Wednesday, January 16, 2013

Warkah terbuka buat Menteri Pengajian Tinggi Berkenaan Isu Listen


Warkah terbuka buat Menteri Pengajian Tinggi

Ibu prihatin,

Salam Kebangkitan Rakyat, Pak Menteri



Pertamanya, saya ingin nyatakan rasa dukacita dengan isu video ‘listen,listen, listen’ uum yang sekarang hangat ditonton dan dibicarakan 1 Malaysia. Ada beberapa persoalan yang ingin saya kemukakan dan diharap mendapat response dari tuan.



1. Siapakah penganjur program tersebut?

2. 2 Apakah objektif atau matlamat program? Manfaat mahasiswakah atau talian hayat BN?

3. 3 Atas kapasiti apakah Syarifah Zohra Jaben diangkat sebagai Jurucakap program berkenaan?

4. 4 Apakah yang diharapkan kementerian melalui program seumpama ini? Memandulkan minda golongan mahasiswa ?

5. 5 Apakah pihak universiti dan NC nya faham hala tuju pendidikan pengajian tinggi dan pengisian yang sewajarnya dalam pembentukan jatidiri siswa-siswi merdeka?



Apa yang dapat dilihat dalam video yang memalukan itu- nyata ianya tersasar dari tajuknya “Seiringkah Mahasiswa dan politik”. Sama ada penganjurnya pihak universiti, maupun pihak persatuan pelajar, objektif penganjurannya sewajarnya ke arah membuka minda mahasiswa, memantapkan daya fikir mereka, menggalakkan pemikiran kritis khususnya dalam membicarakan isu-isu semasa . Sesungguhnya golongan siswa adalah pemimpin muda masakini dan bakal pewaris pimpinan Malaysia akan datang. Mahasiswa dan politik adalah satu keperluan.



Justru- forum ini tidak sepatutnya dikendalikan oleh wanita ‘setengah masak ‘ dengan pendekatan setengah masaknya.



Sewajarnya panelis matang dan berautoriti dari parti-parti politik PR dan BN digandingkan dalam forum tersebut. Berikan ruang dan peluang untuk anak-anak kita mendengar ‘hujjah dan fakta’ dan hormati kemampuan mereka ‘untuk menilai serta memutuskan’ pihak mana yang lebih benar hujjah dan faktanya- dan pihak mana pula sekadar memuntahkan ‘auta dan fitnah’.



Begitu juga, sewajarnya berikan ruang secukupnya untuk golongan siswa yang telah ‘mengorbankan masa berharga’ mereka –duduk dan sabar mendengar apa yang diperkatakan sepanjang forum itu berlangsung( walau mungkin mereka tidak bersetuju dengan auta panelisnya) untuk mengemukakan pandangan serta persoalan.

Sebagai seorang ibu yang peka dengan perkembangan semasa negara dan anak muda, saya berpendapat bahawa Syarifah ZJ bukan ‘somebody’ yang layak untuk bercakap dalam forum itu-atas kapasiti apapun! Apa lagi atas kapasiti pimpinan KIMA!! Keangkuhan dan kebodohan beliau serta sikap biadabnya di majlis wacana siswa amat menjengkelkan. Oppps…..adakah ini oppa BN style memaksakan pengaruh ke atas anak muda?



‘Omelan beliau ibarat sampah yang tidak berbaloi diulas. Biarkan kucing, lembu dan itik saja memberikan komen. Saya hanya ingin mengingatkan pihak tuan dan kementerian yang beroperasi dari wang rakyat- supaya jangan memperbodohkan anak-anak kami di menara gading seperti yang berlaku di UUM.



Pada anak-anak siswa khususnya di uum, hormatilah diri kalian sebagai wrga intelek, penghuni menara gadiang yang sewajarnya bijak fikir , tau membezakan yang tulin dan yang palsu, dan tidak membiarkan maruah ‘siswa/siswi’ dicucuk hidung serta dikondokan oleh mana-mana badut 1 Malaysia.



Buat Bawani dan siswa-siswi merdeka harapan rakyat- syabbas dan teruskan berfikiran terbuka, matang dan berani menyuarakan pandangan-pandangan mantap kalian , sesuai dengan status kalian sebagai golongan bijak pandai penentu masa depan Negara!

Akhirnya, buat Pak Menteri, dengar! Dengar! Dengar! Dengar! Dengarkan kata-kata peringatan ini! Hentikan agenda-agenda sengal di menara gading! Kembalikan maruah warga kampus! Martabatkan menara gading, martabatkan golongan siswa dengan program-program membuka minda! Hentikan pemandulan daya fikir dan menghina intelektual anak muda!



Shah Alam, Selangor.

1 comments:

Unknown on January 19, 2013 at 2:55 AM said...

salam nice entry. yup saya sokong apa yang awak tulis di dalam blog ini. Sepatut nyer mahasiswa dan mahasiswi tidak kira mereka dari ipta or ipts berhak menyuarakan pandangan. Sebab golongan macam ini yang akan menerajui negara pada masa hadapan. Bukan mengendahkan pandangan golongan mahasiswa macam haiwan. http://hok-aloh91.blogspot.com/

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino