Monday, September 07, 2009

**Kanak2 Masalah Penglihatan mohon Bantuan(REPOST)



ALOR SETAR, 31 Ogos (Bernama) -- Seorang murid Tahun 6, Sekolah Program Integrasi Khas Masalah Penglihatan Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena merayu sumbangan orang ramai bagi membolehkan dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mukanya.

Mohamad Amiruddin Abdullah, 12, mengalami cacat penglihatan akibat ketumbuhan itu sejak kecil.

"Kali pertama saya menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Jun tahun lepas. Pembedahan membuang ketumbuhan ini dibuat berperingkat-peringkat kerana masalah kewangan," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Hotel Seri Malaysia di sini malam tadi.

Dia berkata Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang sepatutnya didudukinya pada 8 Sept ini terpaksa ditunda pada tahun depan.

"Saya diberi cuti rehat lebih sebulan setengah kerana masalah penglihatan tidak stabil," kata anak sulung dari empat adik-beradik itu yang berasal dari Kampung Kenangan, Sik.

Mohamad Amiruddin berharap orang ramai dapat membantunya dengan memberi sumbangan kewangan bagi membolehkan dia menjalani pembedahan kali kedua.

"Kedua-dua ibu bapa saya juga cacat penglihatan. Bagaimana mereka hendak membantu. Hanya ihsan orang yang saya tagih," katanya.

Guru kelasnya, Mohd Arif Abdul Samad berkata untuk pembedahan kali kedua, sumbangan orang ramai sangat diperlukan kerana kutipan dibuat pihak sekolah tidak mencukupi.

Katanya jumlah yang diperlukan akan ditentukan pihak hospital.

Beliau berkata orang ramai yang ingin membuat sumbangan boleh datang ke sekolah tersebut atau menelefon 04-7821340.

-- BERNAMA


**Mesti korang rasa sedikit pelik bila aku tepek berita nie ..sebab apa aku tempek berita nie yer?..ehehe,ni sekolah yang aku ngajar..tapi,sekolah nie adalah sekolah kebangsaan Jabi dan Sekolah Program Integrasi Khas Masalah Penglihatan Sekolah Kebangsaan Jabi.pentadbirannya di bawah satu sekolah..dalam satu kawasan sekolah tu,ada 2 buah sekolah.. 1 sekolah kebangsaan biasa nie,satu lagi untuk budak2 cacat penglihatan..

ni salah satu video aku amik masa hari guru haritu. . seorang kanak2/remaja cacat oengkihatan menunjukan bakat nyanyian..

sayu beb tengok anak2 istimewa nie..kurang penglihatan.tak boleh nak bawa diri lagi.tapi,syukurlah tiap petang ada je dorang dapat jemputan ke majlis2 berbuka puasa.masing2 punya bakat tersendiri.berkenaan adik yang mohon derma dan bantuan nie...tambahan adik nie belajar bijak.dan ada peluang untuk penglihatan pulih...Demi masa depannya. cantik sangat kalau kita menjadi penyumbangdan membantu dia pulih dan dapat peluang seperti anak2 kita yang sempurna.. Takyah susah2 korang nak pergi tengok ke apa..korang boleh call dan cakap dengan guru besar yang baik sekali untuk bertanya dan memberikan sumbangan.apatah lagi mak ayah dia juga cacat penglihatan.. sekurang2nya kalau penglihatan adik nie normal..dapat la dia membantu keluarga nya di masa depan..




:sorry::sorry:

2 comments:

ymn on September 8, 2009 at 7:27 AM said...

salam ..

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on September 8, 2009 at 11:43 AM said...

wsalam:P

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino