Tuesday, February 03, 2009

**Selawat ke atas Nabi




Selawat ke atas Nabi Firman Allah: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi s.a.w. Wahai orang2 beriman hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi dan mengucapkan salam kepadanya sebenar2 salam."(Al-Ahzab: 56)

Maksud selawat malaikat adalah doa mendapat rahmat dan selawat daripada Allah ialah rahmat serta pujian.

Hukum Berselawat:


Ulama telah berbeza pendapat berkenaan dgn hukum berselawat seperti berikut:

1. Fardu ain bagi mukallaf utk berselawat sekali seumur hidup. Adapun yg lain adalah sunat.

2. Wajib ketika dalam solat. Adapun di luar solat adalah sunat. (Imam Syafie)

3. Selawat adlah hanya perkara yg sunat pd semua keadaan. (Ibnu Jarirat at-Tobari)

4. Wajib memperbanyakkan selawat tanpa ditentukan tempatnya. (Abu Bakar bin Bukair dr Mazhab Maliki)

5. Wajib selawat ketika disebut nama Nabi s.a.w. (Tohawi, sebahagian Ulama Hanafi dan Syafie, Hulaimi dan az-Zamahsyari)

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino