P jusc perda kemarin sempat aku beli novel nie..
LAFAZKAN CINTAMU-AIDA ADRIANI. Bukan adriana oke :P
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Aida Adriani |
“Ucapkan sekali saja dan akan kusimpan di sepanjang hayatku”
Dah lama tak beli novel...anak sedara aku lak beli conan nye comik..
Macam menarik jugak sinopsis dia..ehehhes empat ka aku nk baca nie...maklumla...kebizian nie :P
Sinopsisnya:
Mengenali lelaki itu adalah detik-detik terindah dalam hidup Erina. Dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari. Namun, di saat dia mula mencium wanginya bunga cinta, di saat itulah dia tahu bahawa lelaki itu telah dimiliki. Sewajarnya... dia tidak akan memburu cinta yang tak pasti!
Lantas, Erina terus memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu tersimpan di lubuk hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun dia nekad. Cinta tak semestinya bersatu! Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu, bukan tubuh badannya. Dia cuba membuang jauh segala rasa yang pernah membuatnya bahagia.
Aduhai perempuan... sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwa terus merana? Dengar dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILAHI untuk setiap insan. Lantaran itu, lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hati terus terluka...
RM 19.90
512 mukasurat
moral dari cerita ini ialah kita harus meluah perasaan kita kepada seseoarang jika kita menyukai orang itu. jangan dipendam.diterima atau tidak kita harus mengambil risiko itu kerana kalau kita tak megakui hati kita ,kita akan meyesal kemudian hari.
0 comments:
Post a Comment