Saat Aku Sedih... Ku terbaca...
Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. . Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya. Saya telah menolak awak. Tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak. Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. . Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa. Dewasa menjadi cinta. Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian. Dan saya mula terfikir. Saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak. .
Dan baru saya sedari, tika dan saat itu. Bagai merpati putih, cinta
saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta. Dan telah nyata, saya tak temui, noktah cinta itu… Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selam. Di sana, saya tak mampu melihat cahaya.
Dan akhirnya, awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam…. Saya sedih sangat, bila awak kata awak sedemikian.dan saya sedemikian.. Tapi jauh di sudut hati, saya merasakan, bahawa awak masih belum cukup dewasa untuk memahami . Dan mungkin takkan pernah dewasa… Atau mungkin juga, awak belum pernah benar-benar jujur… Jadi, selama ini, siapa saya sebenarnya di hati awak? Siapa yang mengajar saya, bahawa cinta itu perlukan pengorbanan? Siapa yang memberitahu saya, agar sentiasa jujur dan percaya??
Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biar pun pada ketika awak berada di sisi saya… Setiap saat, saya mengingati awak…
Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya… ‘Kalau suatu hari, awak kehilangan sepasang mata, saya akan memberi sepasang mata saya, agar awak dapat melihat semula. Meski pun untuk itu, saya harus buta buat selama-lamanya… ‘Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meski pun untuk itu, saya harus bisu buat selama-lamanya… ‘Dan kalau suatu hari, awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya, agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya. Meski pun untuk itu, saya tiada lagi di dunia ini…’ Semuanya untuk awak. Tapi sayang, awak tak pernah tahu…. Seseorang pernah berkata - ‘If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person
does not, then that person was never meant for you, in the first place…’
Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita. Saya tahu, ada hikmah di sebalik semua ini. Dan saya tak akan menyoal. Saya juga tak pernah kesal. Sekurang-kurangnya, sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur serta percaya. Saya juga percaya, andai benar kita punya rezeki dan jodoh, awak akan kembali semula pada saya. . Tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan.
**sayu sungguh baca email nie
Itadakimasu...
1 year ago
2 comments:
ermm ni mcm email yg 'someone' bg kt Gadis je dlu2.. ek? alalala syiannye..
xde la..email nie terjumpa tah sape anto :P
Post a Comment