Malaysia mencatat rekod paling buruk dalam Indeks Kebebasan Akhbar tahun
ini dengan menduduki tangga ke-145 daripada 179 negara sejak indeks
tahunan itu diperkenalkan pada tahun 2002.
Reporters Without
Borders yang mengeluarkan indeks berkenaan antara lainnya menyebut,
kedudukan buruk itu antara lainnya disebabkan tindakan polis ke atas
perhimpunan BERSIH 3.0 pada April tahun lalu.
Malaysia mencatat kedudukan ke-141 pada 2010 dan memperbaikinya ke tangga-122 pada 2011-2012.
Ia
juga menyatakan bahawa negara Bangladesh, Libya, Kyrgyzstan, Thailand,
Indonesia dan Brunei mencatat kedudukan lebih baik berbanding Malaysia.
Singapura
mencatat kedudukan ke-149 manakala Burma melangkaui 18 kedudukan
selepas mengalami "perubahan dramatik" pada tahun lalu.
Malaysiakini
Itadakimasu...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment