka.
Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yangbertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!" yang mengandungi logo Halal.
Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.
Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julailepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.
Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.
Kandungan itu telah dibaca di CAF - Syed Restaurant Jalan Dang Wangi, di sini antara 11 Julai dan 12 Julai pukul 10.48 malam.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
Pasangan itu kelihatan tenang dan bersahaja ketika pertuduhan dibacakan satu persatu kepada mereka dan masing-masing berkata: "Saya minta dibicarakan".
Hakim Murtazadi tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin atas sebab kepentingan awam.
"Mahkamah tidak akan terpengaruh dengan unsur-unsur luar dalam memberi jaminan kepada tertuduh," tegas hakim itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memohon supaya tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin bagi dua kesalahan iaitu memuat naik kandungan gambar dan komen berhubung berbuka puasa dan mempamerkan gambar-gambar lucah.
Beliau memberikan dua alasan iaitu kesalahan di bawah Seksyen 298A(1)(a) dan Akta Penapisan Filem, memang tidak boleh dijamin.
"Sememangnya kami akur budi bicara mahkamah untuk membenarkan jaminan dalam dua pertuduhan itu, tetapi pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan dikenakan," kata Noorin.
Alasan kedua pula ialah kedua-dua tertuduh mempunyai kecenderungan untuk memuat naik gambar yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.
"Pihak pendakwaan memohon mereka tidak dilepaskan dengan sebarang jaminan sehingga selesai perbicaraan kes itu," katanya.
Peguam Chong Joo Tian, yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya dengan alasan pertuduhan yang dihadapi mereka belum dibuktikan dan bersifat pramatang.
Chong berkata pihak pendakwaan tidak boleh membuat spekulasi bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesalahan yang sama kerana mereka belum didapati bersalah.
"Kedua-dua anak guam saya memberi kerjasama sepenuhnya kepada SKMM dan polis ketika siasatan dilakukan dan mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah selain kesalahan itu tidak melibatkan sebarang bentuk keganasan," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pula berhujah mahkamah perlu mengambil kira keadaan sekeliling dalam menentukan sama ada jaminan dapat diberikan atau tidak.
"Nama Alvin Tan sangat dikenali dan bila kita 'Google' sahaja nama Alvin, akan timbul gambar dan artikel mengenainya yang mana jika tidak dikawal boleh memusnahkan masyarakat dan agama. Tidak dinafikan kesalahan itu tidak melibatkan keganasan tetapi ia kesalahan serius," katanya.
Noorin juga memohon supaya ketiga-tiga kes itu dibicarakan bersama mengikut Seksyen 170 Kanun Tatacara Jenayah kerana melibatkan satu transaksi dan saksi yang sama.
Bagaimanapun, Chong memohon pertuduhan kedua dibicarakan berasingan kerana pertuduhan pertama dan ketiga merupakan satu perbuatan tetapi pertuduhan kedua melibatkan penerbitan gambar-gambar lucah yang disiarkan di laman web berlainan.
Noorin menjelaskan Seksyen 170 membolehkan kesalahan-kesalahan jenayah dibicarakan bersama walaupun ketiga-tiganya adalah berlainan dan pihak pendakwaan akan membuktikan kesalahan itu berlaku dalam transaksi sama.
Hakim Murtazadi membenarkan ketiga-ketiga kes itu dibicarakan bersama dan menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula kes.
Beliau turut memberi peluang kepada kedua-dua tertuduh mengemukakan alasan mengapa jaminan perlu diberikan kepada mereka.
Alvin berkata: "Saya mahu dijamin. Saya tidak memegang apa-apa kuasa, kedudukan, kekayaan mahupun pekerjaan dan semua barang multimedia dirampas oleh SKMM yang menjejaskan kecenderungan saya untuk memuat naik gambar dan mengakses Internet".
Vivian, yang merupakan guru tadika, pula berkata: "Saya juga ingin dijamin dan saya mempunyai pendapat yang sama dengan Alvin".- BERNAMA




Share
 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino