kita sebagai manusia, tak akan dapat melupakan seseorang di masa lalu.
Melainkan, kita banyak ingat sesuatu yang lain, banyak mengingat seseorang yang lain serta menumpukan perhatian sepenuhnya pada perkara-perkara yang jauh lebih penting dalam hidup kita. Kita cuma boleh kurangkan ingatan terhadap orang yang kita nak lupakan tu.
Untuk kita dapat lupakannya sekaligus, agak mengambil masa. Bergantung pada kesungguhan kita.
Its not about time, there are several ways instead of waiting.
Its about WHAT WE DO.
Carilah pengganti, bahagiakanlah diri.
Yang dulu tu dululah, elak untuk selalu mengingat lagi.
Ubah mindset.
Anda ada hak untuk mengecap bahagia!
Bila Anda sudah berjumpa pengganti lalu Anda bahagia dengannya, Anda akan dapat terima perpisahan dulu sebagai sebahagian dari sejarah hidup Anda. Lama-kelamaan, ingatan Anda terhadap orang-orang di masa lalu serta situasi-situasi di masa lalu akan mengurang sedikit demi sedikit, menghilang, menghilang lalu menghilang habis.
Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Carilah kumbang yang betul-betul punya kumbang. Lelaki ada banyak jenis.
Dalam dunia serba maju hari ini, asal disebut perkataan ‘lelaki’ mesti kita terbayang seorang jantan yang ego, panas baran, pemarah, pembohong, penipu, pentingkan diri sendiri. Nak cari lelaki yang humble, baik, mengambil berat dan bertimbang rasa sudah menjadi satu perkara yang amat susah untuk dilakukan.
Bila dah jumpa lelaki yang baik, pastinya jarang yang ‘available’.
Seorang lelaki yang baik ditakdirkan untuk berjumpa gadis yang baik.
Jika Anda seorang gadis dan Anda mahu ditemukan dengan seorang lelaki yang baik, Anda sendiri kena baik dulu. Baik dari segi perbuatan, kata-kata, perilaku, perangai, baik akhlak dalaman, baik di hati, baik di fikiran.
Pengganti ada di mana-mana. Look with your heart, feel with your eyes.
Rasailah kehadiran cinta walaupun sebenarnya si dia yang Anda cari-cari masih belum ada. Mencari ngan hati, merasai kehadirannya ngan mata, iaitu membayangkan rupanya selalu dan membayangkan seolah-olah dia ada di sebelah Anda selalu.
Our feelings is a strong magnet. Emosi kita apabila digabung dengan imaginasi akan membuat kita bertemu dengan seseorang secvara kebetulan, serupa dengan yang selalu kita imaginasikan.
Lebih kerap kita berimaginasi, lebih kerap kita merasai kehadirannya, lebih besar kemungkinan Anda dapat bertemu dengan dirinya secara kebetulan. Orang yang dimasa lalu tu, lupakan saja.
Dah berlalu, dia dah pergi dari hidup kita. Bukalah ruang untuk orang lain masuk ke dalam hidup kita pula.
Untuk kita membuka pintu untuk menyambut pada orang baru, kita perlu menutup pintu pada orang lama, supaya ada cukup ruang di hati kita. Hati kita ni, kalo orang lama masih ada kat situ kemudian orang baru pulak masuk kat situ, ruang hati kita akan jadi sesak.
Kita akan jadi keliru dalam bercinta. Kita nak bahagia ngan pasangan kita sekarang tapi kita asyik ingat orang lama. Tak adillah untuk orang baru.
Sedangkan, orang lama tu hanya wujud di ingatan kita saja. Lebih baik ‘halau’ orang lama untuk memberi ruang yang lebih besar pada ‘orang baru’.
Dari mesej yang diterima, awak ada dua kekecewaan. Nak melupakan dengan cepat tu boleh, tapi awak perlukan semangat yang kuat digabung dengan rasa bahagia yang amat kuat.
Carilah pengganti cepat-cepat supaya awak boleh bahagia. Dari rasa bahagia tu, moga ia dapat memadam kepahitan-kepahitan di masa lalu, memadam sedikit demi sedikit, satu persatu.
Tiap kali awak kesunyian, awak akan teringat balik orang lama. Carilah cepat-cepat pengganti yang baru sebagai pengelak pada kesepian.
credit:iMOTIVASI
Itadakimasu...
2 years ago
2 comments:
memang susah nk cari pengganti. lebih2 lagi dia adalah cinta pertama...ape2 pun dekatkan diri dengan Allah..pasti Allah akan pulihkan semula hati kita :D
Khaizarien @ atie Blog
setuju... tp saya rasa kita sebagai perempuan susah nak dapat pengganti lebih2 lagi kalau lelaki tu cinta sejati kita dan kita dah bagi harapan penuh pada lelaki tu... namun bg lelaki yang dah berpisah dengan kekasih dia, cepat sangat dapat pengganti, tak fikir perasaan ex dia yang selalu berharap, menangis dan merayu...jd org perempuan, kalau yg jd mcm ni,tolong jangan buat smpai nmpk sgt perempuan ni lemah dan takde harga diri smpai merayu kat ex.. banyak dekatkan diri pd Allah agr dipertemukan yg lebih baik.. jika ex kita blh dapat pengganti ngan cpt, nape kite x blh.. biar lmbt, asalkan pasangan kite yg dipertemukan tu nanti adalah yg terbaik buat kita... jgn ingt ex kia lg, doakan dia bahagia dgn pengganti dia. dia bahagia tp kita merana??? so, nasihat sy lupakan dia. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui... fikirkan kebahagiaan utk diri kita sendiri, jdkanlah Allah SWT sebagai kekasih pertama, Rasullullah SAW kekasih kedua, dan keluarga kita kekasih ketiga di hati kita.. Insyaallah kita pasti dapat kebahagiaan yang hakiki....
Post a Comment