Friday, February 13, 2009

**Rahsia Gerak Laku mencerminkan sikap


"
Kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa perlakuan adakalanya
mencerminkan sikap seseorang. Di sini disenaraikan gerak laku yang
berkait dengan sikap
.
1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap

Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta,
memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan
perkara yang diucap atau cakapkan.

2.Berpeluk tubuh ketika bercakap

Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima
apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia
sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak
laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba
salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.

3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari
Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara
yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka
perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat
pada diri kita.

4.Mata dan dahi berkerut-kerut

Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak
percaya apa yang kita ceritakan padanya.

5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa

Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya
tidak boleh dipercayai.

6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap

Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-
betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak
menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk
berkenalan dengan kita secara lebih dekat.

7.Memandang kita, tetapi tidak pada mata ( tetapi dia memandang
hidung, dagu, dahi, atau leher kita ) sewaktu kita bercakap
Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya
tidak selesa. Dia tidak releks.

8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang

Dia bersikap nagetif kapada kita. Dia kekungkina berasa bosan,
menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.

9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap
Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara
kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya
tegang.

10.Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas
Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai
objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu
hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya

2 comments:

Husna Z.A., 2009 on February 13, 2009 at 3:14 PM said...

interesting..saya nk copy leh..

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on February 13, 2009 at 5:49 PM said...

silakan la husna :)

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino