Thursday, January 24, 2013

Peristiwa Sebelum Dan Selepas Kelahiran Nabi SAW


Peristiwa Sebelum Dan Selepas Kelahiran Nabi SAW

(1)Semasa Rasulullah berada di dalam kandungan bondanya,Aminah,beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur.Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang nabi dan penghulu kepada seluruh umat manusia.Selain itu tanda kehamilannya ialah dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya
 (2)Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah,Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.Tanah-tanah di persekitan tersebut yang kering menjadi subur,pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat.Begitu juga haiwan-haiwan di laut sibuk membincangkannya
 (3)Peperangan tentera bergajah yang disebut dalam Al-Quran,surah Al-Fil,datang menyerang Kota Makkah.Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmud.Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut,gajah-gajah tersebut berhenti dan berundur dengan izin Allah.Namun sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran.Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah
Firman ALLAH, bermaksud :
" Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah ( yang dipimpin oleh Abrahah Gubernur Yaman yang hendak menghancurkan Kaabah. Sebelum masuk ke kota Makkah tentera tersebut di serang burung- burung yang melempar tenteranya dengan batu-batu kecil sehingga mereka musnah.) Bukankah Dia ( ALLAH ) telah menjadikan tipu daya ( taktik ) mereka ( untuk menghancurkan Kaabah ) itu sia-sia?, dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari meraka dengan batu yang ( berasal )dari dari tanah yang terbakar ( dari neraka ), lalu Dia menjadikan mereka ( tentera Abrahah ) hancur sepertidaun-daun yang dimakan ( ulat)."   
                         
                     Di segi politik , Habsyah mempunyai permusuhan tradisi dengan Makkah kerana kecemburuan mereka dengan perkembangan kota Makkah sebagai pusat tumpuan penduduk dunia yang datang untuk beribadah di Kaabah,  sejak didirikan oleh Nabi Ibrahim a.s dan sekali guskota Makkah juga menjadi tempat tumpuan dan nadi kegiatan perdagangan dan ekonomi dunia. Lalu Habsyah merancang serangan tentera bergajah terhadap Makkah dan Kaabah yang hendak dibawa pulang ke  Habsyah dapat mengalih perhatian dunia ke negara Habsyah.    Tetapi ALLAH mengagalkantipu daya ( taktik ) mereka itu, dengan dikirimkan tentera-NYA yang dhaif yang berupa burung yang berbondong-bondong melempari ke atas tentera yang diketuai Abrahah dengan batu yang berasal dari tanah yang panas dari neraka, lalu tentera Abrahah itu hancur lumat seperti daun-daun yang di makan ulat.           

                           
                     Demikian keanehan peistiwa tersebut, dan tahun tersebut juga ALLAH lahirkan Nabi Muhammad s.a.w. seorang tokoh yang bakal menyambung perjuangan untuk memuliakan Kaabah yang d asaskan oleh Nabi Ibrahim a.s. itu. Dikota itulah juga Baginda s.a.w. di lahirkan pada isnin, bulan Rabi'ul Awwal yang di namakan Tahun Gajah. ALLAH menyelamatkan Kaabah yang bakal dijadikan pusat pergerakan Islam pimpinan Nabi Muhammad s.a.w dengan peristiwa yang ganjil dan aneh. 
 (4)Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan.Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit.Ia diumpamakan kain putih yang terapung di angkasa.Kemudian malaikat itu tersebut berdiri di hadapannya.Dia berkata,"Khabar bahagia untuk saudara,wahai ibu daripada seorang nabi.Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia.Namakan dia Ahmad.Semasa kelahiran Nabi Muhammad,Aminah ditemani Asiah dan Maryam.Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Nabi Musa.Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan kitab Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.
Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.Semasa baginda dilahirkan, bundanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.Cahaya keluar terang benderang dari rumah Aminah sehingga berpusu pusu orang Arab datang menjengah dan menilik ke dalam rumahnya yang mulia.. Malah ada di kalangan mereka yang cuba mengopak rumah tersebut kerana perasaan ingin tahu; apakah cahaya terang benderang tersebut yang keluar dari rumah seorang yang sederhana dan miskin.

Wangi2an yang tidak terhingga laksan kasturi menusuk ke hidung semua yang berada di situ sehingga membangkitkan rasa damai ke sanubari mereka…Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.Kemudian bundanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.Ada riwayat menyatakan bahawa baginda diarak ke seluruh dunia untuk dipertontonkan kecantikannya kepada semua…Ada riwayat menyatakan bahawa Sayyidah Maryam dan Asiah turut serta menyambut kelahiran Rasul yang paling bongsu ini saw…Segala malaikat memandang baginda tidak berkelipan mata; sehinggalah baginda yang masih kecil sendawa lalu berkata; “Alhamdulillah,” dan segenap malaikat pun menyatakan “YarhamkALLAH…” sambil tersenyum…

Semua alam maya bertumpu mata terhadap bagina lantas terpesona dengan kecantikan dan cahaya yang luar biasa daripada Saidina Muhammad saw yang masih kecil. Setiap mata yang memandangnya berasa kagum…Ummu Aiman yang berada di situ berasa sangat takjub lantas jatuh cinta dan tidak semena2 beliau menyusukan baginda Nabi saw… Beliau seolah2 terasuk dengan kecintaan itu malah baginda yang masih bayi mempersilakan anaknya Ummu Aiman untuk menyusu di sebelahnya…Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
Ada menyatakan bahawa nabi Muhammad lahir dalam keadaan matanya bercelak dan sudah dikhitankan…Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerusakan dan kemusnahan.

Ummu Aiman pun memanggil datuknya Abdul Mutallib yang sedang tawaf di Kaabah.. Belum pun sempat tujuh pusingannya Abdul Mutallib pun kembali dan melihat anak tersebut diletakkan di bawah belanga. Ini kerana mengikut adat orang Arab, tiada seorang pun boleh melihat anak yang baru dilahirkan kecuali selepas dilihat oleh bapanya terlebih dahulu sebagai orang pertama menyaksikan kelibat tubuhnya…Oleh kerana itu bayi tersebut ditutup terlebih dahulu dari pandangan orang ramai… Oleh kerana bapa nabi saw sudah wafat maka, bapa kepada bapanya yang melihat terlebih dahulu….

Belum pun sempat Abdul Mutallib mengangkat belanga itu, dek kerana ajaib dan kuatnya cahaya yang terpancara dari Saidina Muhammad saw yang masih kecil, meletuplah belanga tadi kerana tidak dapat menanggung cahaya yang hebat tersebut..Maka mata pun bertemu mata, dan alangkah terpesonanya si datuk melihat cucuandanya yang begitu luar biasa sehingga terpacul…. Ini malaikat atau manusiakah…. Maka jatuh cintalah datuknya terhadap cucundanya yang tersayang lantas di bawa ke BaituLLAH untuk disempurnakan tawafnya yang berbaki tadi…Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.Alam maya bertambah subur… Bumi yang kering kontang mula dipenuhi pohon dalam satu malam sahaja….. Pohon2 yang tidak berbuah… dengan rasa tiada segan silu melanjutkan dahan2nya untuk mudah dipetik… apabila dengan tidak semena2 berbuah dengan lebatnya pada hari kelahiran Nabi Muhammad saw….Haiwan ternakan yang kurus, tidak berdaging dan bersusu…. Semuanya gemuk dan susunya keluar tanpa2 putus2… Inilah alam maya yang terkesan dengan keberkatan Maulidur Rasul saw….Abu Lahab, bapa saudara Nabi saw membebaskan hamba perempuannya Thuwaibah untuk tujuan menjadi ibu susu nabi saw . Sebab itulah setiap hari Isnin di dalam neraka Abu Lahab diringankan sedikit hukuman disebabkan kegembiraannya menyambut kelahiran Nabi Muhammad saw dan dihujung kuku ibu jarinya tangannya keluar sedikit susu menjadi habuannya…. Membebaskan Thuwaibah untuk menjadi ibu susu nabi…Akhirnya datang juga wanita-wanita Keluarga Sa’d yang akan menyusukan itu ke Mekah. Mereka memang mencari bayi yang akan mereka susukan.

Akan tetapi mereka menghindari anak-anak yatim, karena mereka mengharapkan upah yang lebih kerana kemiskinan merek. Sedang dari anak-anak yatim sedikit sekali yang dapat mereka harapkan. Oleh karena itu di antara mereka itu tak ada yang mau mendatangi Muhammad.Salah seorang dari mereka, Halimah bint Abi-Dhua’ib, ternyata tidak mendapat bayi lain sebagai gantinya. Halimah dan suami datang dengan menaiki unta yang kurus…Setelah mereka akan meninggalkan Mekah, Halimah memutuskan untuk mengambil Muhammad. Dia bercerita, bahwa sejak diambilnya anak itu ia merasa mendapat berkah. Unta kurus yang dinaikinya tadi sihat dan gemuk serta merta… Halimah dan suami yang sudah ketinggalan dari rombongan Bani Saad, dengan pantasnya memotong barisan rombongan tersebut dengan tunggangan mereka yang sihat, gemuk dan kuat tadi…Sejak memelihara Insan Mulia tersebut… Ternak kambingnya yang kurus2 semuanya menjadi gemuk-gemuk dan susunyapun bertambah serta merta… . Tuhan telah memberkati semua yang ada padanya. Selama dua tahun Muhammad tinggal di sahara, disusukan oleh Halimah dan diasuh oleh Syaima’, puterinya. Udara sahara dan kehidupan pedalaman yang kasar menyebabkannya cepat sekali menjadi besar, dan menambah indah bentuk dan pertumbuhan badannya.
 
 

2 comments:

DiN on September 13, 2013 at 8:09 PM said...

sirah ni rujukan dari kitab mana. blh x bagithu

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on September 14, 2013 at 3:27 PM said...

dari pelbagai sumber.termasuk wikipedia.termasuk buku sirah KAFA

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino