FROM DR HAR WITH LOVE
TEGURAN IKHLAS BUAT YANG BERKENAAN
Salam ukhuwah
Atas
dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan
pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana
semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan
teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila
alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang
dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak
campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku
seseorang itu.
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat
laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai
mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi
amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih
dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat
tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang
mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘
Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
Jangan
lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha
Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah,
dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan
manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh,
taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk
keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah
sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan
suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!
Janganlah
pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang
boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara,
dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh
hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah
kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya,
itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal
penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara
semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali
kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan
jaga tepi kainku! ‘
Jangan lupa, selain hak adanya pula
tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini : Responsibilities, Rights
& Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan
kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik
dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik
berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri,
sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan
khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada
dirimu?
Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup
secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling
bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak
kolektif (jamaÃ) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila
bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa –
ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi
sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita
belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif
dibandingkan hak individu.
Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.
Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.
Fazakkir,
innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya
peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!
Salam ukhuwah :
Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)
https://www.facebook.com/pages/Friends-of-Dr-Harlina-Halizah-Siraj/137884202953365?ref=ts&fref=ts
0 comments:
Post a Comment