Terdapat beberapa tabiat buruk yang akan memusnahkan kerjaya anda. Jika tidak dikawal, pasti prestasi kerjaya anda jatuh menjunam.
- Datang Lewat : dalam membina kerjaya, disiplin merupakan pokok utama. Lewat ke pejabat, gagal menepati temujanji dengan klien hanya akan melepaskan kerjaya anda.
- Bergosip : umpat-mengumpat di pejabat sememangnya menjadi budaya sebahagian daripada kita khususnya orang melayu. Namun, awas sikap bergosip ini tidak membawa sebarang faedah, hanya mengundang konflik yang akan memberi kesan buruk terhadap prestasi kerjaya anda.
- Menangguhkan Kerja : sikap sebegini hanya mengundang masalah. Penangguhan kerja akan menyebabkan anda melakukan kerja ala kadar sahaja. Jika dilakukan tergesa-gesa, pasti kualiti kerja terjejas.
- Menyalahgunakan Harta Syarikat : menyalahgunakan harta syarikat seperti telefon, mesin cetak dan sebagainya demi kepentingan sendiri adalah harus dielakkan. Berbual di telefon dalam jangka masa yang lama hanya membuat anda leka, kesannya banyak tugasan yang tangguh.
- Menolak Tugasan : Sikap memilih tugasan seperti enggan menerima tugasan luar, malas bertemu klien seharusnya dielakkan. Terima apa sahaja tugasan yang diberikan oleh bos anda selagi ia masih dalam skop pekerjaan anda. Sekiranya anda berterusan bersikap memilih, lupakan saja impian untuk cemerlang dalam kerjaya anda.
- Girlfriend/ Awek / Makwe : Sms, berchating YahooMessenger, MSNmesenger memanglah seronok terumatama mempunyai kekasih. Kisah romantik, cerita masalah, gurauan ini yang melalaikan. Perkara sebegini tidak perlulah berlaku diwaktu kerja, malah boleh berbincang selepas waktu kerja. Kadang-kadang dunia ‘chating’ juga boleh mendatangkan pergaduhan malah boleh mencacatkan emosi serta idea kita untuk membuat kerja.
1 comments:
pretty shawls here..
jom usha2..
strawberionlinestore.blogspot.com
Post a Comment